backup og meta

Jangan Sembarang Buat Facial Muka Kalau Ada Jerawat, Boleh Bawa Padah!

Jangan Sembarang Buat Facial Muka Kalau Ada Jerawat, Boleh Bawa Padah!

Sekiranya anda jenis individu yang sangat mementingkan atau mengutamakan kulit wajah, terapi facial muka tentu sahaja merupakan sesuatu perkara wajib.

Sebagai salah satu teknik penjagaan kulit wajah paling popular, ia boleh dilakukan di salun, klinik kulit atau rumah anda asalkan ia dijalankan dengan cara dan kaedah sesuai.

Namun, hati-hati ya? Ini kerana anda mungkin tidak boleh buat facial wajah ketika ada jerawat!

Apa itu terapi facial muka?

Buat anda yang mungkin belum tahu, ia adalah suatu prosedur yang akan dijalankan khas untuk tujuan membersihkan lagi menyucikan kulit muka dari segala anasir tidak baik.

Anasir yang diperkatakan di atas ini adalah kekotoran, debu, minyak, sel-sel kulit mati dan bintik-bintik hitam serta putih yang wujud akibat salah cara penjagaan kulit wajah.

Dilakukan dengan cara bertahap, ia akan dimulai dengan teknik cleansing, scrubbing, penyejatan, pengurutan, pengekstrakan dan pemakaian masker, ideal dengan keperluan.

Kebiasaannya, terapi ini akan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk kesan paling maksimum kerana kulit muka anda akan kembali ‘kotor’ selepas 28 hari rawatan.

Apa kesan terapi facial muka?

facial muka

Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, kesan positif daripada terapi facial muka ini adalah membersihkan dan menyucikan kulit wajah individu dari segala kekotoran.

Pun begitu, ia juga mungkin tidak boleh lari dari kesan negatif terutamanya jika rawatan yang anda terima itu salah cara atau disebabkan oleh faktor risiko daripada diri anda sendiri.

Antara kesan negatif tersebut adalah kemungkinan tercetusnya masalah alergi, infeksi, kerengsaan, keradangan, kemerahan, kegatalan serta kekeringan pada kulit wajah anda.

Dalam kes yang lebih berat, masalah jerawat atau jeragat mungkin akan jadi lebih teruk di samping kerosakan tekstur kulit sehingga menyebabkan lecet, luka atau parut kekal.

Siapa yang perlu & tidak boleh buat?

Untuk pengetahuan anda, semua individu mungkin perlu buat terapi facial wajah sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam usaha mengelakkan masalah pada kulit muka.

Ironinya, tidak semua orang boleh menjalani rawatan ini jika ada beberapa masalah kulit seperti alergi dan infeksi kerana ia hanya akan memburukkan lagi masalah kulit wajah anda itu.

Disebabkan itu pula, adalah sangat penting untuk anda tunggu dan rawat sehingga masalah kulit anda itu sembuh serta dapatkan nasihat daripada pakar kulit terlebih dahulu.

Bagaimana pula jika ada masalah jerawat?

facial muka

Sebenarnya, facial muka ketika sedang ada jerawat itu bukan masalah namun anda mungkin masih perlu untuk perhatikan dan pertimbangkan tahap keterukan jerawat di muka.

Ingat! Rawatan ini hanya bertujuan membersihkan dan menyucikan kulit muka daripada kekotoran dan bukan untuk merawat masalah jerawat kerana ada kaedah yang lain untuknya.

Sekiranya masalah jerawat anda itu terlalu teruk, pakar kulit mungkin akan menyarankan agar anda tidak melakukan facial kerana ia hanya akan memburukkan kondisi anda itu.

Ya, mungkin benar terapi facial wajah dapat menghilangkan bintik hitam (blackhead) dan bintik putih (whitehead) melalui metode pengekstrakkan namun bukan masalah jerawat.

Ini kerana jerawat yang sedang banyak, merah, gatal, sakit, radang lagi bernanah tidak akan boleh untuk diekstrak atau dipicit secara paksaan dalam usaha untuk menghilangkannya.

Dalam erti kata lebih mudah, terapi facial wajah tidak sesuai buat meraka dengan masalah jerawat!

Boleh buat facial muka di rumah, asalkan…

Terapi ini juga sebenarnya adalah sejenis rawatan kulit muka yang agak mudah untuk dilakukan sama ada dengan tenaga kerja pakar ataupun di rumah anda sendiri (DIY).

facial muka

Jika anda hendak cuba melakukannya di rumah, pastikan anda ada bahan-bahan yang berikut:

Meskipun kami kata anda juga boleh cuba facial wajah di rumah, ia mungkin agak terbatas kerana kalian hanya mampu melakukan metode rawatan ini dengan kurang lengkap.

Ini ekoran ada beberapa tahap yang mungkin agak mustahil untuk dilakukan tanpa peralatan dan kepakaran seperti proses untuk mengekstrak bintik-bintik pada kulit wajah.

Ya, memang benar bahawa anda sendiri mungkin boleh untuk mencungkil atau menarik keluar bintik hitam dan bintik putih dari pori kulit namun caranya itu tidak tepat.

Anda mungkin hanya akan mencederakan kulit wajah anda tanpa sedar sekali gus meningkatkan risiko kecederaan dan kerosakan yang hanya akan buat keadaan lebih teruk.

Jadi, sebelum lakukan terapi wajah di rumah, sebaiknya dapatkan dahulu pandangan daripada pakar, ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What Can Your Facial Do for You?, https://www.sclhealth.org/blog/2019/09/what-can-your-facial-do-for-you/, Accessed Dec 22 2021.
  2. 3 surprising health benefits of facials, https://www.reidhealth.org/blog/3-surprising-health-benefits-of-facials, Accessed Dec 22 2021.
  3. Medical Facial Treatment. What Does This Mean?, https://healthy-skin.me/medical-facial-treatment/, Accessed Dec 22 2021.
  4. Acne, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12233-acne, Accessed Dec 22 2021.
  5. 6 Reasons You Should Get A Facial Today, https://guardian.ng/life/6-reasons-you-should-get-a-facial-today/, Accessed Dec 22 2021.

Versi Terbaru

20/01/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kami Bongkar 6 Rahsia Mudah Untuk Dapat Kulit Muka Persis Artis KOREA!

Selalu Tersalah Pilih Masker Wajah? Ini Cara TEPAT Nak Pakai Masker Ikut Jenis Kulit Muka


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan