backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Picit Blackhead Di Hidung! 5 Cara Ini Lebih Berkesan Hilangkannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/10/2022

    Jangan Picit Blackhead Di Hidung! 5 Cara Ini Lebih Berkesan Hilangkannya

    Rasa rimas tengok bintik hitam? Tetapi jangan memicitnya atau tindakan itu hanya akan memburukkan keadaan. Apa kata anda cuba cara hilangkan bintik hitam di hidung yang kami kongsikan ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Apa sebenarnya bintik hitam?

    Sebelum mengetahui cara menghilangkan blackhead, ada baiknya untuk anda memahami apa sebenarnya bintik hitam ini.

    Bintik hitam pada asasnya adalah folikel rambut tersumbat dengan sel kulit mati, minyak dan bakteria sehingga ia menjadi bukaan yang luas pada permukaan kulit. Apabila terkena udara, ia teroksida dan berubah hitam. 

    Nama teknikal untuk bintik hitam ialah open comedone – comedone adalah istilah saintifik untuk lepuh jerawat. Terdapat 2 jenis comedone – bintik hitam (terbuka) dan bintik putih (tertutup).

    Bintik hitam dicirikan oleh pembukaan folikel rambut yang melebar disebabkan pengumpulan sebum, iaitu minyak, keradangan dan bakteria P. Acne – bakteria utama yang bertanggungjawab menyebabkan jerawat.

    Jika anda merasakan ia lebih kerap terjadi pada bahagian hidung, tepat tekaan tersebut! 

    Kulit sekitar hidung mempunyai kepekatan kelenjar sebum yang sangat tinggi. Ini bermakna kawasan itu adalah lombong emas untuk lebihan minyak, sekali gus berpotensi lebih tinggi untuk liang tersumbat.

    cara hilangkan bintik hitam di hidung

    Sesiapa sahaja boleh berdepan masalah blackhead ini tetapi individu dengan kulit kombinasi atau berminyak paling berisiko mengalaminya.

    Jangan terkejut kerana terdapat komponen genetik kepada bintik hitam. Ini bermakna ada individu lebih cenderung mengembangkannya, walaupun sebab asas masih belum difahami sepenuhnya. 

    Cara hilangkan bintik hitam di hidung

    Berikut antara tip yang boleh dicuba untuk menyingkirkan bintik hitam ini:

    1. Bintik hitam ringan, gunakan skrub asid salisilik

    Jika anda mempunyai bintik hitam, asid salisilik haruslah menjadi bahan utama skrub. Asid hidroksi beta ini membantu menghilangkan minyak berlebihan dan mengelupaskan sel dari permukaan kulit.

    Peraturan am penggunaan skrub adalah 3x seminggu untuk kulit berminyak atau kombinasi dan hanya seminggu sekali bagi kulit sensitif. 

    Pada hari tidak menggunakan skrub, pilihlah pembersih muka dengan kandungan asid salisilik lembut.

    cara hilangkan bintik hitam di hidung

    Cara hilangkan bintik hitam di hidung yang degil #2. Gunakan krim retinoid

    Retinoid membantu merawat bintik hitam dan liang tersumbat dengan mengurangkan kelekitan sel yang menyumbat liang serta mempercepatkan kadar kulit bertukar dan tumbuh kembali.

    Dengan peratusan dan rejimen yang betul, retinol boleh membantu memperbaiki keadaan kulit sepenuhnya, termasuklah mengelakkan kemunculan bintik hitam. 

    Mereka dengan kulit sensitif, pilihlah krim retinoid di kaunter farmasi. Manakala untuk kes bintik hitam yang menjengkelkan, krim retinoid preskripsi adalah jawapan terbaik.

    3. Ubat jerawat oral, cara hilangkan bintik hitam di hidung yang teruk

    Ubat oral seperti pil perancang kehamilan dan spironolakton mungkin disarankan pakar dermatologi bagi mengurangkan pengeluaran minyak dan merawat bintik hitam dengan berkesan. 

    Biasanya, ubatan jenis ini diberikan kepada mereka dengan masalah bintik hitam sederhana hingga teruk. 

    Kedua-dua kaedah tersebut memainkan peranan berkaitan tahap hormon bagi membantu mengurangkan pengeluaran minyak dalam kulit. 

    4. Rutin amalan masker muka

    Masker muka yang mengandungi tanah liat atau arang boleh membantu menghilangkan lebihan kotoran dan minyak daripada kulit. 

    Produk ini mungkin tidak ‘mendetoks’ kulit, tetapi dari masa ke masa ia boleh mengurangkan bintik hitam dan menguruskan masalah jerawat lain. 

    cara hilangkan bintik hitam di hidung

    5. Cara hilangkan bintik hitam di hidung yang terakhir, penggunaan pelembap

    Pelembap adalah langkah penting dalam rutin penjagaan kulit – walaupun anda mempunyai kulit mudah berjerawat.

    Kenapa? Semua cara yang dikongsikan di atas mungkin menghilangkan minyak daripada kulit dan mengeringkan. 

    Penting untuk mengekalkan keseimbangan dalam kulit dan pelembap akan membolehkan anda terus menggunakan produk pengelupasan tanpa sebarang masalah.

    Sentiasa gunakan pelembap bukan komedogenik – yang dirumuskan khusus untuk tidak menyumbat liang pori. Pun begitu, agak sukar untuk menentukan apa produk komedogenik dan bukan. 

    Apa yang boleh dilakukan adalah untuk mencari label bukan komedogenik atau bebas minyak pada produk.

    Secara umumnya, jika kulit anda mudah berjerawat, idea terbaik adalah untuk menghindari produk berasaskan minyak berat – yang akan berada di atas kulit memerangkap peluh, kotoran dan sel kulit mati dalam liang pori. 

    Baca juga:

    Cara hilangkan bintik hitam di hidung yang perlu dielakkan

    Walaupun anda sudah mengetahui kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan bintik hitam, ia juga penting untuk mengingati perkara yang tidak seharusnya dibuat, seperti:

    Berhenti memicit

    Memicit bintik hitam akhirnya akan menjejaskan keadaan kulit. Bakteria daripada tangan dan kuku juga boleh masuk ke bahagian tersebut dan menyebabkan kemunculan pustula yang lebih sukar dirawat.

    Hindari pembersih muka berasaskan minyak

    Jenis pembersih ini boleh mengandungi minyak seperti minyak argan, rosehip dan minyak jojoba – yang menyumbang kepada pengumpulan minyak kepada kulit. 

    Cara hilangkan bintik hitam di hidung yang harus dielakkan #Peranti sedutan OTC

    Peranti sedutan OTC atau over the counter dipromosi sebagai produk yang dapat menyedut kotoran dalam liang pori. Tetapi adalah sukar untuk menentukan tekanan yang betul dan ia mungkin hanya akan memburukkan keadaan. 

    Jika terdapat sebarang permasalahan berkaitan bintik hitam di hidung, berundinglah dengan doktor untuk penyelesaian lebih baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan