home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kekal Yakin dengan Kulit Kering

Kekal Yakin dengan Kulit Kering

Kulit kering atau xerosis ialah kekurangan kelembapan pada lapisan sel paling luar kulit. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan atas pelbagai sebab. Di Malaysia, 1 daripada 5 wanita didapati menghadapi kulit kering.

Pun begitu, sesetengah individu menghadapi masalah kulit kering yang sangat teruk terutamanya dalam pesakit ekzema, psoriasis dan kulit hipersensitif. Memandangkan kulit adalah organ terbesar dan paling zahir di luar, tidak hairanlah keadaan kulit sangat menjejaskan keyakinan diri dan persepsi individu terhadap dirinya sendiri.

Menurut kaunselor psikologis Cathie Wu daripada Abri Integrated Mental Health, terdapat kaitan yang jelas antara keadaan kesihatan mental individu dengan keadaan fizikal kulit mereka. Perkaitan yang disebut sebagai hubungan kulit dan minda.

“Keadaan emosi boleh mempengaruhi keadaan kulit anda dan begitu juga sebaliknya. Memfokuskan kepada individu di sebalik keadaan tersebut dan juga masalah yang mereka hadapi adalah penting untuk membantu wanita yang mengalami masalah ini berasa gembira dan yakin dengan kulit mereka,” kata beliau pada majlis pelancaran Dove Derma Series di Aloft, KL Sentral.

Pelancaran produk dan forum tentang kulit kering tersebut antara lain membincangkan masalah kulit kering dan bagaimana membantu rakyat Malaysia yang berdepan masalah ini untuk menerima keadaan kulit mereka.

Dr Irene Lee Chew Kek, konsultan dermatologis daripada Pantai Hospital Cheras berkata pelembap kebiasaannya mencukupi untuk kulit dan membantu mengembalikan fungsi normal kulit. Namun dalam kulit yang terlalu kering, lapisan stratum korneum menjadi tidak berupaya membaiki dirinya sendiri menyebabkan kulit yang merekah, gatal dan menyakitkan.

“Oleh itu, keadaan ini kebiasaannya berlarutan sehingga pesakit belajar untuk ‘mengawal’ dan bukannya menyembuhkan keadaaan mereka,” katanya dalam majlis yang sama.

Disebabkan itu, kedua-dua pakar bersetuju penggunaan produk yang sesuai dan mentaliti pesakit yang tidak terlalu fokus kepada keadaan kulit mereka adalah penting untuk kehidupan pesakit yang lebih yakin diri dan keadaan kulit kering yang terkawal.

Penampilan sempurna wanita dalam bidang kecantikan yang tidak mewakili masalah kulit yang dihadapi kebanyakan wanita juga tidak membantu. Menurut Pengarah Jenama Antarabangsa Dove, Tati Lindenberg, “industri kecantikan selalu terlepas pandang tentang kaitan antara keresahan dan kulit yang sangat kering, dengan produk yang mensasarkan masalah keadaan kulit berbanding individu yang menghadapinya,” katanya.

Oleh itu, pelancaran produk Dove yang terbaru tersebut disasarkan untuk mengubah pendekatan individu yang menghadapi kulit kering agar menjaga diri mereka di samping masalah kulit mereka melalui kempen “Make peace with dry skin”. Kerana walau apa jua keadaan kulit yang anda hadapi, setiap individu berpotensi untuk kelihatan cantik.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 01/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x