backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Masalah Jerawat Di Dahi? Ini Punca Dan Cara Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 30/08/2022

Masalah Jerawat Di Dahi? Ini Punca Dan Cara Atasinya

Masalah jerawat atau akne boleh muncul di mana-mana bahagian badan, tetapi ada sesetengah kawasan lebih cenderung untuk mengalaminya. Salah satunya adalah jerawat di dahi.

Ayuh kita fahami punca dan cara untuk merawat jerawat dalam perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Jerawat pada dahi

Jerawat di dahi

Jerawat dan jeragat pada dahi boleh terjadi apabila kelenjar kecil di bawah permukaan kulit tersumbat. Walaupun kawasan badan lain turut menjadi tempat ‘kesukaan’ akne, namun dahi merupakan antara bahagian paling kerap tumbuh jerawat.

Jerawat pada bahagian dahi ini selalunya akan kelihatan seperti benjolan merah pejal yang dipanggil papula. Jika pada benjolan merah itu terdapat bintik berwarna putih, ia dipanggil pustula.

Boleh ke picit jerawat di dahi? 

Tabiat memicit jerawat ini haruslah dielakkan kerana ia boleh menyebabkan parut dan jangkitan.

Anda pasti tidak mahu memicit jerawat yang tumbuh pada dahi atau mana-mana bahagian muka mahupun badan.

Ini kerana memicit jerawat akan menyebabkan kotoran pada jari masuk ke dalam kulit dan menyebabkan jangkitan. Bahkan tindakan memicit akne juga mengakibatkan ia mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh dan boleh meninggalkan parut.

jerawat di dahi

Punca-puncanya

Fahami faktor penyumbang jerawat di dahi

Jerawat adalah keadaan kulit kronik yang boleh menyebabkan lesi berikut:

Jerawat akan muncul apabila kelenjar kecil di bawah permukaan kulit tersumbat. Kelenjar ini menghasilkan bahan berminyak dikenali sebagai sebum.

Kelenjar tersumbat apabila terlalu banyak sebum, sel kulit mati atau bakteria. Jika ia berlaku, kelenjar mungkin mengalami keradangan dan masalah jerawat boleh berkembang.

Terdapat faktor tertentu yang boleh menyebabkan peningkatan jumlah sebum, seperti

  • Perubahan hormon. Jerawat adalah perkara biasa semasa akil baligh kerana tahap hormon turun naik dengan ketara dalam tempoh ini
  • Tekanan. Terdapat kaitan antara tekanan dan jerawat, tetapi sebab untuk ini tidak jelas
  • Ubat. Sesetengah jenis ubat boleh menyebabkan jerawat sebagai kesan sampingan. Contohnya termasuk steroid tertentu, antikonvulsan, barbiturat atau litium
  • Kebersihan. Tidak mencuci rambut dan muka dengan kerap boleh menyebabkan deposit berminyak di dahi dan penyumbatan liang pori
  • Produk rambut. Sesetengah produk rambut, seperti gel, minyak, dikaitkan dengan jerawat yang dikenali sebagai jerawat pomade
  • Iritasi kulit. Menggunakan alat solek di dahi atau memakai pakaian seperti topi, boleh merengsakan dahi dan juga menyebabkan jerawat. Kerap menyentuh dahi juga boleh memburukkan kulit dan mencetuskan jerawat

Faktor lain punca jerawat di dahi:

  • Folikel rambut yang dijangkiti
  • Jangkitan kulit
  • Alah kepada sesetengah bahan
  • Jangkitan kulat
  • Keadaan kulit seperti rosacea

Baca juga:

Kaedah rawatan

Merawat masalah jerawat pada dahi

Rawatan adalah bergantung kepada keterukan jerawat. Kebanyakan akne boleh dirawat menggunakan ubat yang boleh dibeli di farmasi (OTC) atau secara dalam talian.

Pelbagai jenis gel, sabun, losyen dan krim tersedia untuk merawat jerawat. Produk ini biasanya mengandungi satu atau lebih daripada bahan aktif berikut:

  • Benzoyl peroksida
  • Asid salisilik
  • Retinol 
  • Resorsinol 

Kadar keberkesanannya adalah berbeza bagi setiap individu. Jadi trial and error mungkin diperlukan untuk menentukan ubat yang terbaik. Individu dengan keadaan kulit sensitif, mungkin boleh memilih rawatan berbentuk patch jerawat, krim atau losyen.

Sekiranya masalah jerawat yang dialami teruk, ubat preskripsi mungkin diperlukan. Pakar kulit dapat membantu untuk menilai gejala dan menentukan rawatan terbaik, seperti ubat oral, gel atau krim.

Ubat preskripsi untuk merawat jerawat di dahi termasuklah:

  • Kortikosteroid 
  • Antimikrob 
  • Antibiotik 
  • Retinoid 
  • Kontraseptif gabungan

Selain ubat, rawatan di rumah juga boleh membantu untuk mengatasi masalah akne ringan.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan mampatan hangat pada dahi 2x sehari. Ia dapat membantu menghilangkan sebum berlebihan dan meningkatkan pemulihan kulit.

Kaedah lain yang boleh dicuba seperti:

jerawat di dahi

  • Lidah Buaya. Sapukan minyak aloe vera tulen terus ke dahi
  • Minyak tea tree. Campurkan beberapa titis dengan air dan sapukan pada dahi dengan pad kapas
  • Cuka epal. Campurkan ¼ cuka yang dicairkan dengan ¾  air dan sapukan pada dahi dengan pad kapas
  • Zink. Boleh diambil secara oral, sebagai suplemen untuk membantu memperbaiki kulit

Langkah pencegahan

Tip mencegah jerawat di dahi

Cuba petua ini untuk mencegah jerawat daripada terjadi:

  • Basuh muka dengan pembersih lembut dua kali sehari. Bilas dengan air suam dan keringkan perlahan-lahan. Jangan menggosok kerana ia boleh memburukkan jerawat
  • Basuh rambut dengan kerap. Jika rambut berminyak, gunakan syampu yang berlabel untuk merawat rambut berminyak
  • Elak menggunakan minyak atau produk pomade pada rambut. Jika perlu menggunakannya, lapkan dahi selepas itu dengan kain lap lembap
  • Potong rambut pada dahi, atau gunakan ikatan rambut untuk menariknya ke atas dan menjauhi kulit. Bangs atau jambul boleh menyebabkan jerawat di dahi, terutamanya jika rambut jenis berminyak
  • Elakkan memakai headbands atau topi dengan tepi yang menyentuh dahi
  • Elakkan tangan daripada menyentuh muka atau anda akan memperkenalkan bakteria yang boleh masuk ke dalam pori kulit. Jika perlu menyentuh dahi, basuh tangan terlebih dahulu
  • Gunakan alat solek, pembersih dan produk lain yang berlabel “bukan komedogenik.” Ini bermakna ia tidak akan menyumbat liang-liang dan menyebabkan jerawat. Jangan gunakan produk yang boleh merengsakan kulit, seperti pembersih mengandungi alkohol

jerawat di dahi

Kesimpulan

Perkara normal untuk mengalami jerawat

Masalah jerawat yang dialami adalah perkara normal, ini terutamanya ketika fasa akil baligh. Namun dapat mengenal pasti faktor penyebabnya akan dapat membantu mengatasi masalah akne yang muncul.

Walaupun akne yang tumbuh pada dahi ini boleh mengganggu, tetapi biasanya ia boleh dirawat dengan mudah menggunakan produk tanpa preskripsi, ubat preskripsi atau kedua-duanya.

Jika anda berjaya merawat jerawat yang muncul, sebaiknya lakukan juga perubahan kecil dalam tabiat diri, seperti mengelakkan daripada menyentuh dahi sebelum membasuh tangan.

Individu dengan jerawat di dahi yang ringan, boleh mempertimbangkan rawatan OTC atau remedi di rumah yang dicadangkan di atas. Sekiranya jerawat yang dialami teruk, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat yang lebih berkesan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 30/08/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan