backup og meta

Picit Jerawat Punca Ia Jadi Makin Teruk, Ini Langkah Untuk Memulihkannya!

Picit Jerawat Punca Ia Jadi Makin Teruk, Ini Langkah Untuk Memulihkannya!

Jerawat adalah masalah kulit yang dialami kebanyakan orang terutamanya sewaktu sedang membesar. Masalah kulit boleh menjadi sangat serius sehingga menjejaskan penampilan seseorang. Oleh itu, amat penting untuk anda tahu cara rawat jerawat dengan betul.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Apakah itu masalah jerawat teruk?

Masalah jerawat yang teruk mempunyai nama lain iaitu jerawat sistik. Ia adalah bentuk jerawat yang paling serius yang melibatkan lubang besar dan kemerahan.

Malah ia juga boleh memberi kesakitan di bahagian wajah, dada, belakang badan dan tangan. 

Berbeza dengan jerawat lain yang lebih ringan, jerawat sistik terbentuk apabila minyak dan sel-sel kulit mati terkumpul dalam folikel rambut atau liang roma.

Lelaki biasanya mengalami jerawat yang teruk ini sewaktu akil baligh tetapi dalam beberapa kes, ia boleh berlaku sewaktu dewasa apabila terdapat ketidakseimbangan hormon.

Sementara itu, wanita pula mengalami jerawat sistik ketika datang haid.

Bagaimana cara rawat jerawat yang teruk?

cara rawat jerawat

Terdapat banyak cara rawat jerawat sistik yang terdiri daripada rawatan sampingan di rumah. Tentu saja, kaedah semula jadi selalu menjadi pilihan terbaik.

Berikut adalah beberapa kaedah yang paling berkesan untuk menyingkirkan jerawat sistik secara semula jadi:

#1. Jangan picit 

Dalam sebarang keadaan, jangan memicit atau menekan jerawat jenis sistik. Tindakan ini boleh menyebabkannya merebak di bawah kulit.

Apabila anda memicit jerawat, ia boleh menyebabkannya dijangkiti dan memanjangkan proses penyembuhan daripada hari ke minggu.

Selain itu, anda mungkin mendapat parut selepas jerawat reda. Parut tersebut boleh bertahan lama bergantung kepada tahap kecederaan.

Baca juga:

#2. Guna ais

Ais boleh membuat saluran darah ke jerawat mengecut. Ini dapat mengurangkan saiz, gatal dan kemerahan jerawat dengan segera.

Cara nak hilangkan jerawat tanpa menggunakan produk ini boleh dilakukan dengan menyapu ais batu terus ke atas jerawat dan lihat hasilnya.

#3. Rancang rutin penjagaan kulit

Bersihkan kulit dengan teliti sebelum menggunakan pelembap. Selain itu, pilih pelembap berasaskan air dan jauhkan diri dari pelembap jenis minyak atau wangian.

Lakukan pengelupasan (exfoliate) kulit anda sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan produk yang berkesan dan tidak kasar.

Ini akan memberi perubahan kulit untuk menghasilkan sel-sel baru dan menggantikan sel mati.

Sapukan pelindung matahari bagi mengelak parut. Sekiranya parut telah muncul, vitamin C semula jadi boleh membantu.

cara rawat jerawat

#4. Bersihkan sebarang bahan yang menyentuh kulit 

Bantal, selimut dan tuala berhubung dengan kulit anda setiap hari. Oleh itu, jika objek tersebut tidak bersih, ia boleh menyebabkan kerengsaan dan sensitiviti.

Untuk elak jerawat, tukar sarung bantal dan selimut dengan lebih kerap.

Rawatan perubatan

Rawatan tersebut perlu dilaksanakan oleh pakar atau profesional.

Cara rawat jerawat #1. Isotretinoin

Isotretinoin adalah salah satu ubat yang paling kuat digunakan untuk merawat jerawat teruk. Ubat ini boleh mengawal sista dalam jangka panjang.

Ia memerlukan masa 15 hingga 20 minggu. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kesan sampingan seperti kecacatan kelahiran jika hamil, kemurungan atau psikosis.

cara rawat jerawat

#2. Steroid anti-radang

Doktor akan menawarkan suntikan steroid anti-radang. Dengan kaedah ini, sista mungkin mengecut beberapa hari selepas suntikan (2-5 hari)

#3. Terapi fotodinamik

Doktor menggunakan rawatan ringan untuk memusnahkan bakteria yang menyebabkan jerawat.

Dengan penjagaan betul, jerawat teruk boleh ditangani. Selain penjagaan kulit, pelan pemakanan dan senaman juga menyumbang kepada hasil luar biasa.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. PIMPLE POPPING: WHY ONLY A DERMATOLOGIST SHOULD DO IT, https://www.aad.org/public/diseases/acne/skin-care/popping, Accessed Dec 4 2021.
  2. Acne mistakes, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/expert-answers/acne-mistakes/faq-20461962, Accessed Dec 4 2021.
  3. Acne, https://www.nationwidechildrens.org/conditions/acne, Accessed Dec 4 2021.
  4. Should I Pop My Pimple?, https://kidshealth.org/en/teens/popzit.html, Accessed Dec 4 2021.
  5. Acne Treatments. https://www.acne.org/acne-treatments. Accessed on Aug 2023

Versi Terbaru

21/08/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kecilkan Liang Pori Wajah Anda Dengan 10 Langkah Ini, Baru Kulit Lebih Berseri!

Jimat Wang, Ini 4 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semula Jadi!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 21/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan