Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Diet pemakanan amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita secara total agar sentiasa mendapat nutrisi bagi kelangsungan hidup.
Ramai yang sangka bahawa ia hanya penting untuk kesihatan namun tahukah anda diet juga penting untuk kecantikan? Ya, ini terutamanya buat organ terbesar pada tubuh badan, iaitu kulit!
Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu dan cuba cara diet untuk kulit cantik dengan lebih lanjut.

Wujudkah diet untuk kulit cantik?

Kecantikan kulit itu sememangnya merupakan sesuatu yang sangat penting bagi tujuan menyerikan keterampilan serta meningkatkan keyakinan diri.

Disebabkan itu, pelbagai produk ubatan, sapuan dan suplemen akan diikhtiarkan dalam usaha mendapatkan kulit putih, licin dan anjal umpama bayi.

Pun begitu, anda sebenarnya boleh mencapai hasrat ini hanya dengan mengamalkan diet untuk kulit cantik!

Menurut Pakar Dermatologi, Dr David Lortscher dan pasukan penyelidik beliau, ada beberapa rahsia tentang diet yang perlu atau tidak diambil untuk tujuan ini.

kesihatan kulit

#1. Whole 30

Buat anda yang masih belum tahu, Whole 30 ini merupakan diet yang memerlukan anda hanya ambil makanan yang asli sahaja selama sebulan.

Untuk menjayakannya, anda dikehendaki mengambil makanan tidak diproses dan mengelak daripada anasir tidak bagus seperti berikut:

  • Gula
  • Alkohol
  • Tenusu
  • Bijirin
  • Kekacang
  • Bahan penambah perasa seperti MSG
  • Snek

Jadi, penting untuk anda mengelak daripada anasir di atas kerana ia mungkin boleh menjadi pencetus timbulnya jerawat pada kulit anda.

#2. Diet vegetarian

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa vegetarian adalah satu kaedah pemakanan yang menyingkirkan segala produk berkaitan haiwan.

Jadi, pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang adalah sumber utama nutrisi golongan ini yang ternyata bagus untuk kulit.

Menurut American Heart Association, diet vegetarian yang rendah lemak, kolesterol serta kalori mampu mengurangkan penghasilan minyak dalam kulit.

Selain itu, ia juga mampu membuat kulit terhindar daripada masalah keradangan kulit serta kesihatan tubuh badan secara umumnya.

kurus

#3. Minum lebih banyak air

Setiap hidupan di muka bumi ini memerlukan air untuk memastikan tubuh badan kekal hidrat agar kelangsungan hidup lebih terjamin.

Seperti yang selalu diingatkan kepada kita, minum sekurang-kurangnya 8 gelas, 72 auns atau 2 liter air sehari adalah jumlah yang paling ideal.

Dengan mencapai hidrasi yang baik, adakah kulit kita juga akan terpelihara? Ya!

Ini kerana organ dalaman tubuh badan kita memerlukan air yang cukup untuk memastikan ia kekal berfungsi dengan baik dan ini termasuklah kulit.

Kajian pada tahun 2018 mendapati bahawa masalah kulit kering dan kasar mampu dikurangkan dengan mengambil lebih banyak air.

Namun kalian perlu ingat bahawa air yang dimaksudkan di sini adalah air putih atau air kosong dan bukannya air yang bergula ya.

#4. Diet rendah karbohidrat

Diet yang turut dikenali sebagai ‘keto’ ini sudah menjadi trend sejak bertahun lagi ekoran pelbagai manfaatnya terhadap kesihatan tubuh badan.

Buat anda yang kurang mengerti, diet untuk kulit cantik bernama keto ini adalah kaedah pemakanan yang mengurangkan pengambilan karbohidrat.

Sama ada tidak langsung mengambilnya atau sekadar minimum sahaja (sekitar 20 ke 50 gram sehari), ia mampu membuat tubuh badan mengambil tenaga daripada cara yang lain.

Kebiasaannya, glukosa akan digunakan sebagai sumber tenaga namun proses ketosis ini akan membuat lemak yang akan digantikan sebagai bahan bakar tenaga.

Manfaatnya, BMI akan lebih stabil sekali gus menjadikan kulit anda lebih tegang dan cantik ekoran tiada lagi kedutan, jerawat atau jeragat akibat pengambilan karbohidrat.

warna kulit

#5. Diet cara lama

Lebih popular berbanding diet ‘keto’, diet yang turut dikenali sebagai diet ‘paleo’ ini juga dikatakan mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan.

Konsepnya juga amat mudah iaitu cuba untuk makan makanan yang diambil oleh nenek moyang kita dahulu kala kerana ia dipercayai lebih sihat.

Interpretasi moden bagi diet jenis ini adalah dengan lebih banyak mengambil daging, sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang.

Pun begitu, sehingga kini masih tidak terdapat bukti saintifik yang memperakui kebaikannya terhadap kulit!

Cuma mungkin diet jenis ini adalah lebih baik berbanding makan makanan yang diproses, disejukbeku atau ditinkan seperti mana diet moden yang banyak diamalkan kini.

Jadi, sila berjumpa doktor pakar kulit untuk mendapatkan rundingan atau ubatan yang benar mampu menyelesaikan masalah kulit anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Lepas Pembedahan Pundi Hempedu, Tak Boleh Minum Susu! Apa Lagi Makanan Kena Pantang?

Selepas pundi hempedu dibuang, terdapat beberapa pantang larang mengenai makanan yang anda perlu ambil dan harus elak. Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Penyakit Pundi Hempedu 17/02/2021 . 3 minit bacaan

Kena Tukar Cara Pemakanan Jika Alami Radang Usus! Diet Karbo Boleh Membantu?

Anda pernah alami radang usus? Ada cara pemakanan yang mungkin boleh dipertimbangkan iaitu diet karbo khusus! Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diet Sihat 10/02/2021 . 3 minit bacaan

Jika Ada Penyakit Tekanan Darah Tinggi, Anda Patut Cuba Amalkan DIET Jenis Ini!

Khas buat penderita tekanan darah tinggi, anda mungkin perlu mengamalkan diet DASH ini! Kenapa? Jom klik artikel untuk tahu tentangnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diet Sihat, Pemakanan Sihat 29/01/2021 . 3 minit bacaan

Selain Muka, 4 Bahagian Tubuh Ini Juga Berisiko Jadi GELAP Ketika Hamil! Ini Cara Nak Rawat

Kondisi kulit gelap ketika hamil sebenarnya adalah perkara yang normal. Namun tahukah anda di mana ia akan muncul lagi selain muka? Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Ketiga 28/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

panjang umur

Nak Hidup Lama Sampai 100 Tahun? Ikut Cara Makan Macam Penduduk Di Zon Biru

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
tanda lahir

Si Kecil Ada Tanda Lahir? Ini Antara Jenis-jenisnya Yang Patut Ibu Ayah Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
cara kurus

Nak Kurus Tapi Malas Berdiet? Ini 5 Rahsia Tampil Langsing Tanpa Perlu Berlapar

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
contoh menu diet 7 hari

Jangan Pening Lagi, Ini Menu Diet Seminggu Untuk Kurus Yang Patut Anda Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan