Meskipun negara kita sudah beralih dari fasa pandemik ke endemik COVID-19, namun ia tidak bermakna anda sudah bebas daripadanya! Ada banyak lagi perkara individu perlu berwaspada seperti seks ketika positif COVID – boleh atau tidak aktiviti ini terus dilakukan?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Bagaimana hubungan intim semasa COVID?
Angkara penularan pelbagai variasi serta mutasi virus korona baharu yang bermula pada hujung tahun 2019, banyak negara terpaksa menjalankan lockdown atau perintah berkurung.
Malaysia juga tidak terkecuali dan telah menjalankan banyak siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi mengelakkan virus ini daripada merebak dan meragut lebih banyak nyawa.
Menariknya, kajian mendapati bahawa angka ibu yang hamil gara-gara lebih banyak duduk di rumah juga meningkat mendadak. Ini menunjukkan pasangan masih giat melakukan hubungan intim semasa COVID dan ia telah mendatangkan kebimbangan!
Memandangkan virus ini mudah tersebar melalui kontak rapat antara individu, ramai pakar mula khuatir jika seks ketika positif COVID itu akan memanjangkan lagi rantaian jangkitan.
Adakah perkara ini benar? Jika ya pula, individu perlu meninggalkan aktiviti intim ini andai sah positif?
Boleh terus buat seks ketika positif COVID?
Pertama, anda perlu tahu sama ada seks boleh menyebarkan virus korona baharu antara individu atau tidak.
Jawapannya, ya! Ini kerana hubungan intim dengan pasangan juga melibatkan kontak rapat seperti sentuhan, pelukan serta ciuman yang boleh memindahkannya!
Menurut Pakar Penyakit Berjangkit, Dr Neha Mishra, seks yang paling selamat itu adalah ketika selepas anda atau pasangan sudah pulih serta bebas sepenuhnya daripada jangkitan virus ini.
Baca juga artikel berkaitan:
- TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks
- Suami KANTOI Curang Apabila Bawa Balik Virus COVID-19 Pada Isteri, Adoi!
- Gara-Gara PKP, Suami Isteri Lebih Giat Bersetubuh! Tapi Ia Boleh Sebar COVID-19?
Serta, ada beberapa perkara lain yang anda perlu tahu jika ingin buat seks ketika positif COVID:
Jika anda dan pasangan positif
Sebenarnya, mungkin tiada masalah untuk anda dan pasangan melakukan hubungan seks ketika positif COVID memandangkan sudah ada virus ini di dalam tubuh badan masing-masing.
Di hospital atau pusat kuarantin itu sendiri, individu yang telah dijangkiti virus ini dikumpulkan di satu tempat yang sama namun tidak pula memberi kesan buruk di antara satu sama lain.
Jadi, anda dan pasangan yang ingin bersenggama namun risau kerana positif COVID, tidak perlu lagi khuatir tentangnya. Cuma, pastikan anda telah dapatkan nasihat daripada doktor.
Jika hanya salah seorang positif
Sekiranya hanya salah seorang positif, sudah tentu individu perlu dikuarantinkan di satu tempat berbeza dengan pasangan demi mengelakkan daripada mereka mendapat jangkitan virus ini.
Ini bermakna mereka tidak boleh berada atau berinteraksi dengan orang lain yang tidak dijangkiti termasuk pasangan sendiri sehingga mula pulih atau sudah bebas daripada jangkitan.
Dalam erti kata mudah, anda tidak boleh bersenggama bersama pasangan yang positif COVID kerana ia dengan mudah boleh menyebarkan sekali gus memanjangkan rantaian jangkitan.
Jika anda tidak tahu status diri
Seperti mana yang kita sudah tahu, COVID boleh hadir tanpa sebarang gejala atau simptom. Anda masih boleh dijangkiti virus ini namun tidak sedar sekali gus membahayakan individu lain.
Dalam pada itu, virus ini juga punya tempoh inkubasi tersendiri dan boleh ada dalam tubuh badan tanpa dikesan. Ia pula mungkin hanya menunjukkan petanda ketika sudah terlambat.
Jika anda dan pasangan tidak tahu status diri terutama jika baru sahaja mengunjungi tempat atau zon merah COVID, elakkan diri daripada berhubungan badan dan jalani tempoh kuarantin yang telah ditetapkan sebagai langkah berwaspada sejak dari awal lagi!
Amalkan seks selamat selepas tempoh kuarantin!
Tempoh kuarantin jika positif COVID mungkin berbeza bergantung kepada lokasi atau syarat yang tertentu. Jadi, pastikan perkara ini terlebih dahulu dengan pakar atau doktor anda.
“Tempoh kuarantin yang sepatutnya adalah lebih kurang 3 minggu namun mungkin berubah menjadi lebih atau kurang bergantung kepada kondisi dan syarat tertentu,” jelas Pengamal Perubatan, Dr Subrata Das.
Di negara kita, anda yang positif virus ini perlu menjalani tempoh kuarantin sekurang-kurangnya seminggu bergantung kepada klasifikasi yang berbeza dalam aplikasi MySejahtera.
Sepanjang tempoh kuarantin tersebut, elakkan diri daripada melakukan seks ketika positif COVID atau interaksi serta kontak rapat untuk mengurangkan risiko pasangan dijangkiti.
Sebaiknya, sila tunggu sehingga tamat tempoh kuarantin tersebut sebelum memutuskan untuk meneruskan aktiviti seksual. Jika sudah pulih atau bebas sekalipun, melakukan hubungan seks sihat dan selamat bersama pasangan itu masih sangat penting!
[embed-health-tool-ovulation]