backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tak Perlu Produk Timbang Kilo, Boleh Cuba Cerahkan Kulit Wajah Guna Tepung Beras!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/01/2024

    Tak Perlu Produk Timbang Kilo, Boleh Cuba Cerahkan Kulit Wajah Guna Tepung Beras!

    Bermacam petua putihkan muka di internet yang anda boleh cuba amalkan tetapi tidak semua itu berjaya dan berbaloi.

    Kalau sudah banyak usaha yang gagal, mungkin anda kena beralih ke tepung beras pula? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Benarkah kulit muka boleh dicerahkan?

    Hakikatnya, manusia diciptakan dengan fitur atau ciri tubuh badan yang berbeza bergantung pada genetik masing-masing dan warna kulit adalah antara perkara paling banyak variasi.

    Ada individu yang berkulit cerah secara semula jadi atau sederhana dan gelap. Di negara kita yang majoriti orang Melayu, warna kulit sawo matang merupakan suatu bentuk kelaziman.

    Meskipun sudah sedia cantik dan menarik, mungkin masih ada mereka yang ingin untuk mencuba pelbagai petua putihkan muka dalam usaha bagi mencerahkan dan memutihkan kulit.

    petua putihkan muka
    Kulit wajah yang putih dan cerah idaman wanita.

    Untuk pengetahuan anda semua, usaha itu mungkin bukan sia-sia kerana masih ada potensi untuk kulit wajah dicerahkan sedikit sama ada secara semula jadi atau dengan prosedur kosmetik.

    Persoalannya, apa antara cara nak putihkan muka dengan cepat yang anda boleh amalkan? Adakah ia efektif?

    Petua putihkan muka anda boleh amalkan

    Sebenarnya, anda mungkin tidak perlu menjalani prosedur kosmetik yang rumit dan mahal hanya untuk impian memiliki kulit putih kerana ada banyak cara memutihkan kulit secara alami dalam waktu singkat.

    Anda mungkin hanya perlu guna produk di pasaran sebagai petua putihkan muka!

    Kini, ada banyak produk untuk memutihkan kulit yang wujud di pasaran namun mungkin masih ramai yang takut menggunakan produk sebegini kerana telah tular banyak khabar buruk.

    Ketakutan itu mungkin ada hikmahnya ekoran lambakan produk di luar sana mengandungi pelbagai bahan kimia bahaya pada kulit seperti merkuri, hidrokuinon, kortikosteroid dan lain-lain.

    Sebagai alternatif yang bagus, anda boleh cuba amalkan petua putihkan muka tradisional berikut:

    • Penggunaan topeng muka daripada herba seperti kunyit
    • Pemakaian masker sayur-sayuran seperti timun dan tomato
    • Pemakaian masker buah-buahan seperti lemon dan oren
    • Penggunaan topeng muka tanah liat jenis Fuller’s Earth
    cara putihkan kulit muka
    Putihkan kulit dengan suntikan vitamin C.

    Selain itu juga, ada satu lagi petua putihkan muka yang popular sejak dari zaman dahulu lagi iaitu dengan sapukan tepung beras pada wajah. Adakah ia benar petua yang anda perlukan?

    Gunakan tepung beras demi hasil yang bagus!

    Buat anda yang mungkin belum tahu, tepung beras merupakan sejenis tepung dihasilkan daripada beras putih atau perang dan biasa digunakan dalam hidangan manisan seperti kuih koci.

    Selain sedap untuk dimakan, ia turut dipercayai bagus untuk disapu atau dilumur pada kulit wajah ekoran tepung jenis ini diyakini tinggi potensi bagi mencerahkan dan memutihkan muka.

    Ada beberapa sebab individu percaya petua putihkan muka dengan tepung beras, ia mungkin bawa manfaat:

    • Mencerahkan tona muka
    • Mengurangkan masalah jerawat
    • Menyerap minyak yang berlebihan
    • Menanggalkan lebihan sel kulit mati
    • Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
    • Membuat kulit wajah lebih awet muda
    petua putihkan muka
    Tepung beras untuk kulit muka yang cerah.

    Kenapa? Menurut laman web Healthline, tepung jenis ini mampu melindungi kulit daripada sinar UV daripada cahaya matahari selain akan membantu merawat masalah hiperpigmentasi.

    Melalui 2 cara cerahkan kulit muka yang gelap di atas, maka individu mungkin dapat mengelakkan kulit wajah menjadi lebih gelap sekali gus mencerahkan serta memutihkan muka bersama dengan manfaat-manfaat lain.

    Cara nak putihkan muka dengan tepung beras!

    Petua putihkan muka ini bukan sahaja murah dan mudah malah cepat bagi anda amalkan kerana apa yang anda perlukan cuma 1 paket tepung beras yang boleh ditemui di banyak pasar raya.

    Kemudian, anda hanya perlu campurkan tepung dengan air suam dan bahan opsyenel lain seperti kunyit, yogurt, madu, putih telur serta lain-lain bagi tambahkan ‘kuasa’ ke dalam adunan itu.

    Selepas siap adunan tepung tadi, sapukan sahaja ia di muka dan biarkan sehingga kering sebelum bersihkan dengan air biasa. Kalau hendak pakai semasa sedang tidur pun tiada masalah!

    Konklusinya, tepung beras mungkin bagus bagi wajah anda. Namun kami sarankan, sebelum anda mengamalkan sebarang cara memutihkan kulit muka secara semulajadi, sila dapatkan nasihat doktor tentangnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan