Penyakit vitiligo adalah keadaan autoimun di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen kulit diserang dan dihancurkan, mengakibatkan tompok-tompok kulit berwarna cerah atau putih di mana-mana anggota badan, termasuk muka.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Apa itu vitiligo atau penyakit kulit putih?
Vitiligo atau sopak adalah penyakit kulit yang dihidapi oleh 0.5% sehingga 2% penduduk dunia.
Satu perdua pesakit didapati menghidap penyakit ini sebelum berumur 20 tahun manakala satu pertiga pula mempunyai sejarah keluarga yang positif.
Tambah lagi, vitiligo dikaitkan dengan penyakit autoimun seperti diabetes mellitus, tiroid, pernicious anemia dan penyakit Addison.
Terdapat 5 jenis penyakit vitiligo yang boleh dikenal pasti:
- Bersegmen (segmental)
- Umum (universal)
- Acrofacial
- Vulgaris
- Focal
Vitiligo atau penyakit kulit putih umum atau vulgaris adalah jenis sopak yang paling kerap berlaku dan diagnosis penyakit kebiasaannya dibuat secara klinikal.
Namun begitu, biopsi kulit (pemeriksaan cebisan kulit) boleh membantu dalam sesetengah kes bagi mendapatkan kepastian.
Wajar untuk penghidap penyakit vitiligo mengetahui cara rawatan semula jadi, gejala awal vitiligo, dan apakah pilihan makanan serta gaya hidup yang dapat bantu mencegah atau berisiko memburukkan lagi keadaan ini.
Rawatan semula jadi penyakit vitiligo
Menurut Vitiligo Support International, individu yang dilahirkan dengan kondisi genetik ini mungkin kekurangan tahap nutrien sihat yang tertentu.
Walau bagaimanapun, masih tidak ada bukti menunjukkan dengan memakan makanan tertentu, mampu menyembuh atau memburukkan kondisi penyakit ini.
Walaupun kekurangan bukti, beberapa individu berjaya memperoleh hasil yang memberangsangkan dengan hanya melakukan rawatan rumah menggunakan bahan semula jadi tertentu.
Berikut merupakan petua hilangkan penyakit sopak di rumah:
- Campuran perahan lemon dan estrak sweet basil
- Pes ginkgo biloba
- Campuran minyak kunyit dan mustard
Sekarang, penulis akan mengupas pula mengenai makanan-makanan yang dikatakan bermanfaat buat pesakit sopak. Teruskan membaca ya!
Diet yang disarankan untuk penyakit sopak
Walaupun tidak ada ‘diet penyakit vitiligo’ tertentu yang ditetapkan secara rasmi, namun langkah pemakanan terbaik yang boleh pesakit lakukan adalah makan makanan sihat yang penuh nutrien dan juga minum banyak air.
Selain itu, sama seperti penyakit autoimun lain, pesakit mungkin memperoleh manfaat daripada makanan yang berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh yang mengandungi fitokimia, beta-karoten, dan antioksidan.
Berikut adalah beberapa makanan yang dikatakan boleh membantu penghidap penyakit kulit putih:
- Pisang
- Epal
- Sayuran hijau
- Kacang buncis
- Ubi bit, wortel, dan lobak
- Buah ara dan kurma
Manakala, bagi jenis makanan yang perlu dihadkan pula, bukti anekdot menunjukkan sebilangan orang mengalami kesan sampingan ketika mereka memakan makanan tertentu, terutama yang mengandungi hidrokuinon agen depigmentasi.
Namun harus kita fahami, tubuh setiap individu adalah berbeza dan boleh bertindak balas secara berbeza terhadap makanan tertentu.
Dinyatakan berikut adalah beberapa makanan yang berpotensi menjadi masalah bagi orang yang mempunyai vitiligo:
- Alkohol
- Beri biru
- Sitrus
- Kopi
- Ikan
- Jus buah-buahan
- Anggur
- Jeruk
- Buah delima
- Buah pir
- Daging merah
- Tomato
- Produk bergandum
Jenis-jenis vitamin yang bermanfaat
Menurut beberapa pesakit vitiligo, bahan-bahan tertentu seperti vitamin dan herba, dikatakan dapat mengurangkan perubahan warna kulit yang dialami oleh mereka.
Pun begitu, secara perubatan pula, bahan-bahan ini tidak terbukti berkesan sebagai rawatan untuk vitiligo, ia hanya disokong oleh bukti anekdot, antaranya:
- Vitamin B-12, atau asid folik
- Vitamin C
- Vitamin D
- Beta karotena
- Ginkgo biloba
- Asid amino
- Enzim
Di samping itu, beberapa mineral juga disebut bermanfaat untuk mencegah sopak, termasuk:
- Copper: Orang ramai mendapat jumlah copper yang sihat dengan meminum segelas air daripada cawan tembaga
- Iron: Jumlah zat besi yang sihat dapat dimanfaatkan oleh orang ramai dengan memakan makanan yang dimasak di dalam cast-iron skillet
- Zink: Oleh sebab kebanyakan makanan kaya zink berada di dalam senarai makanan yang perlu dihadkan bagi pesakit vitiligo, mereka boleh memperoleh manfaat zink melalui pengambilan suplemen
Fakta
Walaupun tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, masih ada petua hilangkan penyakit sopak di rumah untuk mencegahnya daripada bertambah parah, termasuklah dengan pengamalan makanan yang sihat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kebimbangan, pastikan untuk menemui pakar dermatologi bagi mendapatkan nasihat mengenai kondisi yang dialami.