home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Rambut Rapuh Dan Rosak: Bagaimana Menjaganya?

Rambut Rapuh Dan Rosak: Bagaimana Menjaganya?

Kerap mengubah gaya rambut, mewarnakannya atau mungkin kerap mandi di kolam renang atau bercuti di pantai adalah antara penyebab yang boleh menjadikan rambut rapuh dan rosak.

Pendedahan kepada matahari, klorin, bahan kimia, air laut, haba yang berlebih adalah faktornya.

Jadi bagaimana untuk menjaganya? Ikuti artikel ini dan moga ia dapat membantu anda mengatasi masalah rambut rapuh dan rosak yang dialami.

Apakah punca rambut rapuh dan rosak?

Pelbagai punca yang boleh menyebabkan rambut anda bermasalahnya. Antaranya:

  • Pendedahan secara berlebihan kepada cahaya matahari
  • Kekurangan nutrisi dan kelembapan pada rambut
  • Membasuh rambut secara berlebihan
  • Terdedah kepada air yang mengandungi klorin
  • Penggunaan produk rambut yang tidak bersesuaian
  • Penggayaan rambut yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Terdedah kepada haba dari alatan penggayaan rambut secara berlebihan
  • Diet pemakanan tidak seimbang

Bagaimana merawat rambut rapuh dan rosak?

Pelbagai cara boleh digunakan untuk merawat masalah rambut yang dihadapi. Antaranya:

  1. Minyak

diet piramid makanan

Menggunakan minyak panas boleh membantu untuk memberikan sinar kepada rambut yang kering.

Minyak ini boleh digunakan untuk urutan pada kulit kepala. Antara minyak yang biasa digunakan adalah minyak zaitun, minyak kelapa, minyak badam, minyak jojoba dan minyak jagung.

Kesemua minyak ini kaya dengan kandungan vitamin E, antioksidan dan membantu untuk menghalang lapisan luar rambut dari kekeringan.

  1. Produk

Cari, pilih dan gunakan produk bersesuaian dengan jenis rambut anda. Anda boleh memilih produk rambut yang tidak mengandungi bahan seperti silikon dan alkohol.

ebaiknya pilih produk yang mengandungi bahan seperti shea butter, minyak zaiton, minyak argan atau minyak kelapa.

  1. Potong

Jika rambut anda terlalu kering, rapuh, bercabang atau dalam erti kata mudah, bermasalah, anda boleh memilih untuk mendapatkan potongan rambut.

Ini dalam membantu dalam penjagaan rambut anda nanti. Jika rambut anda pendek, anda boleh melakukan potongan pda hujung rambut bercabang yang mungkin menjadi penyumbang kepada masalah rambut kering dan kasar.

  1. Pemakanan

Menjaga pemakanan dengan pengambilan diet pemakanan yang sihat dan seimbang, termasuk pengambilan makanan yang mengandungi omega-3 dan antioksidan juga boleh membantu menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar.

Berikut adalah senarai makanan yang kaya dengan kompoun bermanfaat yang boleh diambil dalam pemakanan seharian anda:

  • Ikan berlemak seperti salmon, sardin, tenggiri dan tuna
  • Tiram
  • Beri biru
  • Tomato
  • Walnut
  • Brokoli
  • Kidney bean
  1. Membasuh

rambut gugur

Elakkan dari membasuh rambut setiap hari. Walaupun membasuh dapat membuang kotoran dan peluh dari rambut, tetapi dalam masa yang sama ia juga menyingkirkan sebum – minyak semula jadi yang menjadikan rambut anda mudah dijaga dan jika ia dalam kuantiti yang betul, ia menjadikan rambut anda bersinar.

Namun sebum yang berlebihan membuatkan rambut anda tampak berminyak.

Di atas adalah antara cara mudah untuk rambut yang mengalami masalah seperti rapuh dan rosak.

Terdapat pelbagai lagi cara yang boleh digunakan untuk membantu anda mengatasi masalah ini.

Jika masalah rambut anda masih berterusan, anda mungkin perlu mendapatkan bantuan pakar penjagaan rambut.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

10 Reasons Your Hair Keeps Breaking Off

https://www.allure.com/story/8-reasons-your-hair-is-breaking-off / Accessed April 4, 2019.

 

6 Reasons Your Hair Is Dry and Brittle

https://www.womenshealthmag.com/beauty/a19891481/fix-dry-hair/ / Accessed April 4, 2019.

 

How do I stop my hair from being dry?

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321850.php / Accessed April 4, 2019.

 

Home Remedies for Dry Hair

https://www.healthline.com/health/home-remedies-for-dry-hair#1 / Accessed April 4, 2019.

 

9 Solutions For Dry, Brittle Hair

https://www.prevention.com/beauty/a20516469/solutions-for-dry-hair/ / Accessed April 4, 2019.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada [date}
x