Sakit Hati Tengok Selulit Dekat Badan Sendiri? Ada 11 Cara Hilangkannya Seperti Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/08/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Masalah selulit 1 isu biasa dialami kebanyakan wanita dan ia boleh menyebabkan hilangnya keyakinan diri. Usah bimbang, ini 11 tip menghilangkan selulit yang boleh anda cuba. Semoga berjaya!

Masalah selulit biasa dialami wanita

Anda mesti percaya bahawa selulit hanyalah lema, bukan? Sementara yang lain akan berkata selulit terdiri daripada toksin terperangkap dan air yang berlebihan di bawah kulit.

Sebenarnya selulit adalah keadaan yang memberi kesan kepada rupa kulit di kawasan yang mempunyai deposit lemak (yang paling ketara di bahagian punggung dan paha), memberi kulit rupa berlekuk, dan berketul-ketul.

Masalah selulit yang dialami adalah 1 struktur kulit di atasnya dan tisu penghubung di bawah yang menentukan sama ada sesuatu kawasan mempunyai penampilan yang licin atau berlekuk.

Selulit adalah bahagian kulit yang kelihatan seperti tidak rata. Ia terbentuk apabila tisu lemak bahagian dalam pada kulit menolak ke atas tisu penghubung.

Dianggarkan lebih 85% wanita berusia 21 tahun ke atas mempunyai selulit. Walaupun masalah selulit ini boleh berlaku kepada sesiapa, namun ia jarang berlaku kepada lelaki.  

Mengapa saya alami selulit?

Di bawah kulit terdapat sebuah lapisan tisu penghubung yang bertanggungjawab memautkan kulit kepada otot di bawahnya. Dalam kebanyakan individu lelaki, tisu penghubung ini disusun dalam bentuk bersilang atau pepenjuru, dalam susunan yang  berterusan.

apa itu selulit

Tisu penghubung  bagi individu wanita pula adalah berbeza, dalam bentuk menegak (vertikal dengan kulit).

Oleh itu, jaringan penghubung ini (dipanggil septae) menambat kulit kepada tisu di bawah pada tempat-tempat tertentu, mewujudkan “kamar lemak” yang menolak pada kulit sementara jaringan tersebut menarik kulit ke bawah.

Perbezaan dalam susunan tisu penghubung (ditambah pula dengan fakta bahawa kulit lelaki biasanya lebih tebal berbanding wanita) menjelaskan mengapa sangat sedikit lelaki mempunyai selulit berbanding wanita.

Punca selulit

Mesti anda tertanya apakah punca mendasari yang menyebabkan wujudnya masalah ini? Adakah ia disebabkan pemakanan atau adakah mungkin kerana mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif? 

Hakikatnya tidak banyak faktor dan punca yang diketahui menjadi penyebab berlakunya masalah ini. Tetapi dipercayai terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kemunculannya.

Antara faktor yang mungkin adalah seperti:

  • Pertambahan usia
  • Perubahan hormon – seperti penurunan estrogen, insulin
  • Keradangan tisu
  • Peningkatan tisu lemak disebabkan kenaikan berat
  • Kehilangan kolagen – kitaran oksigen rendah
  • Masalah peredaran lemak – masalah umum pada bahagian kaki
  • Aliran limfa lemah
  • Penipisan epidermis – lapisan luar kulit
  • Metabolisma perlahan
  • Kurang melakukan aktiviti fizikal
  • Dehidrasi
  • Peningkatan lemak badan

11 tip menghilangkan selulit

Kenyataannya, tiada sebarang rawatan yang boleh menyingkirkan selulit secara efektif.

Walau bagaimanapun, berikut antara rawatan atau tip menghilangkan selulit yang boleh anda lakukan bagi membantu anda mengurangkan penampilan kulit tidak sekata ini, sekurang-kurangnya untuk tempoh sementara.

1. Menyedut lemak

Menyedut lemak atau lebih dikenali sebagai liposuction – antara rawatan untuk masalah selulit – di mana lemak akan diserap keluar dari badan.

Proses ini mungkin boleh membantu membentuk badan tetapi ia tidak membuang selulit dan mungkin menyebabkan masalah ini semakin teruk. Jadi ia mungkin bukan rawatan yang sesuai.

 selulit

2. Urutan

Ia berdasarkan idea untuk memberikan urutan pada bahagian yang bermasalah untuk meningkatkan pengedaran darah dan mengurangkan pengekalan cecair dalam badan. Ia mungkin dapat memberikan keadaan pinggul dan punggung yang lebih baik.

3. Laser

Dikenali sebagai sistem radiofrekuensi yang memberikan hasil lebih baik. Merupakan gabungan antara urutan, liposuction atau terapi cahaya.

Ia mencairkan lemak, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengetatkan kulit, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pengekalan cecair. Hasil daripada rawatan ini mampu bertahan untuk tempoh 6 bulan.

4. Minum air

Meminum lebih banyak air merupakan antara pilihan tip menghilangkan selulit yang mudah untuk dilakukan yang dapat membantu mengatasi masalah selulit.

Ia bukan sahaja akan membantu mengekalkan hidrasi pada badan, tetapi air juga membantu menyingkirkan toksin yang cenderung menyebabkan pengumpulan lemak. Air juga membantu menggalakkan peredaran dan aliran limfa.

5. Senaman

Sesetengah senaman kaki dan glute boleh membantu mengetatkan kulit pada sekitar kawasan paha. Ia juga membantu mengurangkan masalah pada kulit ini.

Senaman tidak akan menghilangkan masalah ini tetapi ia menjadikan otot lebih kuat dan kulit lebih anjal dan ketat yang sekali gus mengurangkan penampilannya.

Berikut antara beberapa senaman yang boleh anda cuba; squat, jump-squat, step-up, Glute/leg kick-backs dan side-to-side. Antara senaman lain yang boleh membantu mengurangkan selulit adalah seperti berbasikal, menari, mendaki, berlari, berenang dan berjalan.

6. Lulur kopi

Lulur kopi juga bermanfaat untuk mengurangkan selulit. Urut dan pengelupasan memberikan manfaat pada kulit dengan merangsang aliran darah/ limfa dan kafein di dalam kopi mempunyai kesan pengetat.

masalah selulit

7. Omega-3

Teori lain ialah penggunaan jenis lemak yang salah mengakibatkan ketidakseimbangan asid lemak yang diperlukan oleh badan untuk kulit dan tisu yang licin.

Terdapat beberapa bukti pengambilan asid lemak Omega-3 dan vitamin larut lemak yang mencukupi akan membantu mengurangkan selulit dari semasa ke semasa. Selain itu, Omega-3 dan vitamin larut lemak penting untuk banyak fungsi lain dalam badan.

8. Mandi detoks

Teori menyatakan bahawa toksin membina kulit dan lemak menyebabkan selulit. Namun, tiada penemuan bukti saintifik untuk menyokong tuntutan toksin ini dan mandi detoks boleh membantu anda lebih santai dan baik untuk kulit dengan cara yang lain.

Jadi mereka patut dicuba!

9. Pelembap semula jadi

Sama seperti mandi detoks yang boleh membantu menghilangkan toksin yang membawa kepada masalah kulit (dan mungkin selulit), sentiasa menambah toksin kembali ke kulit melalui penggunaan produk kecantikan kimia yang sarat mungkin tidak banyak membantu!

Jika anda belum melakukannya, cuba gunakan pilihan semula jadi untuk penjagaan kulit dan pelembap. Cuba minyak kelapa kerana ia berfungsi sebagai pelembap serba guna.

10. Menyeimbangkan hormon

Banyak sumber bersetuju bahawa hormon memainkan peranan besar dalam pembentukan selulit dan keseimbangan hormon yang betul dapat membantu mengurangkan selulit.

Walaupun ia tidak menghilangkan selulit, keseimbangan hormon membantu dalam banyak cara lain yang patut dilakukan!

11. Berat badan

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti, mengurangkan berat badan melalui pengambilan diet pemakanan yang sihat dan senaman secara teratur, mungkin dapat membantu mengurangkan kewujudan kulit menggerutu ini.

Boleh dikatakan mengurangkan lemak dalam pengambilan makanan harian adalah penting dan boleh dianggap sebagai salah satu ikhtiar dalam mengurangkan kewujudan selulit.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan lemak? 

11-tip-menghilangkan selulit

Gaya Hidup Sihat

Tiada cara untuk mencegah selulit. Ia merupakan satu keadaan biasa yang meningkat selari dengan peningkatan usia dan pilihan gaya hidup tertentu.

Anda sememangnya tidak boleh mengawal pertambahan usia, tetapi perubahan gaya hidup yang lebih sihat boleh mengurangkan jumlah kewujudan selulit pada bahagian tertentu tubuh anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Tip Nak Bagi Hidung Mancung, Caranya Lakukan Senaman, Berkesan Atau Sekadar Harapan Palsu?

    Ada yang percaya dan amalkan tips hidung mancung dengan cara melakukan senaman? Nak tahu berkesan atau tidak, jom sama-sama klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Hidung, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 24/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

    Sakit senggugut menyerang kembali! Ia merupakan antara kesakitan disebabkan haid yang paling menjengkelkan bagi para wanita setiap bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

    Mana Satu Lagi Cepat Untuk Turunkan Berat Badan, Angkat Berat Atau Buat Kardio?

    Jika anda ingin kurangkan berat badan, agak-agak anda, manakah kaedah yang lebih berkesan; senaman kardio atau sukan angkat berat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Sihat, Senaman Turun Berat Badan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Bersenam Bukan Hanya Untuk Sihat, Tapi Juga Nak Hilangkan Berat? Ini Senaman Yang Sesuai

    Ingin bersenam untuk kesihatan dan hilangkan berat badan? Petua berikut boleh menjaga kesihatan dan membantu mendapatkan ukuran pinggang yang anda hajati!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Badan Sihat, Senaman Turun Berat Badan 13/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kalori per hari untuk diet

    Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    manfaat jalan kaki

    Jalan Kaki, Senaman Paling Mudah Untuk Pesakit Diabetes, Tapi Sebelum Buat, Ada Syarat-syaratnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
    pakaian ketat compression

    Pakaian ‘Compression’ Bersenam, Sekadar Gaya Atau Benar-benar Boleh Turunkan Berat Badan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
    senaman sakit belakang

    Selalu Sakit Belakang Lepas Bangun Tidur? Usah Derita Lagi, Cuba 5 Jenis Senaman Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan