backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Treatment Rambut Gugur Yang Anda Mesti Cuba, No. 4 Boleh Buat Di Rumah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/08/2022

    5 Treatment Rambut Gugur Yang Anda Mesti Cuba, No. 4 Boleh Buat Di Rumah!

    Alangkah risau dan sedih hati apabila ada sahaja helai rambut yang melekat di sikat usai menyikat mahkota di kepala. Sekiranya anda tidak mahu jadi botak di usia muda, maka sila cuba treatment rambut gugur yang akan kami ulas di bawah ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Masalah rambut gugur di usia muda

    Jika anda belum tahu, mahkota di kepala manusia ini akan melalui 3 fasa normal yang utama yakni tumbuh, kekal dan gugur. Hakikatnya, semua individu normal tentu sahaja melalui fasa ini.

    Namun, mungkin ada faktor risiko yang bakal mempercepatkan proses ini seperti genetik, hormon, penuaan, pemakanan, penjagaan rambut yang salah dan pengamalan gaya hidup tidak sihat.

    “Dalam pada itu, stres yang berlebihan pada fizikal serta mental juga adalah salah satu sebab anda keguguran banyak rambut sekali gus bakal jadi punca kebotakan awal usia,” jelas Pakar Dermatologi, Dr Shilpi Kheterpal.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Treatment rambut gugur anda mesti cuba!

    Sebenarnya, individu mungkin tidak mampu menghalang rambut gugur secara total namun anda masih boleh mengelak proses ini daripada berlaku terlalu banyak atau cepat dengan kaedah tertentu.

    Menurut American Academy of Dermatologists manusia secara umumnya akan hilang sekitar 50 ke 100 helai rambut dalam masa sehari. Jumlah ini juga berbeza bergantung kepada individu itu sendiri.

    Tenang, anda mungkin masih boleh mengehadkan atau mengundurkan masalah ini dengan cara:

    #1. Ambil ubat preskripsi daripada doktor

    Pertama, segera rujuk masalah ini ke doktor dan dapatkan rawatan rambut gugur dalam bentuk ubatan. Kebiasaannya, doktor akan beri ubat dengan preskripsi yang sesuai dengan individu.

    Terdapat banyak ubat untuk membantu merawat masalah ini dan antara jenis yang paling popular:

    • Antiandrogen
    • Kortikosteroid
    • Minoxidil
    • Dutasteride
    • Finasteride
    • Spironolactone

    Ada jenis ubatan yang perlu disapu dan dimakan. Namun, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor.

    treatment rambut gugur

    Treatment rambut gugur #2. Terapi laser

    Terapi laser dan masalah kulit memang sudah bagai aur dengan tebing. Isu keguguran rambut juga sama dan anda boleh mendapatkan rawatan low-level therapy dengan pakar yang sah diperakui.

    Cara terapi ini bekerja adalah dengan memanfaatkan sinaran foton yang akan diserap oleh jaringan kulit kepala. Ia membantu merangsang folikel untuk menumbuhkan dan memanjangkan rambut.

    Sebuah kajian seliaan Harvard University membuktikan bahawa penggunaan laser ini juga sangat efektif dan selamat. Cuma, anda mungkin perlu melaburkan lebih banyak kos, masa dan tenaga.

    Treatment rambut gugur #3. Tanam rambut

    Sekiranya mahkota di kepala anda itu sudah mula wujud  ‘pulau’ yang tanpa penghuni, rawatan ini mungkin sangat sesuai. Diingatkan, ia juga mungkin memerlukan banyak kos, masa serta usaha.

    Treatment tanam rambut ini ada 2 jenis yakni menanam rambut asli yang dicabut dari tempat lain atau menanam rambut sintetik yang dicipta dari bahan lain. Kedua-duanya efektif dan selamat.

    Pun begitu, anda mungkin perlu menjalani prosedur ini banyak kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Wujud juga risiko untuk rambut yang ditanam gugur kembali, jadi dapatkan konsultasi dengan doktor.

    #4. Urutan lembut di kulit kepala boleh jadi rawatan rambut gugur

    treatment rambut gugur

    Anda perlu tahu bahawa wujud banyak arteri di kulit kepala yang berfungsi menyalurkan darah ke folikel rambut. Apabila ia tersumbat, maka darah juga tidak dapat melalui salur ini sekali gus boleh jadi punca masalah keguguran dan kebotakan!

    Maka, sila cuba mengurut kulit kepala anda dengan lembut di rumah pada waktu lapang. Hasilnya, arteri-arteri yang tersumbat itu dapat melebar dan darah mampu mengalir lebih banyak.

    Selain melancarkan pengaliran darah, urutan juga mampu menyalurkan lebih banyak oksigen dan nutrisi yang diperlukan oleh folikel rambut untuk ia memperbaiki kerosakan sel sedia ada.

    Treatment rambut gugur #5. Diet seimbang

    Ya, setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut itu juga penting untuk rambut. Apa yang anda perlu ambil adalah nutrisi daripada kategori berikut:

    • Zat besi untuk cegah anemia punca rambut gugur
    • Biotin untuk menggalakkan rambut tumbuh
    • Protein untuk menguatkan rambut kekal

    Dalam pada itu, ada banyak bahan tradisional yang boleh menjadi rawatan rambut gugur seperti lidah buaya, kelapa, pisang dan macam-macam lagi. Namun, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dan informasi daripada doktor!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan