backup og meta

10 Cara Moden & Tradisional Hilangkan Gatal Kulit, Bantu Rawat Flare Up Ekzema!

10 Cara Moden & Tradisional Hilangkan Gatal Kulit, Bantu Rawat Flare Up Ekzema!

Merupakan salah satu kondisi kulit yang paling lazim, ekzema sangat mengganggu terutama ketika ia sedang melarat (flare up). Jadi, apakah contoh ubat eczema paling berkesan dan pantang larang ekzema yang anda boleh cuba?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Ia penyakit kulit yang paling lazim?

Apa sebenarnya maksud kondisi ekzema?

Untuk pengetahuan anda semua, ekzema atau dermatitis atopik adalah sejenis kondisi kulit yang meradang. Ia nanti boleh membawa kepada tompokan kulit kering, kasar dan seakan bersisik.

Kebiasaannya, kondisi ini terjadi kepada golongan bayi dan kanak-kanak berusia bawah 2 tahun, tetapi juga berisiko kepada individu yang lebih tua akibat beberapa faktor serta risiko tertentu.

Meskipun punca utama ekzema belum dapat dipastikan, namun ia dikatakan berkait rapat dengan reaksi alergi. Ia juga sama ada melalui alergen akibat daripada sentuhan atau makanan individu tersebut.

Bagi tujuan mencegah atau merawat kondisi kulit ini, anda perlu tahu dan ambil ubat eczema paling berkesan!

ekzema
Punca utama ekzema berlaku.

Beberapa krim eczema di farmasi

Perkara paling utama yang anda perlu lakukan apabila mengesyaki diri menghidap ekzema adalah segera berjumpa dengan doktor kulit bagi mengenal pasti jenis ubat eczema paling berkesan secara klinikal.

Kebiasaannya, doktor mungkin akan membekalkan beberapa preskripsi ubat eczema paling berkesan berikut:

  • Steroid oral – Merupakan ubat oral, Prednisolone dan lain-lain ubat yang sama kategori berfungsi mengawal kerengsaan serta keradangan kulit akibat ekzema ketika ia di tahap teruk
  • Steroid topikal – Merupakan krim topikal, ia bekerja dengan cara mengurangkan kegatalan dan kemerahan kulit gara-gara ekzema. Ia juga akan memperbaiki semula kulit yang rosak
  • Antihistamin – Ubat seperti Cetirizine, Diphenhydramine, Fexofenadine dan Loratadine boleh menghalang reaksi alergi yang dipicu oleh hormon histamin agar kesan alahan tidak timbul pada kulit
  • Emolien – Mungkin selalu dianggap sebagai produk kecantikan, krim pelembap ini sebenarnya akan membantu merawat ekzema. Caranya, ia akan mengurangkan kekeringan dan kesakitan kulit
  • Pembalut basah – Sesuai untuk gejala ekzema yang kecil, ia digunakan untuk membalut kawasan kulit terjejas dengan pembalut yang telah dibasahkan, mengandungi cecair kortikosteroid dan air bersih
  • Terapi cahaya atau fototerapi – Penggunaan cahaya ultraviolet (UV) bagi menyembuhkan ekzema di tahap sederhana dan teruk. Ia dipertimbangkan apabila ubatan oral dan topikal tidak atau kurang membuahkan hasil
ubat eczema paling berkesan
Krim sapu untuk kulit yang bermasalah.

Beberapa ubat eczema tradisional

Adalah tidak salah untuk anda mencuba alternatif kepada ubat eczema paling berkesan iaitu cara tradisional di mana lebih banyak menggunakan ramuan atau bahan-bahan dari dapur anda sahaja.

Sekiranya anda ingin mencuba ubat eczema paling berkesan cara tradisional, ini adalah antara bahan yang boleh membantu:

  • Gel lidah buaya – Sangat popular digunakan untuk masalah kulit lain, ia bukan sahaja bagus untuk mempercepatkan penyembuhan luka malah membantu merawat kerengsaan dan keradangan kulit
  • Minyak kelapa – Terkenal gara-gara kandungan asid lemak sihat, ia boleh menambahkan kelembapan pada kulit sekali gus bagus untuk individu dengan masalah kekeringan kulit
  • Cuka epal – Kajian National Eczema Association (NEA) melaporkan bahawa ia boleh membantu melawan ekzema dengan cara menyeimbangkan tahap keasidan kulit dan menghapuskan mikrob
  • Madu asli – Merupakan agen antimikrob dan antiradang semula jadi, ia juga mampu meningkatkan lagi sistem imunisasi yang akan dapat membantu melawan infeksi secara semula jadi
ubat eczema paling berkesan
Gel lidah buaya untuk membantu merawat ekzema.

Antara pantang larang ekzema yang popular!

Selain mengetahui apa ubat eczema paling berkesan, anda juga perlu memahami jika terdapat sebarang pantang larang yang harus diamalkan ketika berlaku lagi episod serangan flare-up!

Berikut adalah antara perkara yang anda perlu hindari dalam usaha mencegah atau merawat masalah ekzema:

  • Makanan – Makanan punca alergi termasuk kekacang, gluten, telur, gandum dan lain-lain
  • Minuman – Minuman punca alergi seperti tenusu dan yang tinggi dengan kandungan gula
  • Sentuhan pada kulit – Ketika flare-up, elakkan daripada menyentuh apatah lagi menggaru kawasan kulit yang terkesan. Ini hanya akan membuat keadaan sedia ada menjadi lebih teruk
  • Pendedahan kepada matahari – Buat anda yang ada masalah ekzema, elakkan juga daripada terdedah kepada cahaya matahari terlalu kerap dan lama. Ia berisiko mencetuskan flare-up

Konklusinya, anda perlu mendapatkan maklumat dan nasihat doktor bagi menentukan apa jenis ubat eczema paling berkesan buat kondisi anda masing-masing. Jangan terlalu berani mencuba tanpa membaca terlebih dahulu ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eczema, https://acaai.org/allergies/allergic-conditions/skin-allergy/eczema/, Accessed Oct 11 2023.
  2. Medication for Eczema & Dermatitis, https://nyulangone.org/conditions/eczema-dermatitis/treatments/medication-for-eczema-dermatitis, Accessed Oct 11 2023.
  3. Treatments for eczema, https://eczema.org/information-and-advice/treatments-for-eczema/, Accessed Oct 11 2023.
  4. Available Eczema Treatments, https://nationaleczema.org/eczema/treatment/, Accessed Oct 11 2023.
  5. Home Remedies for Eczema, https://health.clevelandclinic.org/home-remedies-for-eczema/, Accessed Oct 11 2023.

Versi Terbaru

13/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Banyak Jeragat Di Muka? Ayuh Cuba 5 Cara Tradisional Untuk Hilangkannya, Selamat!

Kulit Sebelah Cerah, Sebelah Gelap? Cuba 7 Petua Cepat Hilangkan 'Sunburn'!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan