Umur yang sesuai
Seiring dengan peredaran masa, fizikal dan mental anak anda akan mula berubah corak. Hormon, interaksi sosial atau perasaan ingin mengetengahkan diri mereka adalah perubahan yang menyebabkan anak anda ingin melangkah keluar daripada zon selamat yang anda cipta. Mereka akan mempunyai kemahuan untuk melakukan aktiviti yang berbeza untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Berbalik kepada umur yang seusai untuk bercinta, tiada satu umur yang ditetapkan kerana setiap remaja adalah berbeza.
Hubungan cinta yang bagaimana?
Zaman kini, kebanyakan kanak-kanak sudah mula terbuka tentang cinta. Tetapi, adakah kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh memahami konsep bercinta yang sebenar? Anak lelaki anda yang berada di sekolah rendah mungkin sudah mempunyai teman wanita. Pada usia ini, anak anda mungkin memahami teman wanita atau teman lelaki sebagai orang yang mereka suka bermain ataupun bergaduh. Mereka masih belum memahami konsep bercinta sebenar dan mungkin menamakan hubungan mereka sebagai teman wanita atau teman lelaki kerana meniru irang yang lebih dewasa. Menjelang sekolah menengah, anak anda mungkin sudah mula menjalinkan hubungan intim yang lebih serius, sentiasa awasi pergerakan mereka.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen