backup og meta

Sapu Toner Guna Kapas Muka Lebih Bagus Daripada Guna Tangan? Ini Fungsi Sebenar Cotton Pad

Sapu Toner Guna Kapas Muka Lebih Bagus Daripada Guna Tangan? Ini Fungsi Sebenar Cotton Pad

Bagi mereka yang amat mementingkan penjagaan wajah, kapas muka atau cotton pad menjadi salah satu komponen penting yang mesti ada dalam set penjagaan kulit. Ini kerana kapas cuci muka ini boleh digunakan dengan pelbagai tujuan seperti membersihkan wajah ataupun semasa mengenakan toner pada muka. 

Namun kami percaya, ramai daripada kita yang telah biasa mengenakan toner dengan hanya menggunakan tangan sahaja.

Persoalannya, mana yang lebih baik, menggunakan kapas muka ataupun tangan jika ingin memakai toner?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Jenis-jenis kapas muka

kapas muka

Sesuai dengan namanya, kapas muka merupakan sejenis pad atau helaian yang diperbuat daripada kapas semula jadi untuk tujuan kosmetik.

Ia diperoleh daripada pokok kapas yang dikatakan sebagai serat semula jadi paling banyak dihasilkan di dunia.

Namun, walaupun dihasilkan daripada sumber pokok kapas yang sama, terdapat pelbagai jenis atau variasi kapas cuci muka yang dijual di pasaran.

Ada yang lebih nipis dan lembut, dan ada juga yang agak tebal serta kasar. Bagi penggunaan kapas untuk tujuan sapuan toner pada muka, lazimnya kapas yang lebih tebal dan berkualiti tinggi akan digunakan.

Ini kerana kapas yang berkualiti rendah akan lebih banyak menyerap kandungan toner daripada muka lalu menjadikannya cepat hancur.

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis kapas dengan tekstur dan permukaan yang agak kasar.

Malah ada juga jenis kapas yang mempunyai kandungan bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit.

Maka, jenis kapas yang seperti ini sememangnya sangat tidak sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif.

Oleh sebab itu, walaupun sekadar untuk sapuan toner pada kulit muka, pemilihan jenis kapas yang sesuai sangat perlu dititikberatkan. 

Mana lebih baik, guna kapas muka atau tangan ketika menyapu toner?kapas muka

Ramai yang masih keliru berkenaan kaedah yang terbaik untuk menyapu toner pada muka. Sebenarnya, ia bergantung kepada jenis kulit muka anda:

#1. Kulit jenis berminyak atau gabungan kulit berminyak dan kulit kering

Bagi anda yang memiliki jenis kulit wajah berminyak atau gabungan antara kulit berminyak dan kulit kering, cara terbaik ketika menyapu toner adalah dengan menggunakan cotton pad.

Cara ini sebenarnya amat disarankan kepada semua jenis kulit, namun ia akan memberikan hasil yang lebih baik kepada mereka dengan kulit berminyak.

Penggunaan pad kapas semasa menggunakan toner boleh membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan halus kerana kapas akan menanggalkan sisa kulit mati pada wajah.

Selain itu, penggunaan kapas ini juga boleh membantu menyerap lebihan minyak dan kotoran lain yang melekat pada wajah anda.

Anda tidak perlu menggosok dengan kasar sewaktu menggunakan pad kapas, cukup sekadar dengan menekap secara perlahan-lahan pada muka. 

#2. Kulit jenis normal, kering atau sensitif

Jika anda mempunyai jenis kulit wajah yang kering, kaedah terbaik untuk menyapu toner adalah dengan menggunakan tangan.

Apabila anda menekapkan toner pada wajah dengan menggunakan tangan, kulit anda akan terhidrasi dengan lebih pantas.

Ini kerana, gabungan kaedah tekapan dengan menggunakan tangan dan kehangatan semula jadi daripada tangan anda akan menyebabkan toner menyerap dengan lebih baik dan pantas ke dalam kulit.

Namun, sebelum menyapu toner pada wajah, pastikan tangan anda bersih dengan mencucinya terlebih dahulu. 

Fungsi lain kapas muka yang anda mungkin tidak tahu

Selain menyapu toner pada wajah anda, terdapat beberapa kegunaan lain pad kapas yang memberikan kebaikan kepada kulit wajah. 

#1. Membantu menyingkirkan segala bentuk kulit mati

Sekiranya anda menggunakan kapas bersama-sama dengan pembersih muka, ia boleh membantu menanggalkan sel-sel kulit yang telah mati pada wajah.

Selain itu, ia juga boleh membantu menyingkirkan blackhead dan whitehead sehingga menjadikan kulit tampak lebih bersih dan cerah. 

#2. Menanggalkan sisa kotoran akibat solekan

Anda juga boleh menggunakan kapas cuci muka bersama-sama micellar water bagi menanggalkan solekan yang dipakai pada muka.

Anda boleh menggunakan jenis kapas yang berbentuk bulat mahupun empat segi. Pastikan ia jenis yang berkualiti tinggi untuk memudahkan proses membuang sisa solekan pada kulit. 

kapas muka

#3. Jadikan sebagai topeng muka 

Percaya atau tidak, pad cuci muka juga boleh digunakan sebagai topeng muka untuk melembapkan kulit anda.

Caranya adalah dengan meletakkan sejumlah toner pada kapas dan anda boleh terus melekatkannya pada bahagian wajah anda.

Letakkan pada bahagian bawah mata, pipi, dahi dan juga hidung. 

Kesimpulan

Ternyata bahawa soal penggunaan cotton pad atau tidak sebenarnya bergantung kepada jenis kulit anda.

Jika anda memiliki kulit yang agak berminyak, maka anda disarankan untuk menggunakan kapas muka sewaktu menyapu toner.

Namun, jika kulit anda kering atau jenis sensitif, adalah lebih baik untuk anda mengenakan toner dengan menggunakan tangan. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What is Cotton. https://learn.genetics.utah.edu/content/cotton/what. Accessed on April 27, 2022.

Recycling with the Waste Wizard: Cotton Pad. https://cityofwatsonville.org/1183/Recycling#!rc-cpage=455924. Accessed on April 27, 2022.

How To Safely Exfoliate At Home. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-secrets/routine/safely-exfoliate-at-home. Accessed on April 27, 2022.

What Are Some Amazing Uses of Toner?. https://womenintheworld.org/uses-of-toner/. Accessed on April 27, 2022.

Why you should add toner to your skincare routine. https://www.gundersenhealth.org/health-wellness/live-happy/why-you-should-add-toner-to-your-skincare-routine/. Accessed on April 27, 2022.

Versi Terbaru

03/08/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Tip Nak Beli Produk Jika Kulit Kering Dan Kasar, Mesti Ada 7 Bahan Ini!

Kulit Kering Dan Mengelupas? Ia Mungkin Angkara Aircond Di Rumah Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan