backup og meta

5 Langkah Rutin Penjagaan Wajah Pada Siang Hari (Dan 4 Lagi Di Waktu Malam)!

5 Langkah Rutin Penjagaan Wajah Pada Siang Hari (Dan 4 Lagi Di Waktu Malam)!

Penjagaan wajah adalah rutin yang wajar dititikberatkan. Cara penjagaan muka yang betul pada siang dan malam hari1 penting untuk mendapatkan kulit wajah yang sentiasa sihat dan cantik.

Persoalannya, apa tips penjagaan muka flawless? Adakah penggunaan produk seperti  Simple Daily Skin Detox Purifying Face Wash boleh membantu anda menjaga kesihatan dan kecantikan kulit? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Panduan penggunaan set penjagaan muka

Sebenarnya, cara penjagaan muka terbahagi kepada dua waktu iaitu pada siang hari dan waktu malam1

Buat anda yang mungkin selalu terkeliru dengan rutin penjagaan muka, boleh ikut panduan di bawah ini:

Cara penjagaan muka waktu siang

Langkah 1: Pencuci muka

Mulakan rutin penjagaan muka pada waktu pagi anda dengan membersihkan wajah menggunakan air suam dan pembersih muka lembut atau produk detoks kulit yang direka khusus mengikut jenis kulit anda2.

Antara produk yang boleh dipertimbangkan adalah Simple Daily Skin Detox Purifying Face Wash di mana ia sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak akan membuat kulit anda mengalami masalah.

pencuci muka
Rutin penjagaan wajah yang anda boleh cuba.

Langkah 2: Produk toner & serum muka

Toner boleh berfungsi atau bertindak sebagai sistem penghantaran untuk derivatif vitamin B, antioksidan kulit serta asid tona3.

Dalam pada itu, cara penjagaan muka ini adalah perlu untuk membantu memulihkan pH kulit kembali kepada asasnya selepas penggunaan sabun atau pencuci muka3.

Serum pula adalah produk lain yang perlu digunakan dalam cara penjagaan muka bagi membantu merawat masalah kulit tertentu tergantung kepada bahan kandungannya.

Ia berfungsi menyingkirkan tindak balas keradangan kulit dan meneutralkan kerosakan akibat sinaran UV serta pencemar alam sekitar4.

Langkah 3: Krim mata

Tips penjagaan muka flawless ini penting bagi mengekalkan kesihatan dan ketebalan kulit kelopak mata.

Meningkatkan kualiti kulit di kawasan ini pada awal dapat memastikan kulit kelopak mata tidak mudah hilang keanjalan dan kelihatan rata pada kemudian hari5

Penggunaan kerap krim mata secara berkala dari masa ke semasa akan memastikan kulit kelopak mata elastik dan dapat memperbaiki atau mencegah beberapa garis halus5

Langkah 4: Pelembap kulit

Ya, semua orang memerlukan pelembap sebagai salah satu cara penjagaan muka, walaupun anda mempunyai kulit yang berminyak.

Ini kerana tubuh anda mempunyai sistem pelincir semula jadi yang terdiri daripada kelenjar yang merembeskan minyak (atau sebum) untuk mengekalkan lapisan pelindung terhadap keadaan luar dan jangkitan6.

Kebanyakan daripada kita memerlukan penghidratan tambahan selepas terkena sinaran matahari, cuaca dan bahan kimia keras yang merosakkan kulit.

Langkah 5: Pelindung matahari

Pelindung matahari harus menjadi rutin terakhir dalam cara penjagaan kulit. 

Terdapat dua jenis pelindung matahari iaitu fizikal atau mineral dan juga jenis kimia.

Pelindung matahari fizikal atau mineral, berfungsi secara fizikal menghalang sinaran UV7

Bagi jenis kimia pula, ia melindungi kulit dengan menyerap sinaran tersebut. 

cara penjagaan muka
Penjagaan kulit siang dan malam.

Cara penjagaan muka waktu malam

Langkah 1: (Double) Cleanser

Untuk menghilangkan sisa kotoran, bekas solekan dan minyak pada siang hari, sesetengah pakar mencadangkan supaya mengeluarkan kesan alat solek anda dengan penanggal solekan khusus sebelum mencuci muka anda menggunakan pembersih lembut2.

Lebih baik lagi, cuba bersihkan kotoran di muka dua kali menggunakan makeup remover atau micellar water untuk menanggalkan kesan itu dan kemudian cuci muka dengan pembersih biasa.

