backup og meta

Kulit Kepala Berkuping Bukan Kerana Kelemumur Sahaja, Ada 5 Sebab Lain!

Kulit Kepala Berkuping Bukan Kerana Kelemumur Sahaja, Ada 5 Sebab Lain!

Mungkin ramai yang akan menyalahkan kelemumur apabila kulit kepala berkerak dan berair lantas menyebabkan kegatalan, kemerahan dan kesakitan apabila disikat atau digaru. Sebenarnya, ada beberapa lagi punca masalah kulit kepala berkuping yang lain. Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Adakah normal jika kulit kepala berkuping?

Pernahkah anda menyikat atau menggaru kulit kepala lalu perasan seperti ada kuping melekat? Ia mungkin petanda awal bahawa anda juga mungkin mengalami masalah kuping di kulit kepala.

Agar lebih pasti, anda boleh cuba menggosok atau mengurut kulit kepala dan lihat jika ada sesuatu seakan habuk yang turun dari kulit kepala. Jika ya, mungkin benar anda turut ada masalah ini.

Apa yang lebih membimbangkan adalah kewujudan kuping di kulit kepala juga akan menyebabkan pelbagai gejala lain termasuk kegatalan, kemerahan dan kesakitan ketika ia disikat atau digaru.

kulit kepala berkerak putih
Petua merawat kulit kepala berkerak putih.

Untuk pengetahuan anda semua, ini bukan satu masalah yang normal namun ia biasa berlaku kepada individu terutama buat mereka yang kurang peduli dengan tahap kebersihan dan kesihatan rambut serta kulit kepala masing-masing.

Persoalannya, adakah kuping ini adalah akibat kelemumur atau perkara lain yang anda tidak tahu?

Apakah punca masalah kulit kepala berkuping?

Logiknya, ramai yang mungkin sangka bahawa tompok kuping di kulit kepala itu adalah akibat masalah kelemumur yang kronik. Hakikatnya, ia hanya salah satu daripada dalang masalah ini terjadi.

Terdapat beberapa punca masalah ini selain kelemumur seperti yang di bawah:

#1. Kelemumur sebab kulit kepala berkuping

Pertama, mungkin benar jika ia adalah angkara kelemumur. Kelemumur merupakan masalah kulit kepala yang paling umum dan boleh berlaku kepada semua orang tidak kira umur atau jantina.

Ia akan mengakibatkan muncul sesuatu seakan kuping tidak berbentuk tetap, berwarna putih serta bertekstur keras yang boleh melekat pada rambut dan kulit kepala hasil daripada sel kulit mati.

Masalah kelemumur yang kronik masih boleh diselesaikan dengan penggunaan shampoo untuk kulit kepala berkerak yang tepat!

kulit kepala berkuping
Masalah kelemumur dan keguguran rambut.

#2. Gejala alergi pada kulit kepala menyebabkan kulit kepala berkuping

Bercakap tentang produk seperti syampu, pelembut, pewarna atau pelurus rambut, ia harus sesuai dengan kulit kepala anda. Jika tidak, ada risiko untuk ia memicu kesan alergi kulit kepala.

Akibatnya, produk tersebut mungkin akan mengakibatkan alahan dermatitis di mana akan muncul banyak gejala seperti kegatalan, kemerahan, keradangan atau munculnya kuping di kulit kepala.

Selain mendapatkan ubat antihistamin, individu yang tinggi risiko wajar mengelakkan faktor yakni alergen yang mengakibatkan gejala alahan dan di dalam kes ini adalah hindari produk yang tidak sesuai.

Kulit kepala berkudis #3. Kurap

Jika anda sangka bahawa ia juga mungkin disebabkan oleh kurap, anda tidak salah!

Kurap di kulit kepala yang juga dikenali sebagai ringworm atau tinea capitis boleh memicu masalah kuping pada kulit kepala selain membawa isu keguguran dan kebotakan rambut.

#4. Panau, antara punca kulit kepala berkudis

Dalam pada itu, ada juga kemungkinan bahawa tompok-tompok kuping itu adalah akibat masalah panau atau tinea versicolor.

Cara untuk tahu sama ada ia adalah angkara panau atau bukan adalah permukaan yang tenggelam dan tidak timbul pada kulit kepala anda.

#5. Kondisi kulit kronik seperti psoriasis

Terakhir dan paling berbahaya, kulit kepala berkudis itu mungkin diakibatkan oleh kondisi kulit seperti psoriasis.

Fakta

Ya, psoriasis bukan sahaja boleh berlaku di kulit badan bahkan kulit kepala.

Serupa ciri dan fitur seperti gejala psoriasis umum, kondisi sama yang terjadi di kepala anda boleh menyebabkan ia bersisik, bertompok dan berkuping dengan jumlah agak sedikit atau banyak.

masalah kelemumur
Perbezaan kelemumur dan psoriasis kulit kepala.

Punca kondisi tersebut terjadi adalah akibat gangguan pada sistem imunisasi tubuh badan individu dan ia mungkin boleh dirawat dengan pengambilan ubat oral atau topikal yang dipreskripsi doktor.

Apa anda perlu buat jika ada masalah ini?

Sekiranya ia didalangi oleh kelemumur, maka anda hanya perlu menggunakan syampu untuk kulit kepala berkuping yang tepat tetapi ingat bahawa penggunaan produk kurang ideal turut tidak bagus.

Namun jika ia disebabkan oleh isu lebih besar seperti:

  • kurap
  • panau
  • kondisi kulit lain

sila segera berjumpa dan berbincang dengan pakar kulit untuk merawat masalah tersebut terlebih dahulu.

Sebelum ia menjejaskan tahap kebersihan, kesihatan dan keyakinan diri anda, rujuk pakar segera!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dandruff, https://www.aocd.org/page/Dandruff, Accessed Oct 13 2022.
  2. Tinea Capitis, https://www.nationwidechildrens.org/conditions/tinea-capitis, Accessed Oct 13 2022.
  3. Tinea Versicolor, https://www.informedhealth.org/tinea-versicolor.html, Accessed Oct 13 2022.
  4. Scalp Psoriasis, https://www.psoriasis.org/scalp/, Accessed Oct 13 2022.
  5. Scalp Problems, https://healthy.kaiserpermanente.org/health-wellness/health-encyclopedia/he.scalp-problems.aa84397, Accessed Oct 13 2022.

Versi Terbaru

11/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kulit Kepala Ada Tompok Merah? Jangan Dibiarkan! 6 Kondisi Ini Boleh Jadi Punca

Rimasnya Bila Kulit Kepala Gatal, Ada 5 Bahan Semula Jadi Boleh Bantu Rawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan