Masih menjadi teka-teki, berapa lama HIV boleh dikesan? Untuk mengetahui mengenai kebenarannya, pasangan suami isteri mungkin perlu membuat ujian penyakit HIV dengan lebih kerap!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Mereka yang berisiko alami HIV & STD lain
Berikut adalah panduan yang boleh anda rujuk, mengikut jenis hubungan seksual yang dimiliki.
#1 Seks antara jantina lelaki & wanita sahaja
Majoriti doktor tidak menguji lelaki heteroseksual untuk ujian penyakit STD selain HIV, kecuali mereka mempunyai gejala.
Mengapa? Sebahagian daripada sebabnya adalah kerana wanita memperolehi masalah kesihatan yang lebih teruk akibat HPV dan klamidia.
Selain itu, sekarang, ujian STD mula melibatkan swabbing yang menyakitkan. Tetapi, klamidia boleh menjejaskan kesuburan lelaki.
Disebabkan kini telah wujud ujian air kencing yang tidak menyakitkan untuk kedua-dua jenis STD klamidia dan gonorea, tiada salahnya untuk kalian disaring ketika lawatan ke doktor.
Bergantung juga pada tahap aktiviti seksual anda, kadar jangkitan dalam kalangan komuniti, dan tahap keprihatinan, anda mungkin juga ingin diuji untuk sifilis.
#2 Mereka yang aktif secara seksual
Centers for Disease Control and Prevention (CDC) mengesyorkan ujian HIV untuk kesemua orang dewasa dan wanita hamil yang aktif secara seksual.
Ujian air kencing kini tersedia untuk klamidia dan gonorea, menjadikan pemeriksaan yang lebih mudah berbanding sebelumnya.
Sesetengah doktor juga mengesyorkan ujian berkala untuk kedua-dua jangkitan ini, jika anda tergolong dalam salah satu daripada beberapa kumpulan berisiko tinggi.
Pun begitu, ujian ini tidaklah terhad dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
#3 Mereka yang berusia 24 tahun ke bawah
Menurut laporan pengawasan CDC tahun 2006, orang muda yang berusia lingkungan 15 hingga 24 tahun mewakili hanya 25% daripada populasi yang aktif secara seksual.
Tetapi jangan terkejut, mereka juga mewakili hampir 50% kes STD baharu pada tahun itu!
Golongan muda harus menjalani ujian penyakit HIV, sifilis, klamidia, dan gonorea setahun sekali, menurut Dr H. Hunter Handsfield, Profesor Perubatan Klinikal di University of Washington dan Pakar STD yang diiktiraf.
Namun beliau menambah, bergantung pada tingkah laku seksual seseorang, ujian mungkin perlu dibuat sekerap sekali setiap beberapa bulan, atau sejarang 2 tahun sekali untuk kes hubungan monogami.
Klamidia pula adalah ujian yang cukup penting bagi wanita muda (walaupun anda mungkin harus memintanya), memandangkan STD ini sering menyerang dan sangat membinasakan!
Ia adalah satu-satunya penyakit kelamin yang berkemungkinan besar tidak menimbulkan gejala kepada penghidapnya, lantas memicu banyak kemudaratan, tambah Dr. Handsfield.
#4 Terlibat dengan akitviti seks songsang (lelaki dengan lelaki)
Menjalani ujian penyakit HIV dan sifilis adalah sangat mustahak dalam kumpulan ini kerana terdapat kadar jangkitan yang tinggi bagi kedua-dua pihak.
Bergantung pada bilangan pasangan seksual yang dimiliki, anda mungkin perlu mempertimbangkan penyaringan lebih daripada sekali dalam setahun, menurut Dr. Handsfield.
Klamidia dan gonorea juga kerap menyerang, dan anda boleh meminta ujian air kencing baharu berbanding terpaksa menghadapi swabbing uretra yang mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan.
#5 Golongan wanita (daripada mana-mana orientasi seksual)
Selain perlu melakukan ujian HIV, semua wanita harus mendapatkan Pap smear tahunan untuk mengesan sebarang risiko kelainan (potensi prakanser), pada sel-sel serviks yang mungkin dipicu oleh HPV.
Wanita berumur bawah 26 tahun juga harus mendapatkan vaksinasi HPV, tambah Dr. Handsfield.
Dr. Jeanne Marrazzo, Pakar STD di Sekolah Perubatan University of Washington, turut menasihati agar wanita muda menjalani ujian klamidia tahunan.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai beberapa pasangan seks berbeza, kalian mungkin perlu disaring dengan lebih kerap!
Oleh sebab kini klamidia dapat dikesan melalui ujian air kencing, pemeriksaan pelvis yang penuh mungkin tidak lagi diperlukan.
Anda juga boleh meminta untuk menjalani ujian gonorea pada masa yang sama, terutamanya jika bimbang dengan risiko pendedahan.
Berapa lama ujian penyakit HIV dan STD berlangsung?
Tempoh masa yang diperlukan untuk ujian penyakit HIV dan STD lain bergantung pada jenis pemeriksaan yang anda lakukan.
Namun, kebanyakan ujian penyakit kelamin memerlukan tempoh masa beberapa minit untuk mengumpulkan air kencing, air liur, atau sampel darah.
Beberapa jenis keputusan STD akan dapat dikembalikan kepada anda secepat 20 minit setelah diuji.
Manakala, yang lain mungkin memerlukan waktu hingga seminggu untuk memperoleh hasil.
[embed-health-tool-ovulation]