Dengan menggunakan produk seperti Simple Daily Skin Detox Purifying Face Wash, segala sisa kotoran, bekas solekan dan minyak boleh disingkirkan dengan lebih efektif!.

Langkah 2: Krim mata

Selain menangani crow’s feet dan lingkaran hitam, cara penjagaan muka ini juga boleh berfungsi untuk melindungi kawasan mata halus anda daripada set penjagaan muka yang lain5.

Langkah 3: Topeng hidrat atau minyak muka 

Sekiranya kulit adalah jenis kering, anda mungkin mahu menambah topeng krim atau minyak muka yang melembapkan kulit.

Kedua-dua jenis produk ini biasanya boleh digunakan dengan kerap kerana kulit anda memerlukan peningkatan hidrasi tambahan8.

cara penjagaan muka
Rahsia kulit muka atau wajah yang glowing.

Langkah 4: Krim malam

Sesetengah orang menggunakan pelembap yang sama pada waktu siang dan malam9.

Walau bagaimanapun, pelembap malam atau krim malam biasanya lebih tebal dan lebih berat, dan direka untuk diserap selama beberapa jam.

Contoh produk muka yang anda boleh cuba!

Ada banyak produk kulit wajah popular di pasaran yang anda boleh cuba di dalam tips penjagaan muka flawless, bersih, sihat dan cantik.

Rahsianya, tentu sahaja daripada pencuci muka atau cleanser yang baik!

Salah satu daripadanya adalah jenama terkenal penjagaan wajah, Simple yang dijual di rangkaian farmasi atau kedai penjagaan kesihatan seluruh negara.

Seperti mana yang dinyatakan di atas, rutin penjagaan muka pertama bagi cara penjagaan muka di siang hari dan waktu malam adalah mencuci, membersih dan menyegarkan kulit wajah dengan produk tepat1.

Antara produk yang anda boleh pertimbangkan untuk gunakan adalah Simple Daily Skin Detox Purifying Face Wash.

Ia boleh dijadikan senjata rahsia anda untuk membantu melawan liang pori tersumbat serta masalah kulit berminyak dan bertompok.

Ini kerana produk detoks kulit ini diformulasikan secara unik dengan gabungan 3 ramuan utama iaitu:

  • Daun taim
  • Mineral zink
  • Witch hazel

Apabila digabungkan, ia berpotensi membantu membuang sisa kotoran dan bekas solekan serta minyak yang tertinggal pada kulit kesan daripada karakteristik bahan-bahan ini yang mampu menyucikan kulit.

Lebih penting lagi, Simple Daily Skin Detox Purifying Face Wash juga mesra kulit serta tidak akan membuat kulit anda mengering atau meradang! 

Jadi, jangan risau lagi, anda boleh klik di sini untuk mendapatkan variasi set penjagaan muka Simple secara online!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Do You Really Need a Skin Care Routine?, https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/do-you-really-need-a-skin-care-routine, Accessed Apr 30 2024.
  2. Face Washing 101, https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/care/face-washing-101, Accessed Apr 30 2024.
  3. Face Toners: The Skin Care Product Gets a Reboot, https://health.clevelandclinic.org/what-does-toner-do, Accessed Apr 30 2024.
  4. Skin serum: What it can and can’t do, https://www.health.harvard.edu/blog/skin-serum-what-it-can-and-cant-do-2018061214029, Accessed Apr 30 2024.
  5. Do eye creams really work?, https://www.piedmont.org/living-real-change/do-eye-creams-really-work, Accessed Apr 30 2024.
  6. The Importance Of Moisturizing, https://www.utmedicalcenter.org/blog-post/importance-moisturizing, Accessed Apr 30 2024.
  7. How does sunscreen work?, https://www.mdanderson.org/publications/focused-on-health/how-sunscreen-works.h27Z1590624.html, Accessed Apr 30 2024.
  8. How to Keep your Skin Hydrated, https://www.theskininstitute.org/how-to-keep-your-skin-hydrated/, Accessed Apr 30 2024.
  9. What To Look for in Daytime and Nighttime Facial Creams, https://health.clevelandclinic.org/day-or-night-what-to-look-for-in-a-facial-cream, Accessed Apr 30 2024.

Versi Terbaru

01/11/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Buah Pala Bukan Rempah Biasa-Biasa, Tapi Bagus Untuk Penjagaan Kulit & Anti Kanser!

Kulit Muka Kering Buat Wajah Kusam, Ikut 4 Cara Ini Agar Kulit Kekal Lembap & Anjal!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan