Selain itu, tahi telinga juga mudah tersumbat jika anda kerap menggunakan fon telinga kerana lekapan fon telinga menolak tahi telinga ke dalam dan menghalangnya daripada keluar.
Simptom-simptom jika terdapat pengumpulan tahi telinga dalam telinga anda
Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah, warna bahan berlilin ini tidak semestinya melambangkan sebarang penyumbatan dalam telinga.
Warna yang lebih gelap tidak bermakna bahawa telinga anda tersumbat.
Kedua, terdapat tanda-tanda yang mungkin menunjukkan bahawa telinga anda sedang tersumbat. Antaranya ialah:
Selain itu, bahan berlilin yang terkumpul ini juga berisiko untuk menyebabkan jangkitan pada telinga anda.
Oleh itu, terus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti berikut:
- Sakit yang teramat sangat pada telinga
- Keluarnya cecair daripada telinga anda
- Demam
- Batuk-batuk
- Deria pendengaran terjejas dengan kadar yang panjang
- Keluar bau yang tidak normal daripada telinga anda
- Pening kepala
Cara bersihkan telinga yang boleh anda lakukan

Peringatan! Anda disarankan untuk tidak sekali-kali mengorek telinga anda dengan cara anda sendiri.
Ini kerana, kaedah seperti ini amatlah berisiko tinggi untuk merosakkan telinga selain menyebabkan jangkitan dan juga kehilangan deria pendengaran.
Jika perlu, gunakan putik kapas hanya pada bahagian luaran bukaan telinga anda sahaja.
Cara penjagaan telinga 1: Lembutkan tahi telinga
Bagi tujuan melembutkan bahan berlilin ini yang telah keras, anda boleh mendapatkan ubat titis di farmasi untuk tujuan melembutkannya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan beberapa bahan lain seperti:
- Minyak mineral
- Hidrogen peroksida
- Karbamida peroksida
- Minyak bayi
- Gliserin
Cara penjagaan telinga 2: Pengairan telinga (ear irrigation)
Selain korek telinga, cara lain yang boleh digunakan sebagai cara bersihkan telinga yang seterusnya adalah dengan melakukan pengairan telinga. Ini bertujuan untuk menyingkirkan tahi telinga yang telah terkumpul.
Namun, jangan sesekali melakukan kaedah ini jika terdapat sebarang kecederaan dalam lubang telinga atau anda pernah menjalani sebarang prosedur perubatan pada telinga anda.
Ini kerana ia akan merisikokan telinga anda untuk kehilangan deria pendengaran dan juga menyebabkan jangkitan.
Ikut langkah yang dinyatakan pada kit pengairan telinga yang didapati di farmasi, atau anda boleh juga mengikuti cara ini:
- Berdiri atau duduk dengan tegak. Pastikan kedudukan kepala anda berada dalam keadaan yang lurus.
- Pegang bahagian luar telinga anda dan tarik perlahan-lahan ke atas.
- Dengan menggunakan picagari, pancutkan air yang bersuhu badan ke dalam telinga anda. Jangan gunakan air yang terlalu sejuk atau terlalu suam kerana ia akan menyebabkan anda pening kepala.
- Tundukkan kepala anda dan biarkan air tersebut mengalir keluar.
Kesimpulan
Jika sebelum ini anda kerap mengorek telinga menggunakan putik kapas, bolehlah perlahan-lahan meninggalkan rutin tersebut. Penjagaan telinga dengan cara ini merupakan sesuatu yang salah dan perlu dielakkan.
Ini untuk mengelakkan sebarang kerosakan pada telinga atau berlakunya penyumbatan tahi telinga dalam telinga anda.