backup og meta

Rupanya Ada Banyak Sebab Mengapa Tidur Berpeluh, No. 9 Paling MENAKUTKAN!

Rupanya Ada Banyak Sebab Mengapa Tidur Berpeluh, No. 9 Paling MENAKUTKAN!

Pernah ‘tak’ bangun dari tidur malam dan anda rasa baju basah? Ada kalanya sampai cadar pun lencun. Walhal semalam aircond on ‘aje kot’.  ‘Dah’ tua-tua ‘ni’ takkanlah terkencing atas katil lagi, bukan? Haa..kalau ingin tahu punca tidur berpeluh, bacalah artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

Mengapa tidur berpeluh?

Berpeluh semasa tidur yang menjadi topik perbincangan artikel kali ini bukanlah mengenai keadaan berpeluh yang disebabkan oleh suhu bilik panas atau memakai terlalu banyak lapisan selimut.

Akan tetapi, ia adalah mengenai night sweats atau berpeluh malam yang biasanya didasari oleh beberapa masalah kesihatan. 

Situasi berpeluh malam yang dialami ini sering kali terjadi secara berulang-ulang sehingga menyebabkan anda terbangun dan mungkin memerlukan anda menukar cadar. Boleh bayangkan tahap ‘kebasahan’ yang dilalui?

Beberapa keadaan berikut boleh berlaku disebabkan beberapa masalah kesihatan seperti:

  1. Tiroid 

Berpeluh secara keterlaluan dan menjadi sensitif terhadap haba adalah merupakan antara gejala hyperthyroidism. Kelenjar tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisme badan.

Namun apabila terlalu banyak hormon, menjadikan ia berlebihan di dalam badan. Keadaan ini akan menyebabkan suhu badan meningkat.

  1. Gula dalam darah

tidur berpeluh

Jika anda mempunyai diabetes, ia juga boleh menjadi punca tidur berpeluh. Glukosa dalam darah mungkin pada tahap yang baik sewaktu anda masuk tidur. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menurun semasa anda tidur. 

Keadaan ini mungkin disebabkan anda mempunyai hari yang sangat aktif atau melakukan aktiviti fizikal pada waktu petang. Jika anda mengambil ubatan seperti insulin atau ubat jenis sulfonylurea untuk mengawal diabetes, ia mungkin penyebab hipoglikemia pada waktu malam yang anda alami. 

  1. Tidur apnea

Berpeluh malam yang dialami mungkin disebabkan tidur apnea. Keadaan ini membuatkan pernafasan anda terhenti berulang kali ketika tidur. Apabila badan tidak mendapat oksigen, ia mungkin berada dalam mod ‘fight or flight’. Ia cenderung menyebabkan berpeluh.

  1. Asid refluks

Walaupun tidak banyak kajian menyatakan masalah ini menyebabkan berpeluh malam, tetapi terdapat pakar yang mencadangakn ia mungkin ada kaitan. Keadaan ini boleh dirawat dengan menghindari perkara-perkara yang boleh mencetuskan asid refluks seperti makan dalam saiz hidangan yang kecil dan elakkan makan sebelum tidur. 

  1. Kanser mungkin punca tidur berpeluh

Kebanyakan kanser boleh menyebabkan anda berpeluh pada waktu malam. Tetapi kanser limfoma antara penyebab paling biasa. Satu perempat individu dengan limfoma Hodgkin akan mengalami keadaan berpeluh sewaktu tidur bersama demam sederhana. 

  1. Ubat-ubatan

Terdapat ubatan boleh menyebabkan anda berpeluh semasa tidur, antaranya seperti cetaminophen dan NSAIDs seperti aspirin dan ibuprofen. Sesetengah ubatan untuk glaukoma dan mulut kering juga boleh merangsang kelenjar peluh anda. 

  1. Tuberkulosis

Hampir separuh individu dengan masalah kesihatan ini akan mengalami night sweats. Selain berpeluh anda mungkin akan alami batuk yang serius bersama darah dan kahak. 

  1. Kebimbangan

Anxiety atau kebimbangan biasanya disebabkan rasa risau, tekanan dan panik dan boleh menyebabkan anda berpeluh pada waktu siang. Keadaan ini juga boleh berlaku pada waktu malam.

Mimpi ngeri dan ketakutan ketika tidur boleh menyebabkan individu yang mengalaminya tidur berpeluh dan jantung berdebar. 

  1. HIV

Antara gejala biasa yang dihidapi oleh individu dengan HIV adalah kelenjar limfa bengkak dan kesakitan pada sendi. Namun, seorang daripada 10 individu dengan HIV dipercayai akan mengalami keadaan berpeluh pada waktu malam. 

  1. Tumor

Ketumbuhan pada prostat, buah pinggang serta ketumbuhan pada ovari atau zakar, sama ada kanser atau tidak, boleh menyebabkan anda berpeluh malam. Night sweats adalah antara simptom klasik bagi sindrom carcinoid, kesan kanser yang jarang berlaku yang terdapat dalam sistem pencernaan atau paru-paru. 

Keadaan lain:

  • Menopaus  Hot flashes’ satu keadaan yang berlaku sebelum dan selepas tempoh akhir haid juga boleh menyebabkan berpeluh malam.
  • Jangkitan – Jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan anda berpeluh sewaktu tidur malam. Adakalanya ia turut mengakibatkan demam. 
  • Pheochromocytoma – Tumor yang jarang berlaku ini akan tumbuh di kelenjar adrenal tetapi tidak menyebabkan kanser. Cuma ia mengakibatkan badan anda mempunyai terlalu banyak hormon serta meningkatkan tekanan darah. Ia menyebabkan berpeluh malam selain sakit kepala dan peningkatan kadar denyutan jantung.

Dapatkan bantuan

tidur berpeluh

Menggunakan suhu aircond yang lebih rendah dan kipas untuk membantu kitaran udara dalam bilik pastinya dapat memberikan anda tidur yang lebih selesa.

Gunakan cadar yang cepat kering dan hindari memakai pakaian daripada material yang menyukarkan badan untuk ‘bernafas’ seperti fabrik sintetik. 

Jika anda masih tidak pasti punca tidur berpeluh yang dialami, sebaiknya dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut dengan doktor dan pakar perubatan yang bertauliah. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Night sweats. https://www.houstonmethodist.org/blog/articles/2020/feb/night-sweats-7-reasons-you-may-be-sweating-at-night/Accessed on Oct 8, 2019.
  2. Causes and treatment night sweats. https://www.sleepfoundation.org/night-sweats/ Accessed on Oct 8, 2019.
  3. Night sweats causes. https://www.mayoclinic.org/symptoms/night-sweats/basics/causes/sym-20050768/ Accessed on Oct 8, 2019.
  4. What is night sweats. https://osteopathic.org/what-is-osteopathic-medicine/night-sweats/Accessed on Oct 8, 2019.
  5. Night sweats. https://www.nhs.uk/conditions/night-sweats/. Accessed on May 25, 2022.

Versi Terbaru

25/05/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Berapa Durasi Tidur Siang Yang Sepatutnya Bagi Baby Bawah 1 Tahun?

Berapa Lama Manusia Boleh Bertahan Jika Tidak Tidur? Banyak Bahaya Menanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan