backup og meta

Apa Anda Perlu Tahu Selepas Mewarnakan Rambut?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/12/2022

    Apa Anda Perlu Tahu Selepas Mewarnakan Rambut?

    Di dunia ini, tidak semua individu dilahirkan dengan rambut yang berwarna selain hitam. Oleh itu, anda perlu tahu cara mewarnakan rambut anda untuk mendapatkan warna rambut yang anda inginkan. Malangnya, prosedur ini berisiko merosakkan rambut. Disebabkan itu, anda perlu tahu bagaimanakah untuk menjaga rambut anda selepas mewarnakannya. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Garis panduan selepas mewarnakan rambut anda

    #1. Hadkan pembasuhan

    Anda tidak perlu membasuh rambut anda secara kerap. Selepas 3 hari pertama mewarnakan rambut anda, jangan syampu rambut anda. Jika rambut anda mula berminyak, gunakan syampu kering.

    #2. Gunakan perapi

    Selepas mewarnakan rambut, ia akan mudah kering. Disebabkan itu, anda perlu menggunakan perapi rambut ketika mandi atau ketika menyikat rambut untuk mengelakkan rambut kering dan mengembalikan tekstur semula jadinya.

    #3. Keringkan dengan berhati-hati

    mewarnakan rambut anda

    Haba yang dikeluarkan daripada pengering rambut, alat meluruskan rambut atau alat keriting rambut akan merosakkan rambut lebih lagi. Oleh itu, gunakan pengering rambut atau sebarang alat penjagaan rambut yang berkualiti dengan selamat.

    #4. Berikan perhatian terhadap hujung rambut yang bersimpul

    Rambut yang diwarnakan lebih berisiko untuk tersimpul. Gunakan produk rambut untuk mengelakkan ia berlaku. Jika anda memang sudah sedia mempunyainya, potong simpulan tersebut menggunakan gunting.

    #5. Lindungi rambut anda daripada cahaya matahari

    Rambut yang kering dan berwarna tidak boleh terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari. Anda boleh menggunakan produk yang mengandungi perlindungan UV atau tutupkan rambut anda menggunakan selendang buat sementara waktu.

    #6. Gunakan minyak rambut semula jadi

    Minyak rambut semula jadi adalah rahsia kepada kecantikan rambut. Ia boleh membuat rambut kelihatan lebih lembut, sihat dan bersinar. Gunakan ia setiap hari dan lihat perbezaannya.

    #7. Dapatkan potongan rambut

    Akhir sekali, anda perlu memotong rambut anda bagi memastikan tiada lagi hujung rambut yang bersimpul. Selain itu, ia juga akan membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut yang baharu.

    Kini anda telah tahu apa yang perlu dibaut  setelah anda mewarnakan rambut anda. Ia penting agar rambut sentiasa sihat dan juga cantik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan