Pun begitu, jangan sangka individu yang anda telah kenal lama tidak menghidapi sebarang bentuk STD. Mungkin mereka juga mengalaminya tanpa disedari. Jadi, sila amalkan langkah keselamatan. The Centers for Disease Control and Prevention (CDC), menyarankan anda untuk menggunakan kondom untuk mengelakkan anda dijangkiti STD terutamanya HIV.

HIV, penyakit yang paling ditakuti
Untuk pengetahuan anda, HIV boleh merebak melalui mukus membran zakar, faraj dan lubang dubur. Selain itu, ia juga boleh dipindahkan dari individu ke individu melalui luka, mulut dan mana-mana kawasan terbuka pada tubuh badan. Jadi, alat kondom adalah salah satu cara untuk meminimumkan risiko STD berjangkit.
Menurut kajian, kondom yang diperbuat daripada lateks adalah sangat efektif dalam mencegah HIV dari merebak. Jika anda mempunyai alahan terhadap lateks, kondom dari jenis polyurethane atau polyisoprene juga sangat berkesan dalam menghalang penyebaran HIV. Akan tetapi, ia lebih mudah pecah.
Disebabkan itu, negara kita mewajibkan setiap pasangan yang ingin berkahwin untuk melakukan ujian saringan HIV terlebih dahulu. Ini sudah pasti salah satu dari usaha murni kerajaan untuk mencegah STD daripada berleluasa.

Kehamilan luar jangkaan
Melakukan hubungan seks bersama pasangan tanpa sebarang alat kontrasepsi akan mengakibatkan kehamilan luar jangkaan. Ya, anda mungkin kata ia adalah rezeki atau anugerah. Namun, ia sebenarnya perlu dan boleh dikawal untuk merancang keluarga.
Menurut kajian yang diterbitkan di laman sesawang Planned Parenthood, kondom adalah 98 peratus berkesan mencegah kehamilan jika digunakan dengan betul dan keberkesanannya akan menurun kepada 85 peratus jika digunakan dengan kurang cermat.
Mungkin ada pasangan yang mengatakan bahawa pil perancang sudah memadai. Ya, ia mungkin boleh mencegah kehamilan. Namun, ia tidak boleh melindungi anda daripada sebarang jenis STD. Jadi, penggunaan kondom adalah serampang dua mata yang boleh membantu anda mencegah STD dan juga kehamilan luar jangkaan.
Konklusi
Kesimpulannya, kondom adalah alat kontrasepsi yang sangat efektif dalam mencegah STD dan kehamilan luar jangkaan. Jadi, ia sangat sesuai untuk digunakan oleh pasangan suami isteri dalam kehidupan seks anda. Bukan mereka sahaja, pasangan yang belum berkahwin juga perlu menggunakannya untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Pun begitu, penulis tidak kata seks sebelum berkahwin itu adalah boleh dilakukan. Terutamanya bagi orang yang beragama Islam, ketahuilah bahawa ia adalah perbuatan haram yang dilarang. Lagipun, bukankah ia akan lebih indah, suci dan bermakna jika seks dilakukan setelah anda dan pasangan mempunyai ikatan yang sah?
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen