backup og meta

Malu Lihat Selulit Sekitar Kulit Badan, Ini 6 Cara Yang Boleh Mengurangkannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/08/2023

    Malu Lihat Selulit Sekitar Kulit Badan, Ini 6 Cara Yang Boleh Mengurangkannya

    Wanita dan masalah selulit adalah keadaan biasa yang sering berlaku. Tetapi apakah punca selulit muncul pada tubuh? Jom ketahuinya dalam perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Punca selulit pada wanita

    Selulit adalah bahagian kulit yang kelihatan seperti tidak rata. Ia terbentuk apabila tisu lemak bahagian dalam pada kulit menolak ke atas tisu penghubung.

    Dianggarkan lebih 85% wanita berusia 21 tahun ke atas mempunyai masalah selulit. Walaupun masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa, namun ia jarang berlaku kepada lelaki.  

    Tidak banyak yang diketahui apa yang menyebabkan masalah ini. Tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kemunculannya, adalah seperti:

    • Pertambahan usia
    • Perubahan hormon – seperti penurunan estrogen, insulin
    • Keradangan tisu
    • Peningkatan tisu lemak disebabkan kenaikan berat
    • Kehilangan kolagen – kitaran oksigen rendah
    • Masalah peredaran lemak – masalah umum pada bahagian kaki
    • Aliran limfa lemah
    • Penipisan epidermis – lapisan luar kulit
    • Metabolisme perlahan
    • Kurang melakukan aktiviti fizikal
    • Dehidrasi
    • Peningkatan lemak badan

    punca selulit

    Simptom masalah selulit pada wanita

    Kemunculan permukaan yang berlekuk-lekuk, menggerutu – seperti kulit oren – yang kerap berlaku pada bahagian perut, punggung dan paha adalah antara simptom selulit. Masalah ini juga boleh berlaku pada bahagian bawah lengan dan payudara.

    Untuk masalah selulit ringan, ia tidak akan jelas kelihatan kecuali apabila kulit ‘dicubit’.

    Punca selulit: Fahami faktor risiko

    Masalah yang sering dan lebih dialami oleh individu wanita ini, kebanyakannya berlaku selepas akil baligh. Ini kerana lemak wanita biasa diedarkan pada bahagian paha, pinggul dan punggung – yang merupakan kawasan umum munculnya selulit.

    Ia biasa berlaku seiring dengan pertambahan usia, penuaan – di mana kulit menjadi semakin kurang keanjalan.

    Pertambahan berat juga boleh menyebabkan masalah ini menjadi lebih ketara, tetapi individu yang kurus juga mungkin mempunyai selulit.

    Adakalanya faktor genetik juga memainkan peranan dalam kewujudan selulit selain gaya hidup yang tidak sihat dan tidak aktif yang cenderung menyebabkan munculnya masalah ini, termasuk faktor kehamilan.

    Baca juga:

    Rawatan

    Kenyataannya, tiada sebarang rawatan yang boleh menyingkirkan selulit secara efektif. Berikut antara rawatan yang boleh mengurangkan penampilan selulit, sekurang-kurangnya untuk tempoh sementara.

    • Berat badan bantu cegah punca selulit

    Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti, mengurangkan berat badan melalui pengambilan diet pemakanan yang sihat dan senaman secara teratur, mungkin dapat membantu mengurangkan kewujudan kulit menggerutu ini.

    • Menyedut lemak

    Menyedut lemak atau lebih dikenali sebagai liposuction – antara rawatan untuk masalah selulit – di mana lemak akan diserap keluar dari badan.

    Proses ini mungkin boleh membantu membentuk badan tetapi ia tidak membuang selulit dan mungkin menyebabkan masalah ini semakin teruk. Jadi ia mungkin bukan rawatan yang sesuai.

    • Urutan

    Ia berdasarkan idea untuk memberikan urutan pada bahagian yang bermasalah untuk meningkatkan pengedaran darah dan mengurangkan pengekalan cecair dalam badan. Ia mungkin dapat memberikan keadaan pinggul dan punggung yang lebih baik.

    punca selulit

    • Laser, atasi punca selulit

    Dikenali sebagai sistem radiofrekuensi, yang memberikan hasil lebih baik. Merupakan gabungan antara urutan, liposuction atau terapi cahaya.

    Ia mencairkan lemak, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengetatkan kulit, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pengekalan cecair. Hasil dari rawatan ini mampu bertahan untuk tempoh 6 bulan.

  • Minum air

  • Meminum lebih banyak air merupakan antara pilihan rawatan yang mudah untuk dilakukan yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit.

    Ia bukan sahaja akan membantu mengekalkan hidrasi pada badan, tetapi air juga membantu menyingkirkan toksin yang cenderung menyebabkan pengumpulan lemak. Air juga membantu menggalakkan peredaran dan aliran limfa.

    • Senaman

    Sesetengah senaman kaki dan glute boleh membantu mengetatkan kulit pada sekitar kawasan paha. Ia juga membantu mengurangkan masalah pada kulit ini. Senaman tidak akan menghilangkan masalah ini tetapi ia menjadikan otot lebih kuat dan kulit lebih anjal dan ketat yang sekali gus mengurangkan penampilannya.

    Berikut antara beberapa senaman yang boleh anda cuba; squat, jump-squat, step-up, Glute/leg kick-backs dan side-to-side. Antara senaman lain yang boleh membantu mengurangkan selulit adalah seperti berbasikal, menari, mendaki, berlari, berenang dan berjalan.

    Gaya hidup sihat

    Seperti yang dikatakan awal tadi, tiada cara untuk mencegah punca selulit. Ia merupakan satu keadaan biasa yang meningkat selari dengan peningkatan usia dan pilihan gaya hidup tertentu.

    Anda sememangnya tidak boleh mengawal pertambahan usia, tetapi perubahan gaya hidup yang lebih sihat boleh mengurangkan jumlah kewujudan selulit pada bahagian paha.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan