backup og meta

Jatuh Cinta Membawa Bahagia, Tapi Juga Mengundang Jerawat? Mitos Atau Fakta?

Jatuh Cinta Membawa Bahagia, Tapi Juga Mengundang Jerawat? Mitos Atau Fakta?

Ramai orang mungkin mengalami masalah ini namun masih belum mengetahui punca naik jerawat pada kulit muka dan badan lantas menjejaskan fizikal dan mental individu.

Apa yang lebih menarik adalah kondisi kulit ini kerap dikaitkan dengan golongan remaja, di saat bermulanya pelbagai kisah cinta monyet yang mencuit hati.

Persoalannya, adakah benar bahawa jatuh cinta bukan sahaja membawa bahagia malah juga mengundang jerawat? Jom teruskan membaca untuk tahu!

Apa itu kondisi jerawat?

Jerawat atau nama saintifiknya Acne vulgaris adalah kondisi di mana muncul benjolan-benjolan dengan pelbagai bentuk dan saiz pada kulit yang bersifat sementara.

Kebiasaannya, jerawat akan berlaku di kulit muka, bahu, dada dan belakang badan yang akan menjejaskan imej terutamanya jika ia muncul dengan banyak dan teruk.

punca naik jerawat

Secara umumnya, setiap benjolan yang muncul pada kulit akan disebut sebagai jerawat sedangkan ia mempunyai pelbagai jenis dan nama yang berbeza termasuklah:

  • Whiteheads – akibat liang roma tersumbat
  • Blackheads – akibat liang roma terbuka
  • Papules – benjolan kecil, merah dan lembut
  • Pustules – benjolan yang bernanah di hujungnya
  • Nodul – benjolan keras, besar dan menyakitkan
  • Jerawat sista – benjolan yang berada di bawah kulit dan menyakitkan

Walau apapun jenisnya, ia tetap akan menjejaskan aspek fizikal serta mental lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu apa punca naik jerawat pada kulit yang sebenarnya.

Apa punca naik jerawat?

Untuk pengetahuan anda, punca naik jerawat yang sebenar adalah apabila liang roma pada kulit anda terisi dengan sel kulit mati atau minyak daripada kawasan sekelilingnya.

Apabila liang roma tadi terjangkit pula dengan bakteria, maka bahagian kulit yang terjejas itu akan mengalami keradangan lantas menyebabkan jerawat mula muncul.

Bakteria yang dimaksudkan di atas tadi adalah Propionibacterium acnes, Corynebacterium granulosum, Staphylococcus epidermidis dan Coagulase-negative staphylococcus.

punca naik jerawat

Dalam pada itu, wujud juga beberapa faktor risiko jerawat menjadi lebih teruk seperti berikut:

  • Hormon: Androgen yang bertambah semasa akil baligh atau hamil akan meningkatkan tahap pengeluaran minyak sebum lantas mengakibatkan jerawat
  • Sejarah keluarga: Jika ibu bapa anda mempunyai jerawat, maka anda juga berisiko lebih tinggi untuk mengalami jerawat
  • Ubatan tertentu: Ubat yang mengandungi hormon androgen, litium atau kortikosteroid akan meningkatkan risiko jerawat
  • Makanan tertentu: Makanan berminyak, tinggi gula, tinggi karbohidrat dan produk tenusu akan meningkatkan risiko jerawat
  • Produk berminyak: Penggunaan produk seperti losen atau krim yang berminyak akan meningkatkan risiko masalah ini
  • Tekanan pada kulit: Sentuhan, geseran atau gesekan yang kuat pada kulit juga akan meningkatkan risiko kondisi ini
  • Cuaca: Iklim yang terlalu kering akan menyebabkan kulit lebih berminyak lantas mengakibatkan masalah jerawat
  • Stres: Ia bukan punca naik jerawat namun stres boleh menyebabkan jerawat yang dialami itu menjadi lebih teruk lagi
  • Tabiat tidak sihat: Tabiat buruk seperti menghisap rokok, mengambil alkohol atau menyalahgunakan dadah juga adalah antara faktor risiko

Jerawat boleh muncul di saat jatuh cinta?

Namun, apakah benar akan satu kenyataan yang mengatakan bahawa antara punca naik jerawat adalah apabila seseorang itu jatuh cinta – fakta atau mitos?

Jawapannya, adalah mungkin ya. Ini kerana pada saat seseorang itu jatuh cinta, tubuh badan mungkin akan mengalami perubahan hormon kortisol dan dopamin.

Kedua-dua hormon ini akan menyebabkan ketidakstabilan hormon pada tubuh badan lantas memungkinkan anda untuk mendapat jerawat pada kulit.

punca naik jerawat

Pun begitu, kenyataan ini mungkin dapat disangkal memandangkan usia kita biasa jatuh cinta adalah ketika remaja di mana ia adalah waktu jerawat biasa muncul.

Jadi, kenyataan bahawa jatuh cinta adalah punca naik jerawat ini harus dikaji dengan lebih mendalam lagi pada masa hadapan bagi memastikan kesahihannya.

Bagaimana cara untuk mengelak & merawat?

Untuk mencegah daripada muncul jerawat di kulit, anda perlu elakkan sebarang punca naik jerawat dan faktor-faktor risikonya seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi.

Jika sudah terlambat dan jerawat sudah terbentuk, anda mungkin tidak perlu risau kerana ia adalah bersifat sementara dan boleh dirawat dengan beberapa cara tertentu.

Antara cara tersebut adalah dengan mengambil ubatan sama ada dalam bentuk oral atau topikal sesuai dengan preskripsi yang disediakan oleh pakar kulit anda.

Konklusinya, anda tidak perlu lagi risau untuk jatuh cinta hanya kerana takutkan jerawat kerana ketahuilah bahawa ia adalah kondisi biasa yang mungkin tidak berbahaya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://healthtalk.org/acne/friendships-and-romantic-relationship-with-acne
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047
  3. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/diagnosis-treatment/drc-20368048
  4. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12233-acne
  5. https://kidshealth.org/en/teens/prevent-acne.html

Versi Terbaru

14/12/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jerawat Dah Surut, Tapi Kena Hadap Kesan Parut Pula! Ini Cara PANTAS Hilangkan Parut Akne

Ikut 7 Cara Ini Kalau Tak Nak Tumbuh Jerawat Di Pipi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan