Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Seluruh dunia kini sedang dilanda pandemik wabak COVID-19 yang akan terus mengganas jika kita gagal mengawalnya dengan baik.
Negara kita juga tidak terkecuali. Berikut adalah statistik kes terkini di Malaysia:
Ketika virus korona baharu ini sedang berleluasa, macam-macam cerita yang kita dengar.
Terbaharu, ada satu kes seorang lelaki yang kantoi main kayu tiga dengan isterinya sehingga terkena COVID-19!
Adakah cerita ini benar atau sekadar rekaan?
Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi.
Main kayu tiga belakang isteri
Seorang lelaki yang sudah berkahwin didapati positif COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin selama beberapa hari selepas membuat kunjungan ke Itali bersama perempuan simpanannya.
Lelaki warganegara UK yang berusia lingkungan 30-an itu membuat pengakuan bahawa dia berlaku curang di belakang isterinya kepada penyelia kesihatan awam di utara negara itu.