Siapa sahaja yang tidak mahu mempunyai mahkota di kepala yang cantik dan sihat, bukan? Disebabkan itu, individu perlu menggunakan produk lengkap seperti serum dan tonic rambut yang terbaik! Syampu, perapi, minyak dan ubat sahaja tidak mencukupi!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Siapa sahaja yang tidak mahu mempunyai mahkota di kepala yang cantik dan sihat, bukan? Disebabkan itu, individu perlu menggunakan produk lengkap seperti serum dan tonic rambut yang terbaik! Syampu, perapi, minyak dan ubat sahaja tidak mencukupi!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, ia adalah sejenis produk rambut yang digunakan untuk merawat masalah berkaitan seperti keguguran atau kebotakan, sesuai dengan namanya ‘tonik’.
Lama-kelamaan, produk ini juga boleh mempunyai fungsi 2 dalam 1 iaitu merawat dan menggayakan rambut sama seperti minyak, krim, gel atau pomade yang amat popular pada masa kini.
Biasanya wujud dalam bentuk cecair, cara menggunakan produk ini adalah dengan menyembur atau menyapu kandungan ke rambut serta di kulit kepala terutama pada kawasan yang bermasalah.
“Bertahun lama, tonik rambut itu sudah digunakan bukan sahaja demi menyihatkan, malah memudahkan individu untuk menggayakan mahkota di kepala mereka,” jelas Pakar Dermatologi, Jeannette Graf.
Persoalannya, adakah benar ia boleh bawa banyak manfaat pada rambut serta kulit kepala anda?
Jika digunakan secara rutin yakni sehari sekali – kurang atau lebih, anda boleh memperoleh manfaat ini:
Ada sebab kenapa produk ini lebih dikenali sebagai tonic rambut gugur kerana ia tinggi dengan vitamin, mineral serta bahan tradisional lain seperti ekstrak ginseng dan lidah buaya.
Apabila digabungkan dalam satu produk, kandungan ini mungkin dapat membantu merangsang pertumbuhan rambut khas buat mereka yang ada masalah rambut gugur atau botak.
Baca juga artikel berkaitan:
Sehubungan dengan itu, tonic rambut gugur juga dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dengan melancarkan pengaliran darah di kulit kepala anda.
Selain kesan daripada bahan itu sendiri, penggunaan tonik juga memerlukan individu menyapu dan mengurut rambut di kulit kepala. Maka, secara tidak langsung ia akan memberikan impak positif kepada kulit kepala anda.
Jika anda ada masalah kulit kepala serta rambut yang kering, tonik ini boleh jadi alternatif bagus kerana ia mengandungi petrolatum – sejenis bahan senyawa yang akan membantu mencegah air daripada kurang atau hilang di permukaan kulit kepala individu.
Hasilnya, kulit kepala dan rambut anda dapat kekal lembap sekali gus menyelesaikan masalah ini.
Tonic rambut gugur juga mungkin mampu menyingkirkan masalah kelemumur kerana ia akan membuat kulit kepala lebih sihat dan rambut lebih kuat lantas terhindar daripada infeksi kulat.
Ini adalah kesan kandungan climbazole ekoran ia mempunyai efek antikulat yang sangat kuat. Namun, pastikan ia tidak wujud lebih 0.5 peratus di dalam produk atau akan timbul bahaya lain.
Individu terutamanya yang mempunyai rambut ikal atau keriting, biasa mengalami masalah hujung rambut bercabang. Dengan tonik yang tinggi gliserin, ia mungkin akan dapat diselesaikan.
Gliserin adalah sejenis zat semula jadi minyak daripada bumi, haiwan atau tumbuhan. Ia dapat melicinkan dan menguatkan hujung rambut sekali gus mengelakkan rambut daripada mula bercabang.
Kebanyakan produk tonik ini tinggi kandungan pentanol iaitu zat kimia hasil gabungan vitamin B5 dengan asid pantotenat. Ia mampu membuatkan rambut individu lebih lebat, lembut, kuat dan berkilat selain melambatkan atau menyembunyikan rambut yang menipis.
Maka, anda yang sudah lama ada masalah rambut nipis perlu cuba produk tonik ini dengan segera.
Persoalannya, bagaimana cara untuk pilih tonik yang terbaik? Perkara paling penting, perhatikan jenis rambut dan bahan dalam produk tersebut agar anda tidak pula tersalah pilih tonik rambut!
Setelah berjaya memilih dan membeli, ketahui pula cara pakai tonik rambut seperti yang berikut:
Konklusinya, produk ini mungkin akan dapat membantu anda merawat masalah keguguran dan kebotakan rambut selain menawarkan banyak lagi manfaat lain pada mahkota di kepala anda itu.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen