Jadi, ramai ibu yang tertanya-tanya bilakah waktu yang betul-betul sesuai untuk mereka mula melakukan seks selepas bersalin dengan suami mereka.
Adakah selepas habis berpantang 44 hari, ataupun habis berpantang 100 hari, atau mungkin apabila luka bersalin mereka sudah sembuh?
Bila boleh lakukan seks selepas bersalin?

Sebenarnya, tiada tempoh khusus untuk ibu lepas bersalin mula melakukan hubungan seks bersama suami mereka.
Asalkan anda sendiri sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. Namun, terdapat perkara yang perlu anda pastikan sebelum mula melakukan seks lepas bersalin:
- Bersih daripada nifas. Dalam Islam, haram untuk bersetubuh semasa isteri dalam keadaan nifas. Jadi, anda perlu pastikan diri benar-benar bersih daripada darah nifas.
- Luka benar-benar sembuh. Adat berpantang orang Melayu menekankan supaya ibu berpantang daripada melakukan hubungan intim bersama suami selama 100 hari. Ini adalah untuk memastikan luka bersalin si ibu sudah sembuh.
Jika anda sudah melepasi kedua-dua perkara di atas, anda perlu mengikut kata suami jika suami ingin ‘bersama’ dengan anda.