backup og meta

Betul Ke Boleh Dapat Kulit Putih Kalau Makan Makanan Superfood? Ini Rahsia Yang Anda Perlu Tahu

Dalam dunia kecantikan hari ini, ramai yang obses nak dapatkan kulit putih, bersih dan berseri. Iyalah, siapa yang tidak mahu dapat kulit putih gebu? Dari produk pencerahan, suplemen hingga ke rawatan estetik, semuanya sanggup dilakukan!

Betul Ke Boleh Dapat Kulit Putih Kalau Makan Makanan Superfood? Ini Rahsia Yang Anda Perlu Tahu

Tetapi, apa kata anda mencuba cara semula jadi dengan memakan makanan superfood untuk mendapatkan kulit putih? Cara yang selamat dan mesra poket?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Tetapi, apa itu superfood?

Superfoods ialah makanan yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, melebihi apa yang kita jangkakan. Superfood ini dapat membantu kesihatan dengan meningkatkan fungsi imun.

Setiap superfood mempunyai sifat pemakanan yang berbeza, tetapi secara keseluruhannya, ia dikaitkan dengan:

  • Kesihatan jantung
  • Sistem imun yang kuat
  • Pencegahan kanser
  • Mengurangkan keradangan
  • Menurunkan kolesterol

4 Makanan superfood untuk dapatkan kulit putih

Apa itu superfood benefits? Nak tahu lebih lanjut? Kami akan terangkan dengan lebih lanjut jenis makanan superfood dan manfaatnya!

1. Ambil green tea untuk kulit putih

kulit putih
Teh hijau memberikan pelbagai manfaat kepada pengguna.

Teh hijau menawarkan manfaat luar biasa untuk kulit melalui kandungan kaya katekin, sebatian polifenol dengan sifat antioksidan yang ketara.

Antara manfaat teh hijau kepada kulit ialah:

  • Perlindungan terhadap sinaran UV dan penuaan photoaging
  • Pengurangan keradangan dan kemerahan
  • Sokong pembaikan kulit
  • Meningkatkan penghidratan dan keanjalan kulit

2. Tomato

Salah satu manfaat terbesar tomato untuk kulit adalah kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin ini penting untuk meningkatkan pengeluaran kolagen, yang membantu mengekalkan kepejalan kulit, keanjalan dan penampilan muda. Kolagen juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan garis halus, kedutan dan kendur.

Sayuran yang buat kulit putih ini dapat bertindak sebagai pencerah semula jadi, membantu meningkatkan cahaya kulit, memperbaiki seri dan mengurangkan kekusaman kerana kandungan vitamin C di dalamnya.

Penggunaan tomato secara tetap untuk kulit berseri boleh membuatkan wajah anda kelihatan lebih berseri dan segar. Jika anda bergelut dengan tona kulit yang tidak sekata, menggunakan tomato untuk mencerahkan kulit secara beransur-ansur boleh mencerahkan bintik-bintik gelap dan pigmentasi.

3. Lobak merah

Lobak merah juga sayuran yang buat kulit putih kerana mengandungi vitamin C untuk kolagen sintetik dan beta-karotena untuk memberikan sifat antioksidan.

Tambahan pula, luteolin yang terdapat dalam lobak merah mungkin berkesan dalam mencegah penuaan photoaging.

Minyak biji lobak merah juga telah diiktiraf kerana potensi besarnya sebagai ramuan dalam kosmetik anti-penuaan berkat sifat antioksidannya dan perlindungan SPF.

4. Beri

Buah-buahan yang berwarna-warni ini termasuk beri biru, strawberi dan beri hitam mengandungi  vitamin C dan antosianin yang tinggi yang secara aktif melawan kerosakan radikal bebas.

Beri biru, khususnya, mempunyai antioksidan tinggi yang membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam sel kulit, menyokong keupayaan mereka untuk membaiki dan menjana semula.

Antara manfaat buah beri kepada kulit ialah:

  • Perlindungan terhadap penuaan
  • Sokongan untuk penghasilan kolagen
  • Pengurangan keradangan dan kemerahan
  • Peningkatan tona kulit secara keseluruhan

Ini akan menjana bukan saja kulit putih, malah kulit yang lebih sihat!

kulit putih
6 Rahsia untuk anda dapatkan kulit yang glowing!

Jadi, adakah benar superfood boleh buat kulit putih?

Jawapannya, tidak sepenuhnya. Superfood tidak dapat membuatkan anda mempunyai kulit putih seperti yang dilakukan oleh produk pencerahan kimia, tetapi ia mampu menjadikan kulit lebih sihat, cerah semula jadi dan bersinar dari dalam.
Jadi, daripada mengejar kulit putih, lebih baik anda mengejar kulit sihat secara semula jadi dengan makan makanan berkhasiat, cukup tidur, lindungi kulit daripada matahari dan minum air secukupnya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Superfoods for Glowing, Radiant Skin. https://www.medanta.org/patient-education-blog/superfoods-for-glowing-radiant-skin. Diakses 28 Oktober 2025.
  2. 10 superfoods to boost a healthy diet. https://www.health.harvard.edu/blog/10-superfoods-to-boost-a-healthy-diet-2018082914463. Diakses 28 Oktober 2025.
  3. What Is a Superfood, Anyway? https://health.clevelandclinic.org/what-is-a-superfood. Diakses 28 Oktober 2025.
  4. Moskwa, J., Bronikowska, M., Socha, K., & Markiewicz-Żukowska, R. (2023). Vegetable as a Source of Bioactive Compounds with Photoprotective Properties: Implication in the Aging Process. Nutrients15(16), 3594. https://doi.org/10.3390/nu1516359. Diakses 28 Oktober 2025.
  5. Varshney, K., & Mishra, K. (2022). An analysis of health benefits of carrot. International Journal of Innovative Research in Engineering & Management, 9(1), 211-214. https://doi.org/10.55524/ijirem.2022.9.1.40. Diakses 28 Oktober 2025.

Versi Terbaru

05/11/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Jangan Suka Hati Makan, Ini Pantang Larang Makanan Untuk Pesakit Hepatitis B!

Siapa Cakap Nak Kurus Kena Seksakan Badan? Cuma Ubah Cara Anda Makan Je!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Dikemas kini 05/11/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan