backup og meta

Timbul Benjolan Di Ketiak, Betul Ke Ini Jerawat Atau Penyakit Kulit Lain?

Timbul Benjolan Di Ketiak, Betul Ke Ini Jerawat Atau Penyakit Kulit Lain?

Rasanya, semua orang mungkin sudah tahu bahawa jerawat itu boleh tumbuh pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat pada tubuh badan juga termasuklah jerawat ketiak.

Ia juga sudah tentu akan buat individu tidak selesa kerana bawah lengah adalah bahagian yang tertutup dan tersembunyi lantas sukar untuk anda merawat jerawat di celah lengan ini.

Persoalannya, apa punca dan cara rawat jerawat ketiak? Jom terus baca artikel dengan lebih lanjut!

Apa punca muncul jerawat ketiak?

Seperti mana jerawat di bahagian tubuh badan lain juga, jerawat di ketiak ini berbentuk seakan benjolan atau ketulan berwarna merah yang akan rasa sakit apabila disentuh.

Kadangkala, jerawat di bawah lengan ini juga mungkin akan keluar nanah apabila ditekan atau dipicit. Jadi, anda tidak boleh membiarkan atau merawat dengan cara yang salah.

Untuk pengetahuan anda semua, kulit di ketiak mempunyai tekstur yang agak nipis lagi halus selain mengandungi kelenjar peluh dan folikel rambut yang boleh tersumbat.

Disebabkan itu pula, adalah tidak mustahil untuk jerawat, ruam, bisul, rambut tumbuh ke dalam dan lain-lain masalah kulit berlaku kepada bahagian bawah lengan anda itu.

Apa faktor risiko yang lain?

jerawat ketiak

Selain kondisi kulit yang nipis dan halus, turut wujud faktor risiko jerawat ketiak lain termasuklah:

4 faktor risiko di atas ini mungkin tidak akan jadi punca gejala dan komplikasi yang serius namun anda perlu waspada dengan faktor risiko lebih bahaya, hidradenitis suppurativa.

Ia adalah kondisi yang akan jadi punca muncul benjolan atau ketulan seperti jerawat di ketiak sedangkan ia bukan jerawat dan juga boleh muncul pada bahagian tubuh badan lain.

Sekiranya anda kurang pasti sama ada benjolan atau ketulan di ketiak itu akibat jerawat atau bukan, maka segera jumpa doktor pakar kulit untuk mendapatkan diagnosis dan merawatnya.

Bagaimana cara rawat jerawat ketiak?

Kebiasaannya, jerawat akan hilang dengan sendiri selepas beberapa hari ia muncul. Ketika proses itu, anda sangat tidak digalakkan untuk memecahkan ia dengan sesuka hati.

Ini kerana ia hanya akan menyebabkan keradangan pada kulit selain risiko infeksi kuman lantas mengakibatkan jerawat baru pula muncul. Namun, jangan bimbang! Ada cara rawat jerawat yang betul.

#1. Penggunaan ubat jerawat

Salah satu cara paling efektif untuk rawat jerawat bawah lengan adalah dengan penggunaan ubat jerawat sama ada dalam bentuk oral atau topikal (bergantung pada saranan pakar).

Ia bekerja dengan cara membunuh bakteria punca jerawat, membuang minyak pada kulit serta menyingkir sel kulit mati. Di bawah ini, kami sediakan senarai kandungan dalam ubat jerawat yang bagus.

jerawat ketiak

  • Benzoil peroksida
  • Asid salisilat
  • Asid glikoat
  • Asid laktat
  • Sulfur
  • Retinol

#2. Pengambilan ubat antibiotik

Sekiranya jerawat di ketiak masih tidak pulih walaupun selepas menggunakan ubat jerawat, doktor anda mungkin akan mengkombinasikan ia bersama ubat antibiotik jika perlu.

Antibiotik ini adalah sangat penting dalam usaha membunuh bakteria-bakteria yang ada pada kulit di ketiak dan jadi punca jerawat iaitu Propionibacterium acnes (P. acnes).

Dalam pada itu, ubat lain turut akan dicadangkan bersama dengan prosedur rawat jerawat yang lain seperti terapi fotodinamik agar masalah ini tidak berlaku dan berulang.

Cara rawat jerawat ketiak #3. Tuaman panas @ sejuk

Buat anda yang rasa sakit atau tidak selesa akibat jerawat di bawah lengan ini, boleh cuba untuk tuam ketiak dengan tuaman tuala bersama dengan air hangat atau air batu.

Tuaman air hangat mampu mengeluarkan minyak dan kotoran punca sumbatan pada liang kulit manakala air batu mampu mengurangkan bengkak, merah dan ketidakselesaan.

jerawat ketiak

#4. Mengenakan pakaian yang longgar

Gesekan di antara kulit dan baju anda yang terlalu ketat boleh jadi punca kulit meradang lantas memicu jerawat muncul pada ketiak. Jadi, sila pakai baju yang agak longgar.

Ini bertujuan menyerap peluh dan mencegah infeksi serta iritasi. Lebih penting, pastikan pakaian yang anda guna itu kering dan bersih daripada segala anasir yang tidak baik.

#5. Mengurangkan sentuhan pada ketiak

Anda pasti pernah dapat nasihat untuk kurang sentuh muka agar masalah jerawat tidak timbul, bukan? Ya, ia benar kerana tangan anda mungkin simpan banyak bakteria.

Samalah juga halnya dengan kulit di bawah lengan anda yang perlu untuk anda jaga. Hipotesisnya, semakin banyak anda sentuh ketiak, semakin tinggi risiko jerawat muncul.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hidradenitis suppurativa, https://medlineplus.gov/genetics/condition/hidradenitis-suppurativa/, Accessed Dec 13 2021.
  2. Is That Stubborn Acne Really Acne?, https://www.aad.org/public/diseases/acne/really-acne/stubborn-acne, Accessed Dec 13 2021.
  3. Acne: Tips for Managing, https://www.aad.org/public/diseases/acne/skin-care/tips, Accessed Dec 13 2021.
  4. Teens and Acne Treatment, https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/teen/Pages/Teens-and-Acne.aspx, Accessed Dec 13 2021.
  5. What causes acne?, https://dermnetnz.org/topics/what-causes-acne, Accessed Dec 13 2021.

Versi Terbaru

18/08/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Tak Boleh Lebih 3x Basuh Wajah? Ini Cara Cuci Muka Berjerawat Yang Betul

Papula VS Pustula: Jom Tahu Bagaimana Cara Untuk Bezakan 2 Jenis Jerawat Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan