Topeng tanah liat
Menggunakan topeng tanah liat untuk sekali atau 2 kali seminggu dapat membantu menghilangkan minyak dari liang-liang dan mengelakkannya dari menjadi lebih besar serta menjadikannya kurang ketara.
Walau bagaimanapun, adalah idea yang baik untuk tidak melakukannya pada hari sama anda exfoliating akan menyebabkan kulit menjadi kerengsaan dan boleh menngakibatkan pori semakin membesar dan jerawat akan muncul.
Rawatan
Penggunaan kaedah seperti retinoid, asid salisilat, asid alpha hydroxy atau benzoyl peroksida tidak akan hanya mengurangkan saiz liang tetapi juga akan membantu memusnahkan bakteria yang menyebabkan jerawat dan merawat kerosakan matahari.
Pengelupasan kimia
Merupakan satu proses yang perlu dijalankan di pusat rawatan yang akan menggunakan pelbagai jenis asid kekuatan-preskripsi termasuk salicylic, laktik, retinol, dan trikloroasetetik untuk menghilangkan lapisan luar kulit mati anda – memberikan kulit yang lebih segar, sihat dan lembut.
IPL Photofacial
Intense Pulsed Light (IPL) juga merupakan satu kaedah rawatan di pusat rawatan yang berfungsi untuk mengetatkan liang-liang dan memberikan kulit kecerahan sekata, dan menangani bintik merah yang tidak dikehendaki.
Solekan
Pastinya perkara pertama yang anda akan lakukan apabila mengesan liang pori yang besar di wajah anda adalah ingin menutupnya dengan solekan. Tetapi pastikan produk yang ingin anda gunakan adalah betul dan sesuai untuk mengatasi masalah liang pori anda, seperti produk tersebut harus merupakan produk formula bebas minyak yang dapat membantu mengatasi masalah pori anda.
Cuci solekan
Seandainya anda gemar mengenakan alat solek di wajah, pastikan anda menanggalkan dan mencucinya sebelum anda tidur, kerana ia dapat mengelakkan pori anda dari tersumbat dan pengumpulan bakteria.
Pelindung matahari
Memakai pelindung matahari adalah amat penting untuk melindungi kulit dari pancaran matahari. Jika kulit terkena sinaran matahari, ia mungkin menyebabkan kulit akan kering. Jika kulit kering, liang pori akan lebih kelihatan besar.
Liang pori pada pipi, hidung, dan dahi anda akan kelihatan lebih jelas dan besar mengikut peningkatan usia, atau apabila liang tersumbat. Memastikan kulit sentiasa bersih, mengelakkan sinaran matahari adalah dua cara yang terbaik untuk menjadi liang pori kurang ketara.