backup og meta

Bisul Di Badan, Jangan Gatal Tangan Nak Picit Ya? Ambil Tahu Punca & Gejalanya!

Bisul Di Badan, Jangan Gatal Tangan Nak Picit Ya? Ambil Tahu Punca & Gejalanya!

Bisul tiada mata boleh terbentuk di mana-mana kawasan pada anggota badan, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Ikuti kupasan ini untuk mengetahui punca dan simptom bisul yang terbentuk di tubuh badan dengan lebih lanjut, jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Bisul tanpa mata, apa maksudnya?

Bisul tiada mata adalah benjolan yang memedihkan dan bernanah pada kulit.

Punca bisul selalunya berlaku disebabkan jangkitan bakteria yang dikenali sebagai bakteria staphylococcal.

Bagi jenis bisul tanpa mata pula, ia adalah bisul yang tidak mempunyai titik berwarna putih di tengahnya.

Untuk makluman pembaca, bisul juga mampu menjejaskan banyak bahagian badan seperti muka, leher, ketiak, punggung dan paha.

Anda mungkin mempunyai lebih daripada 1 bisul tiada mata pada satu masa dan kebiasaannya, ia bukan keadaan yang serius dan boleh dirawat.

Berapa lama bisul nak sembuh?

Terdapat beberapa faktor seseorang biasanya terkena bisul, seperti:

bisul tiada mata
Mandi untuk membersihkan diri.
  • Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri
  • Alahan
  • Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Kurang zat makanan
  • Pesakit diabetes
  • Berada di kawasan penempatan yang sesak seperti di institusi atau rumah kebajikan

Bisul tanpa mata di badan, ini puncanya!

#1 Masalah ini di payudara

Sekiranya anda mengalami bisul, juga disebut furuncles, anda mungkin mengenali benjolan berwarna pink di payudara.

Kebiasaannya, bisul adalah benjolan yang bengkak di bawah kulit.

Ia mungkin sedikit menyakitkan apabila disentuh, atau saat bergeseran dengan pakaian luar atau pakaian dalam.

Bisul tanpa mata juga biasanya akan membesar apabila nanah masuk ke dalam lesion.

Secara umumnya, ia boleh dirawat dengan mudah tetapi bisul payudara yang besar mungkin perlu dibedah oleh doktor.

bisul tiada mata
Periksa payudara anda dengan 7 langkah ini.

Antara simptom bisul di payudara termasuk:

#2 Masalah ini di ketiak

Kenapa selalu kena bisul di ketiak? Bisul di bawah lengan selalunya berlaku apabila folikel rambut dijangkiti. Ini mungkin disebabkan oleh faktor:

  • Berpeluh dengan berlebihan: Sekiranya anda berpeluh lebih daripada biasa kerana cuaca atau aktiviti fizikal, tetapi tidak membersihkan diri dengan betul, maka kalian lebih mudah terdedah dengan jangkitan seperti bisul
  • Mencukur: Ketiak anda adalah tempat di mana peluh dan kulit mati berkumpul. Jika anda kerap mencukur ketiak, kemungkinan besar anda akan mendapat jangkitan bakteria. Semasa mencukur, secara tidak sengaja anda mungkin telah ‘membuka’ permukaan kulit lantas mengakibatkan bakteria untuk masuk dengan mudah
  • Kebersihan diri yang lemah: Apabila kawasan bawah lengan jarang dicuci, kulit mati boleh terbentuk yang menyumbang kepada pembentukan bisul atau jerawat
  • Sistem imun yang lemah: Sekiranya anda mempunyai sistem imun yang lemah, tubuh kurang mampu melawan jangkitan bakteria. Bisul juga kerap terjadi pada penghidap diabetes mellitus, kanser, ekzema atau alahan

#3 Bisul tiada mata di paha

Paha, lebih-lebih lagi pada bahagian dalam adalah tempat yang biasa untuk bisul terbentuk kerana kawasan ini sering bergeseran dan berpeluh terutama dalam cuaca panas seperti di Malaysia.

Ini mendorong pertumbuhan bakteria di dalam folikel. Tetapi, beberapa keadaan menjadikan anda lebih mudah terdedah, sebagai contoh:

  • Menghidap ekzema atau psoriasis, kesan calar atau luka meningkatkan risiko dijangkiti
  • Sistem kekebalan tubuh yang terganggu membuatkan anda lebih cenderung mengalami jangkitan
  • Menghidap diabetes, mungkin menyukarkan badan pesakit untuk melawan jangkitan
  • Tinggal atau bekerja dengan individu yang mempunyai bisul juga boleh meningkatkan risiko terhadapnya
  • Mempunyai berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko anda mendapat bisul
bisul tiada mata
Ekzema tingkatkan risiko anda mendapat bisul.

#4 Masalah ini pada alat sulit

Ciri-ciri bisul tiada mata pada faraj merupakan benjolan bernanah dan meradang yang terbentuk di bawah kulit faraj.

Benjolan ini sering tumbuh di bahagian luar faraj, di sekitar kawasan kemaluan, malah di labia.

Sama seperti di anggota tubuh lain, bisul faraj boleh terbentuk apabila folikel rambut terjejas lantas menyebabkan jangkitan.

Ia boleh bermula dengan benjolan kecil yang berwarna merah serta berkembang menjadi bengkak dan menyakitkan dalam masa beberapa hari dengan berisi nanah putih atau kuning.

Bisul, kebiasaannya tidak perlu dikhuatiri kerana sebilangan besarnya akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh 1 atau 2 minggu.

Peringatan!


Bagi kes bisul yang parah, khidmat dan rawatan daripada doktor mungkin diperlukan.

Apa pun, ingat ya, jangan sesekali memicit, mencucuk atau memotong bisul tiada mata anda kerana ia hanya akan membuatkan masalah ini menjadi semakin parah!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Boils carbuncles. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15153-boils–carbuncles#. Accessed 17 Feb, 2021.
  2. MRSA. https://www.cdc.gov/mrsa/Accessed 17 Feb, 2021.
  3. Boils.https://ufhealth.org/boils. Accessed 17 Feb, 2021.
  4. Boils. https://www.nhs.uk/conditions/boils. Accessed 17 Feb, 2021.
  5. Boil.https://dermnetnz.org/topics/boil. Accessed 17 Feb, 2021.

Versi Terbaru

04/07/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jimat Wang, Ini 4 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semula Jadi!

Kecilkan Liang Pori Wajah Anda Dengan 10 Langkah Ini, Baru Kulit Lebih Berseri!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 04/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan