backup og meta

Khasiat Teh Hijau, Benarkah Ia Sangat Bagus Untuk Kesihatan Jantung Dan Arteri?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/12/2022

    Khasiat Teh Hijau, Benarkah Ia Sangat Bagus Untuk Kesihatan Jantung Dan Arteri?

    Khasiat teh hijau sememangnya sering diperkatakan sama ada dalam kalangan generasi tua mahupun generasi muda!

    Tetapi, tahukah anda bagaimana asal permulaan minuman ini dan kebaikan teh hijau kepada tubuh badan manusia?

    Nama teh hijau yang meningkat naik kini tidak bermakna ia baru sahaja dikonsumsi, tetapi kepopularitiannya hanya menaikkan namanya ke peringkat yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Kelebihan teh hijau yang pelbagai

    Sejak berabad lagi, teh hijau terkenal dengan rasanya yang indah serta pelbagai khasiat kesihatannya terhadap manusia.

    khasiat teh hijau

    Berikut adalah beberapa keuntungan minum teh hijau yang anda mungkin tidak pernah dengar pada sebelum ini:

    Khasiat teh hijau 1: Merangsang sistem imun

    Menurut beberapa kajian, orang yang minum teh dengan kerap tidak mendapat jangkitan bakteria dan virus semudah orang lain yang tidak mengambilnya.

    Jelas bahawa teh hijau membantu anda meningkatkan sistem imun. Sebab di sebalik mekanisma ini adalah sebatian yang dipanggil catechin, yang berfungsi sebagai pelindung terhadap bakteria dan virus.

    Di samping itu, catechin juga melawan toksin yang dikeluarkan oleh mikrob.

    Bukan itu sahaja, ia juga menghalang penyakit yang disebabkan oleh mikrob dan kulat, seperti nafas berbau, disentri, senak, cirit-birit, kolitis, kerosakan gigi, selesema, serta batuk dan sejuk.

    Khasiat teh hijau 2: Astringen

    Astringen adalah satu lagi keunikan teh hijau. Bahan astringen merangsang pengecutan otot dan tisu serta menguatkan otot dan kulit.

    Walaupun anda tidak minum teh, membasuh mulut anda dengan teh setiap hari akan memberikan penguncupan pada gusi anda untuk memastikannya kukuh dan sihat.

    Hasilnya, gigi akan dilindungi. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang tentang gigi longgar atau tercabut.

    khasiat teh hijau

    Khasiat teh hijau 3: Antikanser

    Selain menyebabkan penuaan pramatang, radikal bebas juga menyebabkan beberapa jenis kanser.

    Catechin di dalam teh hijau boleh meneutralkan radikal yang berbahaya ini, menghentikan pembentukan karsinogen seperti nitrosamines dan mengurangkan risiko kanser.

    Teh hijau kini disyorkan dan dipreskrip secara meluas untuk pesakit oleh doktor dan ahli farmasi.

    Ia adalah remedi rumah yang baik untuk mencegah kanser, terutamanya bagi mereka yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser seperti pankreas, kolon, usus dan rektum.

    Kelebihan teh hijau 4: Mengurangkan kolesterol

    Teh hijau diketahui berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol kerana ia mengandungi bahan yang dipanggil alkalinity.

    Mekanisma di sebalik ini adalah kafein daripada minuman teh akan menggerakkan asid lemak daripada tisu lemak, mengurangkan komposisi lemak dan menjadikan mereka tenaga bersedia untuk aktiviti fizikal.

    Ini jelas akan meningkatkan prestasi fizikal dan mencegah obesiti, terutamanya diabetes jenis II, yang melibatkan gula dalam darah yang tinggi disebabkan kekurangan insulin.

    Teh hijau dipercayai meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan tahap gula dalam darah.

    khasiat teh hijau

    Kebaikan teh hijau 5: Sihat untuk jantung dan arteri

    Teh hijau mengandungi komponen berbeza yang boleh menghalang penebalan darah, seterusnya, mengurangkan kebarangkalian mendapat arterosklerosis, trombosis, dan juga strok jantung dan otak.

    Beberapa faktor risiko utama ditemui akan dipengaruhi oleh tabiat meminum teh.

    Ini termasuk tahap kolesterol, kolesterol LDL dan triglycerides.

    Sebagai antioksidan yang kuat, minuman ajaib ini boleh menghalang zarah kolesterol LDL daripada pengoksidaan, yang menjadi punca kepada penyakit jantung.

    Anda mungkin mahu mengamalkan tabiat meminum teh kerana ia boleh mengurangkan berat badan, meningkatkan prestasi mental dan fizikal anda, dan membawa kebaikan ke jantung anda.

    Minumlah teh dengan kerap, atau sebaik-baiknya masukkannya dalam diet harian anda untuk mendapatkan semua manfaat daripadanya.

    Namun, bolehkah minum teh hijau setiap hari? Ya, mungkin tiada masalah untuk itu tetapi nasihat dari doktor amat penting!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan