Punca Pening Kepala Semasa Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda mungkin sering pening kepala semas berpuasa. Ini adalah perkara yang biasa berlaku. Namun sila berhati-hati. Mungkin ia boleh membahayakan kesihatan anda. Pening kepala saat berpuasa boleh menjadi tanda bahawa ada yang tidak kena pada badan anda. Boleh jadi anda kekurangan cecair, kekurangan darah, kekurangan tenaga, atau masalah kesihatan lain.

Beberapa sebab pening kepala semasa berpuasa

Tidak makan dan tidak minum semasa berpuasa boleh membuatkan anda letih, dan bahkan pening kepala. Hal ini tentu membuatkan puasa anda terganggu dan tidak selesa untuk melakukan pelbagai aktiviti semasa berpuasa. Terdapat beberapa perkara yang mungkin menjadi penyebab mengapa kepala anda pening saat berpuasa, iaitu:

1. Dehidrasi atau kepanasan

Puasa tentu membuat anda dahaga, tetapi anda perlu menahannya sehingga tiba waktu berbuka puasa. Jika anda sangat haus dan badan tidak banyak mempunyai bekalan cecair, maka anda berisiko mengalami kekurangan cecair atau dehidrasi. Lebih-lebih lagi jika cuaca sedang panas, anda banyak melakukan aktiviti dan banyak mengeluarkan peluh.

Dehidrasi membuatkan badan anda tidak boleh berfungsi dengan baik. Beberapa simptom dehidrasi adalah pening, letih, jarang buang air kecil, dan air kencing berwarna lebih gelap. Untuk mencegah dehidrasi, anda disyorkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas atau lebih sehari.

2. Gula darah rendah

Selain menahan haus, anda juga perlu menahan lapar ketika puasa. Badan anda mungkin kekurangan glukosa sebagai tenaga, jika anda tidak cukup banyak mengambil makanan pada masa buka puasa dan sahur.

Gula merupakan tenaga utama yang digunakan badan untuk melakukan semua fungsi normalnya. Kekurangan glukosa dalam badan boleh membuatkan otak kekurangan tenaga untuk melakukan fungsinya. Akibatnya, anda merasa letih dan pening kepala.

Oleh itu, anda disyorkan untuk mengambil makanan yang boleh mengekalkan tenaga lebih lama, seperti makanan yang mengandungi serat tinggi, semasa berbuka puasa dan sahur. Contohnya, makanan sumber karbohidrat kompleks (nasi merah dan roti gandum, sayur-sayuran, dan buah-buahan).

Elakkan pengambilan makanan sumber karbohidrat sederhana, seperti kuih manis, minuman manis, biskut, dan lain-lain. Karbohidrat sederhana boleh membuat gula darah anda naik dengan cepat, tetapi juga lebih cepat turun, sehingga boleh mencetuskan pening kepala.

3. Tekanan darah rendah

Anda boleh mengalamai pening kepala jika jantung anda tidak cukup mengepam darah ke otak. Hal ini salah satunya boleh disebabkan oleh tekanan darah anda yang rendah.Tekanan darah yang turun tiba-tiba boleh membuat jantung tidak mampu membawa darah yang mencukupi ke otak. Hal ini boleh terjadi apabila anda berdiri dari kedudukan duduk dengan sangat cepat.

4. Keletihan

Anda mungkin akan lebih mudah rasa letih ketika puasa, lebih-lebih ketika anda kurang minum dan kurang banyak mengambil makanan pada masa berbuka puasa dan sahur. Keletihan boleh disebabkan anda terlalu banyak bekerja semasa puasa atau mungkin juga kerana anda kurang tidur. Kurang tidur mungkin terjadi semasa berpuasa kerana jadual tidur anda berubah. Hal ini kemudian boleh membuatkan anda pening kepala.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

    Sumber karbohidrat boleh membingungkan kerana sebilangan pihak mendakwa pengambilannya menghalang penurunan berat badan dan menyebabkan masalah kegemukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Obesiti, Pemakanan Sihat 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Tahukah anda posisi tidur berkaitan dengan keperibadian seseorang? Bukan itu saja, posisi yang betul memberikan manfaat kesihatan dalam jangka masa panjang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

    Pemasangan IUD di dalam rahim wanita mampu mengelakkan kehamilan luar jangkaan. Namun, ada beberapa sebab kenapa perlu buang IUD. Jom klik artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Seksual, Kontrasepsi 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Pada Kelenjar Air Liur, Yang Terakhir Paling Menakutkan!

    Meskipun ramai tidak endah akannya, ketahuilah bahawa terdapat 5 keadaan kesihatan berkaitan kelenjar air liur berkaitan boleh berlaku. Jom klik artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus korona

    Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit mata kuning jaundis

    Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    bau mulut

    Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    tulang hidung patah

    Sekiranya Anda Alami Kondisi Tulang Hidung Patah, Ini Senarai Perkara PERLU & JANGAN Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan