backup og meta

Ingin Tahu Skincare Terbaik Untuk Kulit Kusam? Ikut Rutin Penjagaan Siang & Malam Ini!

Ingin Tahu Skincare Terbaik Untuk Kulit Kusam? Ikut Rutin Penjagaan Siang & Malam Ini!

Sedang mencari skin care terbaik untuk kulit kusam? Tepat sekali pilihan anda untuk membaca perkongsian artikel ini bagi mengetahui cara mengembalikan keremajaan kulit!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Masalah kulit kusam

Sebelum mengetahui apakah skin care terbaik untuk kulit kusam, ayuh kita fahami terlebih dahulu masalah keserian kulit yang hilang ini.

Dalam penjagaan kulit, kekusaman pada dasarnya merujuk kepada kekurangan cahaya atau ketidakupayaan untuk memantulkan cahaya dengan baik.

Kulit yang mengalami kekusaman mungkin kelihatan kering, bertompok-tompok, pucat atau tidak bermaya.

Selain itu, kekusaman juga sering disertai dengan tekstur kulit tidak sekata kerana kulit kurang mampu memantulkan cahaya secara seragam.

Skin care terbaik untuk kulit kusam

Teruskan membaca untuk mengetahui regimen penjagaan kulit pagi dan malam yang penting untuk merawat kulit kusam.

Produk waktu pagi

Langkah 1: Mencuci 

Rutin pagi yang sempurna haruslah dikekalkan secara ringkas dan mudah. 

Bagi mendapatkan skin care terbaik untuk kulit kusam, pilihlah pencuci muka untuk kulit kusam yang dapat memberikan perlindungan pada kulit dan memberikan cahaya semula jadi. Cuba cari pencuci dengan kandungan antioksidan.

Langkah 2: Serum asid hyaluronik

Asid hyaluronik merupakan serum harian yang bagus untuk digunakan semua jenis kulit – daripada kulit berminyak hingga sangat kering – kerana ia bersifat ringan. 

Malah jika kulit anda sangat berminyak, ini adalah produk untuk kulit kusam dan jeragat dan jerawat untuk digunakan setiap hari bagi membantu mengawal pengeluaran minyak. 

Langkah 3: Vitamin C + pelembap

Vitamin C untuk perlindungan tambahan terhadap UV, kerana ia adalah antioksidan yang kuat dan jangan lupa untuk memakai krim pelembap dalam rutin skincare untuk kulit kusam dan gelap!

Langkah 4: Pelindung matahari

Akhir sekali, carilah krim pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF30. Jangan keluar rumah tanpa menggunakannya.

Produk waktu malam

Rutin penjagaan wajah dengan skincare.
Rutin penjagaan wajah dengan skincare.

Langkah 1: Mencuci

Anda boleh menggunakan pembersih skincare untuk kulit kusam dan kering yang sama pada waktu malam seperti digunakan sebelah pagi.

Langkah 2: Pengelupasan

Selepas mencuci muka anda, lakukan pengelupasan untuk membuang sel kulit mati pada lapisan luar kulit.

Pengumpulan sel kulit mati itu boleh menyumbang kepada kekusaman dan menghalang produk penjagaan kulit lain untuk menembusi kulit sedalamnya bagi berfungsi dengan berkesan. Lakukan 3x seminggu untuk hasil yang lebih baik.

Langkah 3: Serum asid hyaluronik

Selepas melakukan pengelupasan, serum adalah langkah seterusnya. Oleh sebab ia lebih nipis dan saiz molekul yang kecil, serum dapat meresap dengan baik selepas pengelupasan dan sebelum penggunaan krim. 

Sekiranya anda tidak melakukan pengelupasan pada hari tersebut, sapukan serum selepas mencuci kulit wajah.

Untuk kulit kusam, pilihan serum terbaik adalah dengan gabungan asid hyaluronik dan peptida.

Langkah 4: Pelembap

Lengkapkan rejimen penjagaan kulit malam dengan pelembap yang penuh vitamin untuk kulit kusam.

Penggunaan topeng muka atau masker.
Penggunaan topeng muka atau masker.

Penggunaan topeng muka

Merawat diri dengan masker muka jenis sheet mask adalah satu lagi rawatan terbaik bagi mengatasi kulit kusam. 

Carilah topeng muka yang mengandungi vitamin untuk kulit kusam dan:

  • Antioksidan 
  • Asid hyaluronik
  • Shea butter
  • Bahan-bahan lain yang menghidrat dan dan mencerahkan kulit

Secara umum, anda boleh menggunakan topeng muka 1 hingga 3 kali seminggu, tetapi ini bergantung pada produk dan jenis kulit. Pastikan anda membaca arahan sebelum menggunakan topeng muka pada kulit.

Dalam erti kata mudah, terdapat 2 waktu rutin penjagaan kulit yang anda perlu tahu:

  1. Pagi – Pencuci muka, serum, pelembap kulit, pelindung matahari.
  2. Malam – Pembersih muka, eksfoliasi, serum, topeng muka.

Sekiranya terdapat soalan tentang kulit atau produk skin care terbaik untuk kulit kusam yang hendak digunakan, pastikan anda berbincang dengan doktor atau pakar dermatologi.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Skin Care Secrets For Healthier-Looking Skin. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-secrets/routine/healthier-looking-skin, Accessed on Feb 8, 2022
  2. Skin care: 5 tips for healthy skin. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/skin-care/art-20048237, Accessed on Feb 8, 2022
  3. Tips for Taking Care of Your Skin. https://kidshealth.org/en/teens/skin-tips.html, Accessed on Feb 8, 2022
  4. Akimichi Morita. Tobacco smoke causes premature skin aging (2007). https://doi.org/10.1016/j.jdermsci.2007.06.015, Accessed on Feb 8, 2022 
  5. Palma L, Tavares Marques L, Bujan J, Monteiro Rodrigues L. Dietary water affects human skin hydration and biomechanics. Clin Cosmet Investig Dermatol. 2015;8:413-421. https://doi.org/10.2147/CCID.S86822, Accessed on Feb 8, 2022 

Versi Terbaru

14/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 4 Alasan Kukuh Mengapa Anda Perlu Pakai Serum Muka!

Pakai Serum Dulu Atau Toner? Ini 9 Rutin Penjagaan Wajah Yang Betul!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan