Berikut merupakan huraian 4 fasa yang dinyatakan sebentar tadi mengikut laman sesawang Cleveland Clinic:
Fasa #1: Keinginan
Fasa ini adalah permulaan kepada segala aktiviti seksual anda dan sangat berkait rapat dengan kemampuan dan kemahuan libido seseorang.
Ia boleh bertahan selama beberapa minit ke beberapa jam dan akan menyebabkan perubahan pada tubuh badan seperti berikut:
- Otot tubuh badan mula mengalami tekanan
- Kadar degupan jantung mula laju
- Kadar tekanan darah mula tinggi
- Kadar pernafasan juga kian cepat
- Kulit mula menjadi kemerahan
- Puting mula mengeras atau menegang
- Darah akan mengalir ke alat sulit
- Zakar lelaki akan mengalami ereksi
- Faraj wanita akan mengeluarkan cecair
- Testis lelaki akan membengkak dan mengetat
- Payudara wanita akan membesar dan mengembang
Fasa #2: Rangsangan
Selepas fasa keinginan, maka kalian berdua akan beralih pula kepada fasa kedua iaitu rangsangan di mana kedua-dua pasangan sedang terangsang dengan hebatnya.
Ia boleh bertahan selama beberapa minit ke beberapa jam dan akan menyebabkan perubahan pada tubuh badan seperti berikut:
- Perubahan yang berlaku semasa fasa keinginan tadi akan berlanjutan dengan lebih hebat
- Otot tubuh badan terus mengalami tekanan
- Ketegangan otot akan berlaku bermula pada kaki, tangan dan muka
- Kadar degupan jantung akan makin laju
- Kadar tekanan darah akan mula tinggi
- Kadar pernafasan juga akan makin cepat
- Dinding faraj akan terus membengkak
- Klitoris wanita akan jadi sensitif
- Testis lelaki akan menaik ke dalam skrotum
Fasa #3: Orgasma seks
Kemudian, kita semua akan masuk ke fasa ketiga yang paling ditunggu dan dinanti ketika bersetubuh dengan pasangan iaitu orgasma seks.
Ia boleh bertahan selama beberapa minit ke beberapa jam dan akan menyebabkan perubahan pada tubuh badan seperti berikut:
- Kontraksi luar kawalan pada otot akan bermula
- Kadar pernafasan, tekanan darah dan degupan jantung akan berada pada tahap yang paling tinggi
- Ketegangan otot akan berlaku pada setiap otot tubuh badan
- Wanita akan mengalami kontraksi pada otot faraj
- Lelaki akan mengalami kontraksi pada otot zakar
- Badan mula menjadi kemerahan (sex flush)
- Terpancutnya air mani
- Berlakunya kepuasan seksual
Fasa #4: Resolusi
Fasa ini adalah fasa yang terakhir dan ia merupakan tempoh waktu untuk mengembalikan tubuh badan kita kepada keadaan yang normal.
Ia selalunya bertahan selama beberapa minit ke beberapa jam atau mungkin lebih dan biasanya lebih lama untuk wanita berbanding lelaki.
Ketika fasa ini, pembengkakan yang berlaku pada alat sulit akan surut dan segala sex flush juga akan hilang.
Selain itu, otot tubuh badan yang dahulunya mengalami ketegangan akan mula menjadi sedikit relaks.
Selepas fasa terakhir ini, maka kitaran tindak balas seksual akan bermula kembali ke fasa pertama dan seterusnya.
Akhir kata, sila amalkan seks yang sihat agar kitaran tidak balas seksual ini akan berlaku dan berulang secara normal dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah lain pula kelak!