backup og meta

Umur Muda Lagi Tapi Rambut Sudah Mula Nipis, Kena Jaga Kesihatan Mental?

Umur Muda Lagi Tapi Rambut Sudah Mula Nipis, Kena Jaga Kesihatan Mental?

Pernahkah ketika anda mencuci rambut dengan menggunakan syampu, anda melihat ada banyak helaian rambut mudah gugur di tapak tangan anda?

Semakin banyak anda menggosok kepala anda, maka semakin banyak helaian rambut yang gugur.

Kemudiannya, anda berasa risau dan resah jika anda akan mengalami kebotakan pada usia yang muda.

Pasti berasa malu jika orang di sekeliling bertanya mengapa rambut anda telah tiada walaupun baru berumur 25 tahun.

Kami pasti, anda juga tidak mempunyai jawapan kepada pertanyaan mereka ini.

Baca penerangan ringkas di bawah mengapa anda mudah mengalami masalah rambut mudah gugur walaupun pada usia yang sangat muda. 

Lebih cepat rambut gugur berbanding generasi sebelumnya?

rambut gugur

Stres, jenis diet dan rawatan rambut antara sebab mengapa generasi muda mudah mengalami keguguran rambut pada usia muda.

Berdasarkan kajian, penduduk yang berumur 20an di China akan mengalami kebotakan lebih cepat berbanding generasi sebelum mereka.

Data tersebut adalah berdasarkan tinjauan yang dilakukan terhadap 4,000 orang pelajar di Tsinghua University, Beijing.

60% daripada peserta tinjauan tersebut melaporkan bahawa mereka mengalami kehilangan jumlah rambut yang signifikan.

Manakala 25% yang lain pula menyatakan bahawa mereka tidak menyedari sedang mengalami kehilangan rambut sehinggalah diberitahu oleh rakan dan ahli keluarga.

Para penyelidik juga melaporkan bahawa pelajar yang lebih cenderung untuk mengalami rambut gugur adalah mereka daripada jurusan sains, matematik dan kejuruteraan automotif.

Emm, jurusan yang mungkin menyebabkan sedikit tekanan kepada penuntutnya.

Faktor risiko punca rambut mudah gugur!

Walaupun kebotakan lebih banyak dikaitkan dengan golongan yang lebih berusia, kini lebih ramai golongan yang lebih muda mengalami rambut mudah gugur pada usia yang sangat muda.

Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keguguran rambut dalam kalangan lelaki dan wanita.

Antaranya ialah perubahan hormon, penyakit autoimun, penyakit tiroid, stres dan gaya pemakanan.

rambut mudah gugur

Satu kajian telah menunjukkan bahawa pengurangan pengambilan protein yang sangat banyak selain kekurangan zink, vitamin D dan jenis nutrien lain juga boleh menjejaskan pertumbuhan rambut

Bagaimana stres jadi punca rambut gugur?

Kebiasaannya, rambut akan tumbuh, kekal dan kemudiannya gugur.

Kitaran ini disebut sebagai fasa anagen, catagen, telogen dan exogen.

Fasa anagen (pertumbuhan) berlaku antara 2 hingga 6 tahun.

Selepas fasa pertumbuhan, rambut anda akan mengalami fasa catagen yang pendek dalam masa beberapa hari apabila folikel anda mengecut sedikit.

Kemudiannya, rambut anda akan melalui fasa telogen dimana rambut anda kekal stabil.

Akhir sekali, fasa exogen akan hadir dimana rambut anda akan mulai gugur.

Baca lagi artikel berkaitan:

Proses ini adalah satu proses yang berterusan dan adalah normal bagi seseorang untuk mengalami keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari. 

rambut mudah gugur

Untuk pengetahuan anda, stres boleh menjejaskan kitar hayat pertumbuhan rambut anda.

Dr. Doris Day menyatakan bahawa stres merupakan faktor yang signifikan yang menyebabkan keguguran rambut dalam kalangan golongan yang lebih muda.

Menurut Dr. Doris, stres boleh mengganggu proses pertumbuhan rambut dengan cara menggugurkan rambut pramatang daripada fasa pertumbuhan.

Fasa yang terganggu ini boleh menyebabkan peningkatan jumlah helaian rambut mudah gugur dalam sehari. 

Orang muda itu kerap sangat kena stres ?

Persatuan Psikologi Amerika melaporkan bahawa terdapat kajian yang menunjukkan perkaitan antara umur dan stres.

Mereka juga menemui bahawa golongan yang lebih muda ini dilaporkan memiliki tahap stres yang lebih tinggi berbanding generasi yang lebih berusia.

Mereka juga dilihat mempunyai sedikit kesukaran dalam mengatasi sebarang masalah dengan lebih berkesan. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hair Loss, https://www.hopkinsallchildrens.org/patients-families/health-library/healthdocnew/hair-loss, Accessed Sep 23 2022.
  2. Hair Loss (Alopecia), https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/hair-loss-alopecia-areata, Accessed Sep 23 2022.
  3. HAIR LOSS: WHO GETS AND CAUSES, https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/causes/18-causes, Accessed Sep 23 2022.
  4. Hair Loss: Common Causes and Treatment, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2017/0915/p371.html, Accessed Sep 23 2022.
  5. Types of Hair Loss, https://nyulangone.org/conditions/hair-loss/types, Accessed Sep 23 2022.

Versi Terbaru

28/06/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jangan Terkejut! Udara Kotor Di Luar Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

Keguguran & Kebotakan, Masalah Rambut Yang Kerap Dialami - Pakar Dermatologi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan