home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Masalah Jerawat Remaja: Bila Anda Patut Bertemu Doktor?

Masalah Jerawat Remaja: Bila Anda Patut Bertemu Doktor?

Semasa mencapai usia akil baligh, kebanyakan remaja mengalami masalah jerawat. Keadaan ini mungkin berada pada tahap ringan atau serius. Kebanyakannya akan reda dengan sendiri apabila mereka memasuki usia dewasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes apabila jerawat menjadi sangat teruk dan memerlukan rawatan perubatan.

Apakah puncanya?

Remaja mendapat masalah jerawat kerana sewaktu mencapai usia akil baligh, sebum (minyak) mereka berfungsi lebih kuat dan menyumbat liang roma. Sebum digalakkan hormon androgen yang semakin meningkat semasa baligh.

Apakah jenis jerawat remaja?

Jerawat hadir pada muka, belakang badan, leher atau bahu dan wujud dalam pelbagai jenis, termasuklah:

Whiteheads: Ini adalah bintik-bintik putih yang dibentuk oleh minyak yang terkumpul dalam liang roma dan dilindungi oleh lapisan kulit.

Blackheads: minyak terkumpul dalam liang roma dan kemudian menolak melalui folikel. Warna hitam disebabkan kekotoran tersebut bereaksi dengan oksigen.

Papul, pustul atau nodul: Ini adalah jerawat yang kelihatan merah dan bengkak, keras dan menyakitkan. Jerawat jenis ini berlaku disebabkan jangkitan atau keradangan tisu pada folikel.

Sista: Jerawat yang dalam, berisi nanah.

Bagaimana merawat jerawat remaja?

Jerawat remaja akhirnya akan berkurang apabila remaja memasuki alam dewasa. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes yang serius, remaja ini memerlukan rawatan perubatan daripada pakar.

Terdapat pelbagai cara untuk merawat jerawat remaja.

Pertama, mereka boleh mencuba benzoyl peroksida. Bahan ini boleh memerangi bakteria dan mencegah liang tersumbat. Ia boleh didapati dalam banyak produk seperti produk pencuci muka, krim, atau gel. Setiap produk mempunyai kekuatan yang berbeza. Pilih yang ringan terlebih dahulu. Ia mungkin berkesan di samping kurang merengsakan berbanding yang kuat.

Cara lain ialah menggunakan produk dengan asid salisilik. Ini membantu untuk menyekat liang-liang dan menyingkirkan whiteheads dan juga blackheads.

Selepas beberapa bulan menggunakan benzoyl atau asid salisilik tetapi keadaannya tidak bertambah baik, remaja ini perlu menemui doktor.

Doktor akan mencadangkan beberapa rawatan seperti:

  • Retinoid: untuk membersihkan liang dan menyingkirkan whiteheads dan blackheads.
  • Antibiotik: untuk memerangi bakteria yang menyebabkan jerawat. Ia boleh digunakan dalam pil atau ubat untuk memakai kulit.
  • Benzoyl peroksida yang kuat

Doktor anda juga mungkin menggabungkan rawatan berbeza pada satu masa bergantung kepada keadaan setiap orang.

Di samping rawatan perubatan, diet sihat dan senaman boleh membantu mengurangkan jerawat. Gabungkan kedua-dua kaedah ini untuk mengatasi masalah kulit anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Teenage Acne (Pimples): Types, Causes, Treatments – WebMD . http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/acne/teenage-acneAccessed January 17, 2017

From WebMD: Teen Acne Solutions. http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/acne/features/teen-acne-solutions#1Accessed January 17, 2017

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 13/09/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor