Kulit yang licin dan flawless menjadi idaman semua orang, baik wanita mahupun lelaki. Namun, masalah kulit milia terutamanya di bawah mata boleh menjejaskan penampilan seseorang. Tapi apa itu milia dan adakah cara hilangkan milia seed ini?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Kulit yang licin dan flawless menjadi idaman semua orang, baik wanita mahupun lelaki. Namun, masalah kulit milia terutamanya di bawah mata boleh menjejaskan penampilan seseorang. Tapi apa itu milia dan adakah cara hilangkan milia seed ini?
Milia, juga dikenali sebagai milium adalah benjolan kecil yang terdiri daripada keratin yang terperangkap di bawah kulit.
Masalah kulit ini turut boleh muncul di mana-mana anggota badan tetapi ia lebih cenderung untuk berkembang di sekitar atau di bawah mata.
Tambahan itu, ia bukan sahaja berlaku terhadap orang dewasa, bayi yang baru lahir juga boleh mengalaminya.
Dalam artikel ini, ketahui lebih lanjut mengenai milia di bawah mata, termasuk penyebabnya dan rawatan yang boleh dilakukan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Milia adalah bintik-bintik kecil, atau sista, yang muncul di bawah kulit. Sebilangan orang mungkin memanggilnya sebagai milk spot or oil seed.
Dari segi warna, biasanya ia berwarna putih, kekuningan, atau sama dengan kulit seseorang.
Tapi jangan salah faham ya, milia bukan jerawat, walaupun ramai yang menganggapnya sebagai jerawat.
Ia boleh muncul di kawasan lain pada badan, tetapi pada orang dewasa, ia cenderung untuk terjadi di sekitar mata, pipi, dahi, dan alat kelamin.
Milia sebenarnya adalah koleksi kecil keratin yang terperangkap. Keratin inilah yang memberi kekuatan pada sel kulit, kuku, dan rambut.
Oleh sebab sel-sel kulit ini mati, ia akan tersumbat dan terperangkap di dalam liang pori, membentuk sista, atau milium.
Baca juga:
Penyebab utama masalah kulit milia di bawah mata mungkin berbeza-beza bagi setiap orang.
Pada sesetengah individu, ia boleh disebabkan oleh trauma atau pernah menjalani prosedur kosmetik.
Namun, tidak ada alasan yang jelas mengapa sebilangan orang mendapatnya sementara yang lain tidak.
Selain itu, ia sangat kerap berlaku pada kanak-kanak, dan mempengaruhi sebanyak 40% sehingga 50% bayi yang baru lahir.
Di samping itu, pakar juga menyatakan bahawa ia sering terjadi pada golongan wanita yang lebih tua.
Dalam kes yang jarang berlaku, seseorang individu boleh memilikinya setelah menggunakan ubat topikal, seperti kortikosteroid.
Berita baik untuk anda, masalah kulit ini boleh dirawat secara perubatan mahupun di rumah!
Secara umumnya, tidak ada rawatan yang diperlukan untuk mengatasi milia kerana ia boleh hilang secara sendiri.
Tetapi jika milia di bawah mata mengganggu anda, berikut adalah beberapa jenis rawatan yang boleh dilakukan hanya di rumah! Antaranya:
Produk-produk muka yang boleh membantu sebagai cara hilangkan milia seed:
Asid alpha hidroksi topikal, seperti asid glikolat dan asid laktik, boleh digunakan untuk mendapat kulit yang sihat.
Bahan-bahan ini sering terkandung di dalam:
Rawatan asid salisilik secara perlahan-lahan akan menyingkirkan sel-sel kulit mati.
Bahan-bahan retinoid over-the-counter, seperti adapalene dan retinol juga dapat membersihkan liang-liang pori.
Pakar dermatologi mungkin dapat menghilangkan milia dari bawah mata anda dengan menggunakan salah satu prosedur berikut:
Sekiranya milia sering terbentuk di bawah mata, anda boleh pertimbangkan untuk mengubah rutin penjagaan kulit.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan:
Pengelupasan secara lembut di bawah mata akan mendorong sel-sel kulit baru dan menyingkirkan keratin yang tersumbat.
Tetapi pastikan anda melakukannya secara bersederhana kerana pengelupasan yang melampau boleh merengsakan kulit.
Selain itu, pencuci muka bebas minyak juga merupakan pilihan yang terbaik.
Pertimbangkan untuk membeli serum malam yang mengandungi vitamin E atau vitamin A topikal (retinal).
Seiring dengan pertambahan usia, tubuh secara semula jadi kehilangan sebahagian kemampuannya untuk menyingkirkan kulit kering.
Justeru, serum dapat mengunci kelembapan dan meningkatkan pertumbuhan sel semasa anda tidur.
Untuk merawat masalah kulit ini, pastikan anda mendapat vitamin yang mencukupi. Antara makanan tambahan yang boleh diamalkan ialah:
Pun begitu, adalah penting untuk anda dapatkan pandangan dan khidmat nasihat doktor sebelum mencuba sebarang suplemen.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen