Pelbagai jenis benjolan atau ketulan boleh muncul pada kulit. Adakalanya kita sendiri kurang pasti apakah ia, sama ada bisul atau jerawat. Jom ketahui beza bisul dan jerawat.
Benjolan merah atau putih ini boleh menjadi jerawat. Namun begitu ia mungkin juga bisul. Ini kerana pertumbuhan jerawat atau bisul ini boleh kelihatan sama pada awalnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit lain, sila dapatkannya di sini.
Beza bisul dan jerawat
Jerawat adalah kecil, jangkitan setempat, biasanya dalam kelenjar minyak tunggal di dalam kulit.
Jerawat boleh muncul di mana-mana tempat di tubuh anda yang terdapat kelenjar minyak, dan ia umumnya lebih kecil daripada bisul.
Terdapat beberapa jenis jerawat yang kelihatan berbeza da dikenali dengan nama lain iaitu bintik putih (whiteheads), bintik hitam (blackheads), papules, pustules dan nodules.
Manakala bisul adalah jangkitan poket di dalam dan di bawah kulit. Istilah perubatan bagi bisul adalah abscess.
Bisul biasanya bermula sebagai jangkitan kecil atau kawasan kemerahan dalam folikel rambut, kelenjar kulit atau luka terbuka kecil.
Sepanjang hari, poket jangkitan ini akan mengumpulkan nanah, mula membengkak, tisu parut membentuk rongga yang menyakitkan.
Rongga ini akan mengembang dan kulit akan bertukar menjadi merah apabila bisul menjadi lebih besar.
Faktor risiko jerawat dan bisul
Beza bisul dan jerawat
Jerawat boleh dikaitkan dengan peningkatan usia remaja, tetapi anda boleh mengalaminya tanpa mengira peringkat umur.
Anda lebih cenderung untuk mendapatkan jerawat jika mengalami perubahan hormon, seperti semasa akil baligh dan kehamilan, atau apabila anda mula atau berhenti mengambil pil kawalan kelahiran.
Beberapa sebab lain jerawat termasuk:
- Mengambil ubat tertentu, seperti steroid, ubat anti-sawan, atau litium
- Makan makanan tertentu, termasuk makanan tenusu dan tinggi karbohidrat
- Menggunakan produk kosmetik yang menyumbatkan liang pori, yang dianggap comedogenic
- Sedang mengalami tekanan
- Mempunyai ibu bapa yang mempunyai jerawat
Beza bisul dan jerawat
Sesiapa sahaja boleh mendapat bisul, tetapi paling biasa dalam kalangan remaja dan golongan dewasa muda, terutama lelaki. Faktor risiko lain termasuk:
- Mempunyai diabetes, yang menjadikan anda lebih terdedah kepada jangkitan
- Berkongsi tuala, pisau cukur, atau barang peribadi lain dengan seseorang yang mempunyai bisul
- Mempunyai ekzima
- Sistem imun yang lemah
Bagaimanapun, seseorang yang mempunyai jerawat juga lebih cenderung mendapat bisul.
Cara beza bisul dan jerawat
Asal usul
Jerawat disebabkan oleh penyumbatan dalam folikel rambut. Penyumbatan itu disebabkan oleh kelebihan pengeluaran minyak oleh kelenjar minyak di kulit serta penumpukan kulit mati.
Sebaliknya, penyebab bisul di muka disebabkan oleh jangkitan bakteria di folikel. Bakteria yang menyebabkan bisul dan carbuncles adalah Staphylococcus aureus, atau “staph“.
Jangkitan staph adalah akibat daripada bersentuhan dengan orang yang dijangkiti atau bersentuhan dengan item yang tercemar, seperti tuala.
Rupa/Penampilan
Untuk beza bisul dan jerawat agak sukar. Ini kerana jerawat dan bisul mungkin mempunyai penampilan yang sama, terutamanya jika bisul baru mula terbentuk.
Kedua-dua jerawat dan bisul mungkin kelihatan merah dan timbul/membonjol.
Walau bagaimanapun, bisul boleh menjadi lebih besar daripada jerawat. Bisul juga boleh bergabung dan membentuk carbuncles, yang merupakan sekumpulan bisul yang menyambung dan membentuk satu kepala.
Ciri-ciri bisul di wajah biasanya sangat keras dan menyakitkan, sedangkan jerawat tidak keras dan mungkin atau tidak menyebabkan rasa sakit.
Beza bisul dan jerawat: Bahagian kulit
Salah satu cara untuk beza bisul dan jerawat adalah lokasinya.
Jerawat selalunya muncul di muka, belakang, dan dada kerana ia adalah tempat kelenjar minyak menjadi terlalu aktif dan menyumbatkan folikel.
Sebaliknya, bisul biasanya muncul di kawasan kulit yang terdapat banyak bakteria seperti lipatan kulit, pangkal paha, punggung, ketiak, atau dalaman peha.
Walau bagaimanapun bisul dan jerawat juga boleh muncul di sekitar hidung atau di leher.
Rawatan
Adakah kedua-dua jerawat dan bisul ini perlu dirawat?
Bagaimana cara merawat bisul? Boleh ke picit bisul?
Sekiranya tidak dirawat, Staphylococcus aureus boleh menyebabkan komplikasi yang serius, seperti septisemia, jangkitan otak atau saraf tunjang, jangkitan jantung atau artritis septik.