backup og meta

Selulit Merah Boleh Pudar Dengan 4 Terapi + 4 Cara Ini, Barulah Kulit Mulus!

Selulit Merah Boleh Pudar Dengan 4 Terapi + 4 Cara Ini, Barulah Kulit Mulus!

Apabila terdapat gumpalan lemak pada kawasan kulit tertentu, masalah selulit mungkin akan berlaku. Persoalannya, bagaimana pula cara menghilangkan selulit merah yang ada di tubuh badan? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa maksud sebenar di sebalik selulit merah?

Buat anda yang belum tahu, selulit merupakan kondisi di mana kulit berpermukaan tidak rata, bergaris, bergelombang dan biasa muncul pada bahagian kulit penuh lemak lantas menjejaskan imej individu.

Antara kawasan kulit yang biasa terjadinya masalah ini adalah pada punggung, paha, perut, pinggang, lengan dan lain-lain bahagian kulit dengan gumpalan lemak berlebihan terutama bagi mereka yang gemuk.

Kebiasaannya, selulit berwarna putih atau mungkin lebih cerah daripada kulit tetapi ada juga yang berwarna merah di mana selulit tersebut masih baru. Jadi, jangan rasa terkejut kalau ia muncul dengan warna ini!

cara menghilangkan selulit merah

Perkara lain yang anda perlu tahu, selulit itu tetap sama tanpa kira di mana tempat dan apa warna ia akan muncul pada tubuh badan anda. Sama juga dengan gejala, simptom, kesan dan punca selulit merah.

Jadi, bagaimana cara menghilangkan selulit merah pada tubuh badan? Adakah ia benar boleh pudar?

Cara menghilangkan selulit merah boleh cuba!

Kesan selulit merah akan menjejaskan penampilan sekali gus mengurangkan tahap kecantikan dan keyakinan anda. Ia harus dirawat dan diberi perhatian dengan mengamalkan terapi-terapi yang berikut:

#1. Terapi laser untuk selulit

Terapi yang paling umum dan utama untuk segala jenis masalah kulit adalah dengan menggunakan laser. Terapi yang dikenali dengan nama Cellulaze ini akan menggunakan radiasi cahaya laser ke dalam selulit.

Tujuannya adalah bagi memecahkan jaringan ikatan di bawah kulit yang menyebabkan selulit, di samping membantu menebalkan kulit dalam usaha bagi mengelakkan munculnya masalah ini pada masa akan datang.

cara menghilangkan selulit merah

#2. Terapi suhu dingin

Sebagai alternatif efektif lain, turut wujud terapi yang menggunakan suhu dingin untuk memecahkan sel lemak punca selulit, yakni terapi suhu dingin (Cryolipolysis) untuk membekukan serta memecahkan selulit.

Apabila sel-sel lemak penyebab selulit ini beku dan pecah, maka struktur lain pada kulit juga mungkin bakal terhindar daripada kecederaan sekali gus meratakan permukaan kulit anda, namun kesannya tidak kekal.

#3. Terapi gelombang akustik

Selain daripada terapi tersebut, wujud satu lagi jenis terapi yang dipercayai mampu untuk mengurangkan selulit iaitu gelombang akustik (Acoustic Wave Therapy), dengan menghasilkan getaran di kawasan selulit.

Getaran tadi mampu berfungsi memecahkan jaringan ikatan selulit di bawah kulit tetapi mungkin masih harus dibuat beberapa kali serta sesi untuk dilihat kesan selulit merah ini boleh pudar atau hilang sepenuhnya.

#4. Terapi invasif jarum

Selain itu, ada juga cara menghilangkan selulit merah dalam bentuk terapi dengan menggunakan jarum!

Cara terapi ini dijalankan adalah dengan menggunakan jarum untuk dimasukkan tepat ke dalam selulit pada kulit bagi memutuskan jaringan ikatan selulit. Namun, prosedur ini tidak menyakitkan kerana ada ubat bius.

Cara menghilangkan selulit merah yang lain!

cara menghilangkan selulit merah

Di samping anda mengamalkan terapi-terapi di atas tadi, terdapat beberapa lagi amalan yang kalian kena buat untuk memudarkan sekali gus menghilangkan selulit merah di tubuh badan, seperti berikut:

  • Pengunaan krim topikal Krim dan ubatan sapuan yang dibekalkan oleh doktor atau ahli farmasi juga boleh digunakan pada kawasan kulit dengan masalah selulit selagi ia tidak menimbulkan kesan sampingan
  • Diet yang ideal – Memandangkan masalah selulit lebih kerap terjadi kepada individu yang terlebih lemak dalam tubuh badan, anda harus mengamalkan diet seimbang bagi mengekalkan berat badan
  • Aktiviti fizikal sihat – Dalam pada itu, jangan malas untuk melakukan senaman kerana amalan ini juga mampu mengurangkan kadar lemak dalam tubuh badan selain mengekalkan berat badan di paras yang ideal
  • Elak posisi pegun terlalu lama – Kadangkala, selulit juga boleh berlaku akibat tabiat anda yang gemar berada dalam posisi pegun terlalu lama. Contohnya duduk, berdiri atau berbaring.

Konklusinya, ada banyak cara menghilangkan selulit merah yang anda boleh cuba namun, bukan semuanya akan berjaya atau berkesan. Dapatkan maklumat dan nasihat lebih lanjut daripada pakar dermatologi tentangnya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cellulite, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17694-cellulite, Accessed Mar 22 2023.
  2. Cellulite Treatments: What Really Works?, https://www.aad.org/public/cosmetic/fat-removal/cellulite-treatments-what-really-works, Accessed Mar 22 2023.
  3. Cellulite Reduction Treatments, https://www.americanboardcosmeticsurgery.org/procedure-learning-center/non-surgical-procedures/cellulite-treatments/, Accessed Mar 22 2023.
  4. What is the best treatment for cellulite?, https://www.plasticsurgery.org/news/blog/what-is-the-best-treatment-for-cellulite, Accessed Mar 22 2023.
  5. Nine Ways to Fight Cellulite, https://www.osfhealthcare.org/blog/nine-ways-to-fight-cellulite/, Accessed Mar 22 2023.

Versi Terbaru

02/06/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Malunya Ada Ketuat Pada Jari, Ini 5 Cara Pantas Rawatan Tradisional Dan Moden!

Banyak Jeragat Di Muka? Ayuh Cuba 5 Cara Tradisional Untuk Hilangkannya, Selamat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan