backup og meta

Guna Masker Kunyit Untuk Rawat Jeragat, Berkesan Ke Cara Tradisional Ini?

Guna Masker Kunyit Untuk Rawat Jeragat, Berkesan Ke Cara Tradisional Ini?

Jeragat adalah antara masalah kulit yang mungkin tidak mengundang bahaya, tetapi ia memberi kesan kepada kecantikan dan keyakinan diri. Persoalannya, adakah cara hilangkan jeragat dengan kunyit bagus untuk anda amalkan?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa kesan masalah jeragat kepada kulit?

Ia merupakan masalah kulit yang amat membimbangkan di mana kulit akan mula bertompok kecil dan berwarna gelap terutama di wajah termasuk dahi, pipi dan hidung sekali gus menjejaskan penampilan individu.

Mungkin ramai orang keliru di antara isu jerawat dan jeragat. Untuk pengetahuan anda semua, jerawat adalah masalah berkenaan liang pori manakala jeragat adalah masalah berkaitan pigmentasi pada kulit.

Tidak sama dengan jerawat, jeragat bukan disebabkan oleh minyak tetapi diakibatkan oleh faktor risiko di bawah:

  • Penuaan
  • Genetik
  • Hormon
  • Cahaya matahari
  • Produk kosmetik
masalah jeragat
Punca dan rawatan masalah jeragat.

Akibatnya, jeragat akan memberi kesan kepada tona kulit dan membuatkannya tidak sekata. Apabila ia sudah melarat, jeragat sudah tentu boleh menjejaskan tahap kecantikan dan keyakinan diri!

Apa pula manfaat kunyit kepada kulit?

Ramai orang kata bahawa cara hilangkan jeragat guna bahan dapur adalah sangat berkesan. Maka, bahan dapur yang popular seperti lidah buaya, teh hijau, oat dan lain-lain dipercayai boleh menjadi penawar cela kulit ini.

Pun begitu, ada satu cara hilangkan jeragat dengan kunyit yang mungkin paling berkesan berbanding dengan cara-cara lain kerana tumbuhan ini memang terkenal dengan manfaat terhadap organ terbesar iaitu kulit.

Persoalannya, kenapa kunyit bagus untuk kulit? Ini kerana ia mampu untuk membantu merawat masalah berikut:

Buktinya, kajian terbitan Journal of Clinical Aesthetic Dermatology menyatakan bahawa penggunaan topeng muka kunyit selama sekitar satu bulan mungkin akan dapat memudarkan jerawat sebanyak 14 peratus.

cara hilangkan jeragat dengan kunyit
Manfaat kunyit untuk kulit.

Cara hilangkan jeragat dengan kunyit berkesan?

Ya, mungkin benar jika kunyit itu bagus untuk masalah kulit terutama jerawat tetapi bagaimana pula dengan jeragat?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa kunyit tinggi dengan bahan aktif bernama kurkumin yang berupaya mengurangkan penghasilan dan perembesan hormon melanin pada kulit individu.

Buat anda yang belum tahu, melanin merupakan hormon yang bakal bertanggungjawab memberikan warna pada kulit manusia sekali gus mengawal setiap aktiviti serta tindak-tanduk pigmentasi kulit kita semua.

Dalam erti kata mudah, anda mungkin boleh gunakan cara hilangkan jeragat dengan kunyit ini sebagai salah satu usaha atau ikhtiar alternatif. Namun, pengamalan ubatan serta rawatan klinikal masih lagi diperlukan!

Bagaimana cara menggunakan kunyit pada kulit?

Sekiranya anda ingin menggunakan kunyit sebagai cara hilangkan jeragat di pipi, bagaimana pula caranya?

Masker kunyit sebagai cara hilangkan jeragat di pipi

Pertama, anda boleh cuba menggunakan kunyit di dalam bentuk topeng muka atau masker sama ada daripada produk yang kalian beli di pasaran atau buat sahaja sendiri di rumah dengan bahan-bahan asli atau natural.

Apa yang individu perlukan hanyalah 1 paket serbuk kunyit yang telah direndamkan ke dalam air dan dijadikan dalam bentuk pes sebelum disapukan pada kulit. Ya, petua hilangkan jeragat degil cara tradisional ini memang sangat mudah, cepat dan berkesan.

masker kunyit
Cara membuat masker kunyit untuk wajah.

Serbuk kunyit + putih telur adalah cara hilangkan jeragat guna bahan dapur

Untuk buat ia lebih berkesan, anda boleh mencampurkan putih telur ke dalam ramuan topeng muka kunyit tadi kerana bahan dapur ini dipercayai boleh membantu merawat dan menghindarkan jeragat daripada kembali.

Serbuk kunyit + tepung beras

Bukan itu sahaja, tepung beras juga merupakan bahan dapur yang dipercayai mempunyai kemampuan sama. Ia juga tidak sukar kerana anda hanya perlu mencampurkan bahan ini ke dalam ramuan masker kunyit kalian.

Kesimpulan

Cara hilangkan jeragat dengan kunyit mungkin akan berkesan bergantung kepada individu itu sendiri. Pun begitu, kajian lanjut masih diperlukan bagi mengetahui keberkesanan dan keselamatannya untuk kulit!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Liver spots, https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/liver-spots, Accessed Apr 13 2023.
  2. What Can Get Rid Of Age Spots?, https://www.aad.org/public/cosmetic/age-spots-marks/get-rid-spots, Accessed Apr 13 2023.
  3. Get the Upper Hand On Age Spots, https://www.aarp.org/entertainment/style-trends/info-2018/natural-remedies-age-spots-fd.html, Accessed Apr 13 2023.
  4. 7 Health Benefits of Turmeric, https://health.clevelandclinic.org/turmeric-health-benefits/, Accessed Apr 13 2023.
  5. Turmeric Benefits, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/turmeric-benefits, Accessed Apr 13 2023.

Versi Terbaru

19/03/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kulit Sebelah Cerah, Sebelah Gelap? Cuba 7 Petua Cepat Hilangkan 'Sunburn'!

Lepas Berpeluh Terus Mandi Punca Panau Naik Di Badan? Cuba 6 Petua Ini Untuk Hilangkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan