Majoriti masyakarat kita terutama orang Melayu memiliki jenis kulit yang tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap atau dipanggil ‘sawo matang’. Persoalannya, apa warna rambut untuk kulit sawo matang paling ideal jika anda ingin dye mahkota di kepala?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Apa definisi kulit yang sawo matang?
Sebenarnya, perkataan sawo matang itu berasal dari sejenis buah bernama ‘sawo’ atau ‘ciku’ yang berwarna seakan kecoklatan apabila ia sudah mula masak. Dapatkah anda lihat kaitannya?
Dalam konteks warna kulit, ia bermaksud orang yang memiliki kulit berwarna begini yakni berada di tengah-tengah antara tona warna yang cerah dan gelap (brown skin atau mature tan).
Selain faktor genetik, warna kulit yang begini juga mungkin dipengaruhi oleh aspek tempat tinggal di mana individu itu mendiami sekitar kawasan dekat dengan garisan khatulistiwa dunia.
Buktinya, majoriti masyarakat di Malaysia dan kawasan dekat memiliki warna kulit seakan serupa dengan masyarakat yang tinggal di kawasan beriklim khatulistiwa seperti beberapa buah negara di benua besar termasuk Asia, Afrika serta Amerika Selatan.
Ini ekoran kawasan dengan iklim ini cuma mempunyai 2 jenis musim cuaca iaitu panas atau hujan sepanjang tahun sekali gus sedikit sebanyak akan mempengaruhi warna kulit individu itu.
Apa warna rambut untuk kulit sawo matang?
Jika anda lihat di sekeliling, warna rambut untuk kulit sawo matang yang asli adalah gelap dengan hitam sebagai warna asas. Pun begitu, ia juga mungkin bercampur dengan warna gelap lain.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Warna Rambut: Sains Di Sebalik Keunikan Warna Rambut
- Tak Boleh Buat Sendiri, Ini 7 Perkara Anda Patut Pertimbangkan Sebelum Warna Rambut!
- Tak Nak Dye Rambut, Ini 5 Bahan Untuk Menghitamkan Secara Semula Jadi!
Sebagai contoh, ramai juga orang kita yang memiliki warna rambut kehitaman bersama campuran warna gelap lain termasuk coklat, emas, perang dan macam-macam lagi tona yang berkaitan.
Hasil daripada proses asimilasi kaum melalui perkahwinan di antara masyarakat kita dengan etnik luar terutama Eropah, sudah banyak perubahan fitur bagi anak campuran termasuk warna rambut.
Dalam erti kata lebih mudah, warna rambut untuk kulit sawo matang yang asli adalah hitam tetapi mungkin wujud variasi shades daripada warna-warna gelap seperti mana dinyatakan di atas tadi.
Sekiranya anda ingin mewarna rambut tetapi tidak tahu menentukan yang terbaik, apa kena buat?
Bagaimana pula jika anda ingin warna rambut?
Sesekali, terasa ingin pula untuk mengubah selera dan mencipta penampilan yang baru bukan? Ia adalah satu langkah yang baik, berani dan tidak salah asalkan individu memilih warna yang tepat.
Bagi masyarakat kita terutama kaum Melayu dengan kulit sawo matang, anda mungkin kena lebih berwaspada dengan warna rambut idaman supaya pilihan itu tidak menjejaskan penampilan.
Warna yang ramai percaya ideal untuk individu dengan tona kulit ini adalah hitam, perang, coklat, emas dan lain-lain namun tidak terlalu ‘kuat’ kerana khuatir ia menenggelamkan wajah anda.
Jadi, warna rambut untuk kulit sawo matang yang sesuai tidak boleh jika terlampau ‘terang’ termasuk warna kuning, merah, biru, oren, ungu, hijau dan lain-lain kerana ia boleh menyebabkan rambut individu terlihat tidak natural sekali gus menjejaskan penampilan!
Kalau pakai tudung, warna mana paling sesuai?
Memandangkan masyarakat wanita kita ramai yang bertudung, adalah penting untuk warna tudung untuk kulit sawo matang dipertimbangkan agar individu sentiasa kelihatan anggun.
Untuk pengetahuan anda semua, warna tudung sebenarnya tidak banyak beza dengan warna rambut untuk kulit sawo matang di mana anda wajar mengenakan warna-warna bertona gelap.
Bukan sahaja tudung, individu yang berkulit tona sederhana juga mungkin perlu mengelakkan diri daripada menggunakan pakaian dengan warna striking seperti merah jambu, biru muda, kuning diraja, oren, ungu, hijau yang cerah agar dapat tampil lebih elegan.
Namun, itu bukan bermakna anda tidak boleh mewarna dan memakai tudung atau pakaian warna lain kerana pilihan terletak di tangan masing-masing dan ini cuma satu panduan asas.
Konklusinya, warna rambut dan tudung untuk kulit sawo matang itu perlu gelap dan hitam adalah pilihan yang paling ideal tetapi itu bukan mandatori. Apa yang lebih penting, adalah anda sentiasa selesa dan yakin dengan penampilan diri sendiri.