backup og meta

Tak Boleh Buat Sendiri, Ini 7 Perkara Anda Patut Pertimbangkan Sebelum Warna Rambut!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/06/2022

    Tak Boleh Buat Sendiri, Ini 7 Perkara Anda Patut Pertimbangkan Sebelum Warna Rambut!

    Setiap kali orang kita ingin mewarnakan rambut, mereka mungkin hanya akan mementingkan sama ada pewarna yang digunakan itu adalah jenis warna rambut halal atau tidak.

    Sedangkan, ada banyak lagi perkara yang patut individu tahu sebelum mewarnakan rambut selain daripada pewarna itu sendiri. Jom terus baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut lagi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Perkara penting setiap kali sebelum warna rambut!

    Apabila mahkota anda sudah diwarnakan, maka ia tidak lagi boleh dikembalikan melainkan jika anda mahu potong atau mewarnakan ia semula. Jadi, individu patut pertimbangkan perkara di bawah ini:

    #1. Produk warna rambut halal

    Pertama, masyarakat kita semua memang sangat mementingkan sama ada jika produk untuk mewarnakan rambut yang individu guna itu adalah pewarna rambut halal atau tidak.

    Ini adalah sangat penting bagi mereka kerana produk yang halal akan diperbuat dengan bahan boleh resap air ke dalam rambut sekali gus membolehkan atau mengesahkan wuduk.

    Selain itu, kebanyakan produk yang halal ini juga hanya akan menggunakan bahan-bahan yang mesra Muslim sahaja di mana penggunaan anasir tidak suci mungkin tiada di dalamnya.

    warna rambut halal

    Pun begitu, ada juga perkara lain yang lebih penting di dalam proses tata rias warna rambut ini.

    #2. Jangan percaya pada gambar

    Menurut Jet Rhys yang merupakan seorang pemilik salun di San Diego, Amerika, kebanyakan individu cenderung melihat pada gambar contoh model di kotak untuk memilih warna rambut.

    Namun, anda perlu tahu bahawa gambar itu sudah pasti tidak tepat kerana ia akan bergantung kepada:

    Sebelum gunakan warna rambut halal #3. Cuci rambut dengan bersih

    Akibat teruja, ramai yang mungkin akan terus mewarnakan rambut mereka dengan produk tersebut. Namun, ia langkah yang salah jika anda tidak basuh rambut terlebih dahulu.

    Ini kerana anda harus mencuci rambut dengan sabun, syampu dan pelembut terlebih dahulu sebelum mewarna untuk melindungi minyak semula jadi yang ada di kulit kepala.

    warna rambut halal

    #4. Eksperimen produk tidak kekal

    Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis produk pewarna rambut halal dan tidak iaitu jenis yang akan kekal serta yang tidak kekal, dan boleh hilang dengan syarat tertentu.

    Disebabkan itu, anda boleh menggunakan produk tidak kekal itu pada rambut sebagai eksperimen terlebih dahulu untuk mengelakkan ketidakpuasan hati pada masa akan datang.

    Sebelum warna rambut halal #5. Cuba pada skala kecil

    Sebelum warna rambut, pastikan anda telah cuba pada skala kecil terlebih dahulu yakni hanya sebahagian kecil rambut. Ini penting untuk anda dapat menjangka warna yang sebenar sebelum melakukannya.

    Tidak hanya itu, wujud juga risiko di mana berlaku reaksi pada kulit kepala apabila ia tidak dapat bertoleransi dengan bahan kimia yang digunakan di dalam pewarna rambut tersebut.

    #6. Bukan ikut trend tapi kesesuaian

    Tidak dinafikan bahawa tujuan individu mewarnakan rambut bukan sahaja untuk menutup uban dan mengubah imej malah mengikut trend terkini yang ditetapkan oleh personaliti popular seperti pempengaruh. Ia tidak salah cuma akan buat anda tampak agak aneh.

    Menurut Pakar Tatarias Rambut, Kyle White dari Oscar Blandi Salon di New York, individu yang berkulit cerah perlu rambut dengan tona cerah dan begitu pula sebaliknya.

    Ini turut berkait rapat dengan gaya potongan rambut, usia, jantina, bentuk muka, bentuk badan serta lain-lain faktor yang akan mempengaruhi kesesuaian warna rambut.

    warna rambut halal

    #7. Pastikan ada jarak waktu

    Siapa kata anda perlu warna semula rambut setiap kali ia mula pudar atau hilang? Ia mungkin kurang baik kerana anda hanya akan mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang.

    Sebaiknya, rambut yang anda telah warna itu dipotong dan biarkan sehingga tumbuh rambut baru pula nanti.

    Jangan warna rambut anda sendiri?

    Jika ia adalah pengalaman kali pertama, anda tidak digalakkan untuk buat sendiri dan pergi ke salun yang menawarkan khidmat, nasihat dan lesen profesional bagi mewarnakan rambut.

    Dalam pada itu juga, individu dapat berinteraksi dan berunding secara terus dengan penggaya rambut dalam usaha mendapatkan mahkota yang cantik dan sesuai dengan anda.

    Namun jika ia kali kedua, ketiga atau lebih, anda boleh mewarnakan sendiri dan dengan itu anda juga dapat memilih untuk menggunakan warna rambut halal seperti diingini.

    Konklusinya, adalah penting untuk anda tahu sama ada produk itu adalah warna rambut halal atau tidak terutama bagi yang beragama Islam.

    Selain itu juga, wujud banyak lagi perkara lain anda patut tahu sebelum anda warna rambut. Jangan lupa ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan