backup og meta

Kenapa Miss V Keluar Lendir Bercampur Darah Selepas Bersama? Ini 5 Puncanya!

Kenapa Miss V Keluar Lendir Bercampur Darah Selepas Bersama? Ini 5 Puncanya!

Sepatutnya, individu dan pasangan akan rasa puas lagi gembira selepas selesai melakukan hubungan intim namun situasi begini buat timbul rasa takut pula. Persoalannya, kenapa keluar lendir bercampur darah setelah berhubungan? Teruskan baca artikel ini untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Adakah ia situasi yang normal serta biasa berlaku?

Kenapa keluar darah selepas bersama?

Untuk pengetahuan anda semua, situasi ini mungkin tidak boleh dikategorikan normal dan biasa berlaku. Ia adalah sejenis kondisi yang dinamakan pendarahan pasca intim (post coital bleeding).

Ia boleh terjadi seusai tamat sahaja hubungan atau sehingga 24 jam selepas itu. Jika masih ada lendir bercampur darah yang keluar selepas tempoh ini, ia mungkin tanda masalah lain.

Kebiasaannya, lendir bercampur darah itu berwarna merah muda atau merah terang. Ia pula boleh jadi agak banyak sehingga boleh mengalir dari alat sulit ke sekitar kawasan tubuh badan lain.

Persoalannya, kenapa keluar lendir bercampur darah setelah berhubungan? Kami akan cuba huraikan!

kenapa keluar lendir bercampur darah
Jangan menggelabah jika keluar darah dari faraj.

Usai berhubungan, kenapa keluar lendir bercampur darah?

Keluar lendir darah tapi bukan haid?

Mungkin akan ada yang sangka bahawa ia adalah angkara darah pecah dara atau haid yang keluar secara mengejut akibat tersalah kira hari menstruasi. Ya, ia mungkin boleh jadi antara salah satu puncanya.

Pun begitu, kes seperti di atas mungkin agak jarang berlaku kerana wanita yang biasanya mempunyai kitaran haid normal akan peka dengannya. Jadi, ini bermakna wujud banyak lagi sebab lain.

Berikut merupakan antara punca kenapa keluar lendir bercampur darah setelah berhubungan:

#1. Berlaku infeksi pada alat sulit punca kenapa keluar darah selepas bersama

Pertama, situasi ini boleh terjadi disebabkan jangkitan pada alat sulit wanita. Infeksi ini turut akan jadi punca pendarahan usai pasangan melakukan hubungan intim yang diakibatkan oleh kondisi tertentu.

  • Servisitis – Jangkitan punca radang pada rahim
  • Vaginitis – Jangkiran punca radang pada faraj
  • Vaginal thrushInfeksi akibat kulat

Dalam pada itu, wujud pelbagai jenis penyakit jangkitan kelamin (STD/STI) yang boleh jadi punca masalah sama seperti gonorea, klamidia, herpes, sifilis, trikomoniasis bahkan paling teruk, HIV.

#2. Gejala sindrom wanita menopaus (GSM)

kenapa keluar lendir bercampur darah
Antara tanda-tanda menopaus.

Kondisi yang juga dikenali dengan nama genitourinary syndrome of menopause ini sering terjadi kepada wanita yang sudah mengalami menopaus akibat penurunan kadar hormon estrogen.

Akibat penurunan hormon yang penting untuk sistem reproduktif ini, faraj cenderung untuk lebih mudah kering dan cedera. Dalam pada itu, ia juga kurang elastik seperti mana di usia muda.

Disebabkan itu pula, hubungan di usia menopaus perlu dilakukan dengan cara betul untuk elak masalah!

Kenapa keluar lendir bercampur darah #3. Kekeringan faraj

Keluar lendir campur darah tapi tidak sakit?

Selain disebabkan oleh kondisi GSM itu tadi, faraj yang kering boleh berlaku akibat banyak faktor dan antara yang paling popular adalah disebabkan tidak cukup adegan ringan.

Begitu juga sebabnya dengan wanita yang baru sahaja melahirkan dan menyusukan anak di samping mereka yang sedang mengambil ubatan seperti ubat flu, asma atau rawatan radiasi atau kemoterapi.

Penyalahgunaan produk alat sulit juga adalah salah satu punca. Namun, yang paling bahaya adalah jika wanita itu mengalami Sindrom Sjögren di mana kelenjar-kelenjar tidak dapat menghasilkan kelembapan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.

Kenapa keluar lendir bercampur darah #4. Kecederaan faraj

Selain diakibatkan oleh kondisi GSM itu juga, faraj boleh cedera angkara perlakuan intim khususnya penetrasi zakar ke dalam faraj yang mungkin agak ganas daripada pasangan anda sendiri.

Penggunaan alat permainan atau alat pencegahan hamil juga boleh jadi punca kecederaan dalam faraj.

Risiko ini jauh lebih tinggi pada wanita yang mengalami masalah faraj kering serta sudah masuk usia menopaus. Disebabkan itu pula, ramai pakar menyarankan agar anda menggunakan pelincir untuk mengelakkan kekeringan dan kecederaan faraj.

#5. Penyakit yang berkaitan dengan alat sulit punca kenapa keluar darah selepas bersama

Akhir sekali, sebab kenapa keluar darah selepas bersama mungkin berpunca daripada penyakit yang berkaitan dengan alat sulit wanita seperti polip serviks, ektropi serviks atau mungkin kondisi jauh lebih berbahaya iaitu kanser!

Kesimpulan

Sekiranya anda bingung perkara ini masih berulang tanpa tahu sebabnya, sila segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian lebih lanjut.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Do You Bleed After Sex? When to See a Doctor, https://health.clevelandclinic.org/what-should-you-do-if-you-bleed-after-sex/, Accessed Jul 4 2022.
  2. Vaginal Bleeding After Sex: Care Instructions, https://healthy.kaiserpermanente.org/health-wellness/health-encyclopedia/he.vaginal-bleeding-after-sex-care-instructions.uh2926, Accessed Jul 4 2022.
  3. Is it normal to have a little spotting after sex?, https://www.plannedparenthood.org/learn/ask-experts/is-it-normal-to-have-a-little-spotting-after-sex, Accessed Jul 4 2022.
  4. Bleeding After Sex: Should You Be Concerned?, https://www.healthywomen.org/your-health/Sexual-Health/bleeding-after-sex-should-you-be-concerned, Accessed Jul 4 2022.
  5. Vaginal bleeding after sex, https://www.beaconhealthsystem.org/library/symptoms/vaginal-bleeding-after-sex/, Accessed Jul 4 2022.

Versi Terbaru

05/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan