backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Punca Tumit Merekah, Tapi Jangan Risau Sebab Ada 5 Cara Mudah Rawat!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/02/2023

    Ini Punca Tumit Merekah, Tapi Jangan Risau Sebab Ada 5 Cara Mudah Rawat!

    Menurut satu tinjauan, didapati bahawa sebanyak 20% individu yang tinggal di Amerika Syarikat mengalami masalah ini namun tidak tahu apa punca tumit merekah.

    Angka yang agak tinggi bukan?

    Meskipun kebiasaannya berlaku kepada golongan wanita, itu tidak bermakna golongan lelaki juga boleh terlepas!

    Masalah ini bukan sahaja akan mencacatkan penampilan malahan juga menyebabkan ketidakselesaan tatkala berjalan, berjoging atau berlari.

    Jadi, jom sama-sama kita semua ikuti artikel dengan lebih lanjut tentang apa punca tumit merekah dan jalan penyelesaian terbaik masalah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa punca tumit merekah?

    Menurut Pakar Dermatologi Samer Jaber, punca tumit merekah akan berlaku apabila terdapat gangguan pada lapisan kulit di kawasan terbabit.

    Gangguan ini mungkin boleh terjadi akibat kondisi kulit seperti psoriasis dan ekzema atau juga disebabkan oleh kulit yang terlalu kering.

    Ia juga mungkin merupakan petanda bahawa tubuh badan anda kekurangan vitamin yang penting untuk kulit seperti vitamin E, B3 dan C.

    punca tumit merekah

    Dalam pada itu, wujud juga beberapa faktor risiko lain termasuklah:

    • Penuaan
    • Jangkitan kulat
    • Kondisi kencing manis
    • Berdiri lama selama beberapa jam
    • Berjalan kaki tanpa alas atau kasut
    • Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau menyokong tumit
    • Penggunaan sabun yang mengeringkan menyebabkan kehilangan minyak semula jadi kulit
    • Mandi air panas dengan terlalu lama
    • Kulit menjadi kering kerana iklim, seperti suhu sejuk atau lembap
    • Kegemukan
    • Kehamilan

    Mungkin juga ada beberapa punca tumit merekah lain yang kami tidak senaraikan dan pengesahan daripada pakar perlu untuk anda mengetahui dalang sebenarnya.

    Bagaimana rawat tumit merekah?

    Meskipun ia bukanlah satu kondisi yang begitu serius hingga menjejaskan kesihatan, namun ia akan memburukkan penampilan penderita tumit merekah.

    Cara untuk merawat paling utama tentu sekali bermula dengan nutrisi yang boleh didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan lemak sihat.

    Selain itu, anda juga boleh cuba cara-cara yang berikut:

    #1. Skrub tumit merekah

    Kebiasaannya, kulit di sekitar tumit merekah adalah lebih tebal dan kering berbanding di bahagian anggota tubuh badan lain.

    Dengan merendam dan menyental kaki anda menggunakan skrub, ia mampu memberikan hasil kulit yang lebih halus dan licin.

    Cara-cara melakukannya adalah seperti berikut:

  • Basahkan kaki anda menggunakan air suam selama 20 minit
  • Gunakan loofah atau scrubber untuk menghilangkan kulit yang keras dan tebal
  • Lapkan perlahan-lahan kaki anda dengan kain yang bersih untuk mengeringkannya
  • Sapukan pelembap kulit pada kawasan yang ingin dirawat
  • Sarungkan stoking untuk elak meninggalkan kesan kaki di lantai rumah
  • punca tumit merekah

    #2. Sapu pelembap kulit/ losen

    Rawatan paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan hanya menggunakan pelembap kulit atau losen yang dikhususkan pada kawasan tumit.

    Bagi mendapatkan hasil yang bagus, pastikan produk yang anda gunakan mengandungi bahan-bahan ini:

    • Urea
    • Asid salisilik
    • Asid alfa-hidroksi
    • Isomerat sakarida

    #3. Stoking kapas

    Sebelum tidur, anda juga boleh sapukan gel petroleum pada tumit dan pakai stoking kapas – yang akan membenarkan pengaliran udara.

    Pemakaian stoking ini dapat membantu mengekalkan kelembapan pada tumit anda!

    Dengan mengamalkan rutin ini dalam tempoh beberapa hari, anda sudah pasti akan dapat merasaikan perubahan pada tumit yang bermasalah.

    #4. Minyak kelapa

    Minyak kelapa amat disarankan untuk disapu pada kulit kering serta yang mempunyai masalah ekzema dan psoriasis.

    Ia berfungsi sebagai antiradang dan antimikrobial yang dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit.

    Sapukan minyak kelapa selepas merendam kaki untuk kesan terbaik.

    #5. Madu juga boleh rawat tumit merekah

    Madu merupakan antara bahan semula jadi yang dapat membantu merawat punca tumit merekah.

    Ia bertindak sebagai antimikrobial dan antibakteria serta ada kajian yang menunjukkan madu dapat membantu menyembuhkan dan membersihkan luka selain melembapkan kulit.

    Anda juga boleh menggunakan madu sebagai ubatan topikal semula jadi kaki selepas merendam, atau sapukan sahaja ia sebagai pelembap sebelum hendak tidur malam.

    punca tumit merekah

    Antara tip tambahan yang berkaitan

    Dalam pada itu, adalah sangat penting untuk kalian tahu pemilihan kasut atau selipar juga perlu diberi perhatian yang khusus.

    Oleh itu, sila elak daripada menggunakan alas kaki yang begitu ketat, keras serta tidak menyokong tumit kaki anda.

    Lakukan pemeriksaan secara berkala dengan pakar dermatologi jika anda perasan tumit kaki pecah dan sakit!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan