backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Cara Rawat Jerawat Merah Dalam Masa Semalaman, Boleh Buat Di Rumah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/08/2023

Cara Rawat Jerawat Merah Dalam Masa Semalaman, Boleh Buat Di Rumah!

Jerawat selalunya mengambil masa untuk berkembang dan sembuh serta selalu muncul dengan kesakitan dan kemerahan yang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa helah yang mungkin boleh membantu anda mengurangkan jerawat merah dan sakit ini di rumah anda sendiri.

Sekiranya anda memerlukan tip yang cepat berkesan, cubalah:

jerawat merah

Uncang teh

Teh adalah sumber yang kaya dengan antibakteria dan antioksidan. Ia mengandungi tanin yang terkenal meredakan keradangan.

Untuk merawat kemerahan jerawat, rendam uncang teh dalam air suam untuk seketika, kemudian angkat dan peras air keluar.

Biarkan uncang teh yang lembap tersebut menyejuk dahulu sebelum meletakkannya pada jerawat anda.

Lidah buaya

Seperti juga tumbuhan yang lain, lidah buaya juga mempunyai sifat antiradang dan antibakteria.

Ia bukan sahaja meredakan kemerahan dan bengkak tetapi juga mempercepatkan proses penyembuhan.

Daun lidah buaya ini adalah lebih elok digunakan sewaktu ia sedang segar.

Rawat jerawat merah dengan ais

Kiub ais juga membantu meredakan keradangan dengan mengurangkan aliran darah ke kawasan yang terjejas.

Bungkus kiub ais kecil dalam sehelai kain bersih dan perlahan-lahan letakkannya pada jerawat anda.

Elakkan menekan, atau anda akan menghancurkan jerawat anda, menyebabkan lebih kerengsaan.

Witch Hazel

jerawat merah

Witch Hazel dikenali dengan ciri anti-radang dan anti-bakterinya.

Sapukan ekstrak witch hazel pada jerawat anda untuk mengurangkan kemerahan dan bengkak dengan berkesan.

Toner Witch Hazel disyorkan untuk mereka yang mengalami jerawat.

Rawat jerawat merah dengan aspirin

Aspirin mengandungi asid salisilik, bahan yang digunakan dalam banyak produk rawatan jerawat kerana keupayaannya untuk melegakan keradangan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah hancurkan pil aspirin menjadi serbuk, kemudian tambah sedikit air untuk membentuk pes.

Sapukan pada bahagian yang terjejas sebelum tidur. Anda akan bangun dengan kesan kering tanpa kemerahan yang ketara.

Ubat gigi

Jika perkara di atas tidak boleh didapati di rumah anda, gunakan ubat gigi.

Kebanyakan ubat gigi mengandungi baking soda, triclosan, dan hidrogen peroksida, yang semuanya boleh mengeringkan jerawat.

Ubat gigi krim adalah lebih baik berbanding jenis gel.

Walau bagaimanapun, kerana sesetengah ubat gigi mungkin terlalu kuat untuk kulit sensitif, anda perlu berhati-hati apabila menggunakannya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan