backup og meta

Kelemumur Punca Masalah Rambut Anda Gugur Sehelai Sehari? Ini Jawapannya!

Kelemumur Punca Masalah Rambut Anda Gugur Sehelai Sehari? Ini Jawapannya!

Kenapa rambut gugur banyak setiap hari? Dikatakan bahawa masalah rambut gugur ini mungkin disebabkan kelemumur pada kulit kepala. Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.

Kelemumur punca rambut gugur, benarkah?

Masalah kelemumur merujuk kepada kepingan kulit kering dan gatal yang tumbuh di kulit kepala. Ini adalah sejenis gejala, bukan diagnosis khusus.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan kelemumur, seperti kulit kering, diet, tekanan, dan jenis syampu serta produk rambut.

Kelemumur itu sendiri tidak menyebabkan masalah rambut gugur!

Walau bagaimanapun, masalah kelemumur yang teruk akan menyebabkan seseorang menggaru kulit kepala mereka dengan kasar dan kerap hingga mencederakannya.

Keradangan berulang pada folikel rambut boleh menyebabkan kerosakan dan parut, melambatkan atau menghentikan pertumbuhan rambut.

Ini secara tidak langsung akan membuatkan folikel rambut lemah atau menipis.

masalah rambut gugur

Ditambah pula dengan tabiat memintal rambut, menyikat secara agresif, atau menggaru kulit kepala boleh menjadikan masalah rambut gugur ini bertambah parah.

Bukan itu sahaja, beberapa kondisi perubatan juga memicu masalah kelemumur, termasuklah dermatitis, ekzema, psoriasis kulit kepala dan kurap.

Apa punca kelemumur dan masalah rambut gugur?

Mana-mana kondisi yang menyebabkan kulit kepala menjadi berkeruping atau lapisan luar kulit gugur dengan kadar yang sangat cepat, juga boleh menyebabkan kelemumur.

Sekiranya seseorang individu tidak mendapatkan rawatan, ia turut berpotensi merosakkan kulit kepala dan memicu keguguran rambut.

masalah rambut gugur

Kondisi-kondisi berikut berupaya menyebabkan kelemumur dan rambut gugur:

  1. Jangkitan kulat: Tinea capitis, atau kurap, boleh menyebabkan rasa gatal pada kulit kepala. Sesetengah individu turut mengalami kepingan kulit kepala yang kering, lepuh, atau bahkan rambut mungkin gugur. Usah risau, rawatan antikulat dapat merawat keadaan ini.
  2. Psoriasis kulit kepala: Psoriasis, sejenis kondisi autoimun yang mampu menjejaskan kulit kepala, menyebabkan tompok gatal dan bersisik. Walaupun ia bukan kelemumur, ia menyebabkan gejala seakan kelemumur.
  3. Folliculitis decalvans: Keradangan yang jarang berlaku ini boleh merosakkan folikel rambut. Ia juga menyebabkan tompok-tompok gatal dan merah di kulit kepala. Simptom ini juga sering disalah anggap sebagai masalah kelemumur.
  4. Lichen planopilaris: Lebih kerap menimpa golongan wanita, lichen planopilaris menyebabkan ruam yang  kering, dan berkeruping pada kulit kepala. Ia turut boleh menyebabkan rambut gugur. Rawatan kelemumur tidak akan dapat merawat kondisi ini, tetapi simptomnya serupa dengan kelemumur.
  5. Dermatitis seborrheic: Kondisi ini boleh menjejaskan mana-mana bahagian badan. Selalunya, ia menyerang kulit kepala, menghasilkan ruam bersisik berwarna kemerahan atau kelabu yang gatal, serta meninggalkan tompokan berminyak. Jika tidak dirawat, ia berupaya merosakkan folikel rambut.

Apa lagi sebab-sebab yang lain?

Bagi mereka yang mengalami masalah kelemumur dan rambut gugur, tiada jaminan bahawa kedua-duanya saling berkaitan.

Sebilangan individu yang mengalami kelemumur, mungkin disebabkan oleh kulit kering, serta kondisi yang menyebabkan masalah rambut gugur, seperti:

  • Kebotakan corak lelaki: Jenis keguguran rambut disebabkan faktor hormon yang boleh melanda kaum Adam dan Hawa
  • Telogen effluvium: Sejenis keguguran rambut yang berpunca daripada jangkitan, kecederaan, atau faktor tekanan
  • Alopecia areata: Kondisi autoimun
  • Keradangan atau parut pada kulit kepala
  • Jangkitan kulit kepala

Wujudkah langkah untuk cegah masalah rambut gugur yang boleh diamalkan?

Harus kalian fahami, mereka yang mempunyai sejarah kelemumur mungkin akan masih mengalami masalah ini dari semasa ke semasa, walaupun ia berjaya diatasi.

masalah rambut gugur

Pun begitu, terdapat beberapa strategi pencegahan keguguran rambut yang berkaitan dengan kelemumur:

  • Temui pakar dermatologi sekiranya masalah kelemumur anda tidak bertindak balas terhadap syampu kelemumur atau rawatan lain
  • Jika keguguran rambut yang bergumpal terjadi, segera rujuk doktor! Ini mungkin petanda masalah kulit kepala atau rambut yang lain
  • Syampu rambut dengan kerap. Kadar pencucian yang sedikit boleh meningkatkan risiko kelemumur
  • Pastikan untuk mengikuti arahan pada botol syampu kelemumur dengan berhati-hati. Sesetengah syampu mungkin perlu dibiarkan di kulit kepala selama beberapa minit untuk berkesan
  • Elakkan menyikat, memintal, mengurut, atau menggaru kulit kepala secara agresif. Sekiranya rasa gatalnya menjadi tidak tertanggung, dapatkan bantuan doktor mengenai ubat untuk membantu atasi kegatalan
  • Elakkan penggayaan rambut yang terlalu ketat. Ia boleh merosakkan kulit kepala dan folikel rambut, bahkan melambatkan pertumbuhan rambut
  • Usah tangguh rawatan kelemumur. Segera gunakan syampu kelemumur apabila tanda pertama kelemumur mula dilihat dan dapatkan nasihat perubatan jika gejala tidak membaik dalam tempoh masa 1 atau 2 minggu

Sekiranya kelemumur masih ada walau dengan rawatan di rumah, atau kalian mengalami sebarang simptom yang merisaukan, segera rujuk doktor kulit untuk menyelesaikan masalah dihadapi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Do You Have an Itchy Scalp? 5 Common Problems and Fixes, https://health.clevelandclinic.org/itchy-scalp-5-common-problems-and-fixes/, Accessed Apr 6 2021.
  2. Can stress cause hair loss?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/stress-management/expert-answers/stress-and-hair-loss/faq-20057820, Accessed Apr 6 2021.
  3. HOW TO TREAT DANDRUFF, https://www.aad.org/public/diseases/hair-and-scalp-problems/dandruff-how-to-treat, Accessed Apr 6 2021.
  4. Types of Hair Loss, https://nyulangone.org/conditions/hair-loss/types, Accessed Apr 6 2021.
  5. Seborrheic Dermatitis, https://nationaleczema.org/eczema/types-of-eczema/seborrheic-dermatitis/, Accessed Apr 6 2021.

Versi Terbaru

21/08/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Banyak Jeragat Di Muka? Ayuh Cuba 5 Cara Tradisional Untuk Hilangkannya, Selamat!

Rimas Tengok Ketuat Pada Badan? Ini Cara Nak Buang, Hanya Perlu Buat Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 21/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan