
Kenapa Jerawat Muncul Pada Satu Badan? Untuk Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!
Masalah jerawat pada badan dan muka boleh menyebabkan tekanan emosi serta parut kekal jika tidak dirawat. Sekiranya anda struggle dalam usaha merawat masalah ini, mungkin anda harus tahu terlebih dahulu punca jerawat di badan dan juga muka.

Bagi pembaca di luar sana yang mengalami kesulitan dalam mencari penyelesaian terbaik bagi masalah jerawat di badan, teruskan membaca artikel ini ya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Apakah itu jerawat?
Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan merah berlaku pada permukaan kulit.
Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak atau sel kulit mati dan boleh dikategorikan sebagai biasa kepada masalah yang teruk.
Jenis-jenis jerawat
- Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih
- Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah
Antara jerawat badan yang sering kali melanda setiap individu adalah hidradenitis suppurativa (HS).
Menurut Dr Darshni Chandrasakaranpillay, Consultant Dermatologist di Columbia Asia Hospital Seremban, keadaan ini adalah keadaan kulit kronik disebabkan oleh nodul, bengkak bernanah dan parut yang menyakitkan, biasanya berlaku di kawasan di mana kulit bergesel dan menimbulkan geseran.
Antara kawasan yang sering kali menyebabkan jerawat badan berlaku ialah ketiak, pangkal paha, punggung dan payudara.
Walaupun sering diabaikan, penyelidikan global baru-baru ini menunjukkan bahawa HS menjejaskan sekitar 1 dalam 100 orang di seluruh dunia, menjadikannya lebih biasa daripada yang disedari ramai.
Punca sebenar HS tidak difahami sepenuhnya, tetapi beberapa faktor dan sifat boleh membuat seseorang lebih terdedah untuk mengalami keadaan tersebut.
7 Punca jerawat di badan
Apa penyebab banyak jerawat di badan? Berikut antara punca-puncanya:
1. Genetik
Kira-kira satu pertiga daripada orang yang mempunyai HS mempunyai hubungan kekeluargan dengan individu yang mempunyai keadaan ini.
2. Faktor hormon
HS selalunya bermula selepas akil baligh. Sesetengah wanita juga terjadinya flare-up jika sedang haid.
3. Obesiti
Berat badan berlebihan dikaitkan dengan HS disebabkan peningkatan geseran dan berpeluh pada lipatan kulit, serta keradangan sistemik.
4. Merokok
Penggunaan tembakau berkait rapat dengan HS kerana kesannya terhadap sistem imun dan keradangan kulit.
5. Umur dan jantina
HS biasanya bermula pada awal dewasa dan lebih biasa pada wanita berbanding lelaki.
6. Etnik
Sesetengah kajian mengatakan bahawa HS mungkin lebih biasa dalam kumpulan etnik tertentu, walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan penemuan ini.
7. Disregulasi sistem imun
HS dianggap sebagai keadaan autoradang dan disregulasi sistem imun boleh menyumbang kepada perkembangannya.
Mempunyai satu atau lebih daripada faktor risiko ini tidak semestinya bermakna seseorang akan mengalami HS, dan orang tanpa faktor risiko ini masih boleh mengalami keadaan tersebut.
Apa yang berlaku jika jerawat batu di badan tidak dirawat?

Jerawat badan yang tidak dirawat boleh menyebabkan parut kekal dan kulit menebal.
Saluran sinus yang menyakitkan mungkin terbentuk di bawah kulit, kadangkala menyambungkan berbilang lesi dan meningkatkan risiko jangkitan, yang mungkin memerlukan antibiotik atau pembedahan.
Anda juga akan alami keradangan dan parut yang berterusan, sehingga boleh mengehadkan pergerakan dan menjejaskan kesejahteraan emosi dengan ketara.
Dalam kes yang jarang berlaku, HS telah dikaitkan dengan komplikasi serius seperti fistula dan peningkatan risiko karsinoma sel skuamosa di kawasan yang terjejas.
Bagaimana cara mengatasi jerawat badan?
Jerawat yang anda alami di bahagian ketiak, pangkal paha, punggung dan payudara boleh dirawat dengan cara berikut:
1. Rawatan topikal
Krim antibiotik boleh membantu mengurangkan keradangan ringan dan pertumbuhan bakteria di kawasan yang berlaku.
2. Antibiotik oral
Penggunaan jangka panjang boleh membantu meredakan keradangan dan mencegah jangkitan.
3. Rawatan hormon, cara hilangkan jerawat badan
Wanita boleh mengambil kontraseptif oral atau anti-androgen (contoh:spironolactone) yang boleh membantu mengawal pengaruh hormon.
4. Agen perencat biologi
Sesetengah daripada agen perencat biologi ini diluluskan untuk HS sederhana hingga teruk dan boleh berkesan dalam mengurangkan simptom dan mencegah flare-up.
5. Imunosupresan
Ini boleh digunakan dalam kes yang teruk untuk mengurangkan aktiviti sistem imun.
6. Kortikosteroid oral atau suntikan
Kursus pendek ubat-ubatan ini boleh mengurangkan keradangan semasa flare-up.
7. Incision & drainage (I&D)
Pembedahan kecil bagi mengeluarkan nanah ini hanya memberikan kelegaan sementara untuk bengkak bernanah yang dialami tetapi bukan penyelesaian jangka panjang.
8. Rawatan laser
Penyingkiran bulu menggunakan laser atau rawatan lain antara cara hilangkan jerawat badan yang terbaik kerana ia boleh mengurangkan pertumbuhan rambut di kawasan tersebut.
9. Pembedahan
Dalam kes yang teruk, membuang kawasan kulit yang terjejas mungkin diperlukan. Pembuangan yang luas boleh berkesan dalam mencegah berulang di kawasan yang dirawat.
10. Deroofing
Prosedur ini melibatkan pengangkatan lapisan atas kulit di atas terowong dan bengkak nanah untuk menggalakkan penyembuhan di kawasan tersebut.
Keberkesanan rawatan ini berbeza-beza, dan selalunya pelbagai pendekatan dieperlukan untuk hasil yang lebih baik.
Pengurusan jangka panjang dapat mengurangkan risiko kesakitan yang berulang, flare-up, meminimumkan parut dan mengekalkan kualiti hidup.
Oleh itu, jangan lupa untuk dapat rawatan susulan dengan pakar dermatologi untuk memantau keadaan dan mendapat rawatan yang sesuai.