backup og meta

7 Petanda Awal Anda Ada Masalah Kulit, Kena Rujuk Pakar Dermatologi Cepat!

7 Petanda Awal Anda Ada Masalah Kulit, Kena Rujuk Pakar Dermatologi Cepat!

“Macam ada sesuatu yang tak kena lah dengan kulit aku, agaknya tanda kena penyakit.” Jika anda ada alami perasaan yang sebegini, perlukah segera ke klinik pakar kulit untuk diagnosis? Jom terus baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Kulit, organ terbesar pada tubuh badan

Rasanya, semua orang sudah tahu bahawa kulit adalah organ terbesar pada tubuh badan dengan tiga bahagian yakni epidermis (luar), dermis (tengah) serta hipodermis (dalam).

Penciptaan kulit juga mempunyai tiga fungsi yang utama iaitu untuk perlindungan, pengawalan dan deria rasa. Tanpa organ ini, maka anda akan mungkin hidup tanpa ‘dinding’.

Sekiranya berlaku sebarang masalah seperti penyakit pada mana-mana bahagian kulit itu tadi, maka fungsinya terhadap tubuh badan individu juga mungkin akan terjejas.

Dalam usaha untuk mengelak dan menjaga kulit daripada masalah, anda mungkin perlu rujuk apa-apa ketidaknormalan pada kulit ke klinik pakar kulit dengan kadar segera.

Persoalannya, bila anda perlu jumpa doktor pakar kulit atau ahli dermatologi? Ada tanda utama?

klinik pakar kulit

Petanda awal anda perlu ke klinik pakar kulit!

Sebaiknya, jangan tunggu hingga anda sudah hilang fungsi pada kulit baru hendak jumpa doktor!

Untuk pengetahuan anda semua, kulit mungkin akan menunjukkan beberapa petanda awal jika ada masalah berkaitan dengannya. Semak jika ada yang berkaitan di bawah ini:

#1. Masalah jerawat yang teruk

Mungkin ramai yang sangka bahawa masalah jerawat, whitehead, blackhead atau bintik lain itu adalah normal dan akan hilang dengan sendiri seiring perjalanan waktu dan usia.

Ya, anda mungkin tidak salah. Namun, jangan pula rasa segan untuk jumpa pakar dermatologi jika ia sudah mula menjadi teruk sehingga mengganggu kecantikan dan keyakinan diri.

Ini kerana wujud pelbagai jenis prosedur seperti rawatan laser, ubatan kolagen dan lain- lain yang boleh membantu menangani masalah anda itu, Cuma, anda mungkin perlu bersedia dengan kos, masa dan tenaga.

#2. Jangkitan mikrobiom pada kulit

Sebenarnya, kulit manusia memang sangat sensitif dengan jangkitan yis, kulat, bakteria dan virus!

Disebabkan itu juga, sila lebih peka dengan sebarang gejala-gejala seperti kegatalan, kemerahan, kebengkakan dan lain-lain. Ia amat penting untuk elak komplikasi atau kesan jangka panjang yang boleh menjejaskan struktur, sistem dan fungsi pada organ paling besar ini.

klinik pakar kulit

#3. Tompokan kering

Bukan itu sahaja, individu juga perlu ke klinik pakar kulit jika wujud tompokan kering pada kulit!

Ini kerana kulit yang kering, keras, kasar atau bersisik di bahagian seperti kulit kepala, dada, siku, lutut atau belakang itu mungkin menunjukkan gejala kondisi psoriasis – penyakit kulit autoimun kronik. Dengan ubatan seperti minyak dan krim, maka ia mungkin akan dapat membantu.

#4. Kulit yang merengsa/meradang

Wujud satu kondisi yang juga berbahaya pada kulit bernama ekzema. Kondisi ini ditandai dengan gejala kerengsaan atau keradangan yang mengakibatkan kulit merah dan gatal dengan teruk.

Selain ekzema, ada juga kondisi rosacea yang ditandai dengan gejala kulit terasa seperti terbakar. Kedua-duanya mungkin hampir sama dan boleh dirawat dengan penyapuan ubatan topikal.

#5. Pergi klinik pakar kulit jika muncul tahi lalat secara tiba-tiba

Mungkin jika tahi lalat itu sudah lama wujud pada kulit anda, kebiasaannya ia tidak ada masalah. Namun jika ia muncul secara tiba-tiba, maka anda perlu segera ke klinik kulit.

Ini kerana tahi lalat itu mungkin petanda awal kanser kulit. Antara gejala lain yang anda boleh perhatikan adalah perubahan pada saiz, bentuk, warna dan/atau tekstur kulit anda.

klinik pakar kulit

#6. Urat tersimpul (vena varikosa)

Urat yang tersimpul pada tubuh badan terutama kaki seperti kaki labah-labah, akan menyebabkan masalah pada kulit dan sistem sirkulasi darah. Ahli dermatologi akan membantu anda untuk merawat kondisi ini dengan perawatan dan pembedahan jika ia sudah kronik.

#7. Pemeriksaan kanser kulit

Akhir sekali, anda juga perlu ke klinik pakar kulit dalam tempoh atau jeda yang tertentu seperti setahun sekali atau lebih untuk melakukan pemeriksaan kanser kulit secara berkala.

Ini sangat penting kerana melanoma (salah satu jenis kanser kulit) boleh membawa maut. Maka, sila segera jumpa doktor dermatologi walaupun tidak ada gejala untuk mendapatkan kepastian.

Konklusinya, ada banyak tanda anda perlu ke klinik kulit. Jangan abaikan tanda ini meskipun anda tidak rasa sakit kerana ia mungkin memudaratkan untuk jangka masa panjang!

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. When Should You See A Dermatologist?, https://healthcare.utah.edu/dermatology/when-to-see-dermatologist.php, Accessed Apr 18 2022.
  2. Got Skin Problems? How You Can Tell When a Specialist Is Best, https://health.clevelandclinic.org/got-skin-problems-can-tell-specialist-best/, Accessed Apr 18 2022.
  3. Dermatologists, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/12165-dermatologists-skin-care-doctors, Accessed Apr 18 2022.
  4. When to Visit a Dermatologist, https://www.sutterhealth.org/services/dermatology/when-to-visit-a-dermatologist, Accessed Apr 18 2022.
  5. Early Detection: Overview, https://www.skincancer.org/early-detection/, Accessed Apr 18 2022.
  6. Treating Acne? Is It Time To See A Dermatologist? https://www.aad.org/public/diseases/acne/diy/when-derm. Accessed May 13, 2022.

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

AWAS, Tangan Kering & Mengelupas Mungkin Petanda Masalah Kulit! Ini 4 Penyebab Utama

Ada Masalah Kulit Bersisik Macam Ikan? Ini Cara Uruskan Dan Merawatnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan