backup og meta

Belum Klimaks Tapi Suami Terpancut Dulu, Suruh Cik Abang Amalkan 7 Teknik Ini!

Belum Klimaks Tapi Suami Terpancut Dulu, Suruh Cik Abang Amalkan 7 Teknik Ini!

Hubungan intim yang sempurna adalah idaman setiap individu. Namun tidak semua lelaki mempunyai kemampuan intim yang hebat ketika beraksi di ranjang bersama pasangan tercinta. Jadi, apa yang boleh kalian lakukan untuk menyelesaikan masalah air mani cepat keluar ketika bersenggama?

Kenapa lelaki cepat keluar air mani? Apakah cara mengatasi masalah lelaki cepat pancut? Kenapa lelaki cepat stim?

Teruskan membaca artikel ini.

Antara masalah yang sering kali diutarakan adalah lemah libido, ereksi kurang kuat serta ejakulasi pramatang. Kesemua ini seterusnya akan mengakibatkan isteri kecewa dengan suami.

Cuba anda bayangkan, baru 5 minit mendayung sudah terpancut. Lama-kelamaan, aktiviti di kamar tidur kalian pasti akan menjadi hambar.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Jangan ambil mudah masalah air mani cepat keluar!

Kenapa lelaki cepat keluar air mani? Apakah cara mengatasi masalah lelaki cepat pancut? Kenapa lelaki cepat stim?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu serba sedikit mengenai masalah yang dikenali sebagai ejakulasi pramatang ini.

Ia adalah kondisi di mana lelaki mengalami klimaks lebih cepat dari sepatutnya. Ia boleh berlaku sebelum atau sebaik sahaja proses penetrasi zakar ke dalam faraj berlangsung.

Kajian oleh International Society of Sexual Medicine mengatakan bahawa 5 ke 7 minit adalah waktu yang ideal.

Antara punca berlakunya masalah ini termasuklah:

  • Zakar terlalu sensitif
  • Terlebih rangsangan
  • Terlampau teruja
  • Depresi
  • Stres
  • Masalah perhubungan
  • Rasa serba salah
  • Kurang amaun serotonin dalam otak
masalah air mani cepat keluar
Lelaki akan berasa malu jika cepat pancut.

Menurut kajian lagi, kira-kira 30% ke 40% lelaki mengalami masalah air mani cepat keluar ketika berhubungan intim. Statistik ini menunjukkan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menyelesaikannya.

Persoalannya, apa yang boleh dilakukan?

Apa lelaki boleh buat jika alami ejakulasi pramatang?

Masalah terpancut awal ketika beraksi di ranjang sebenarnya boleh diatasi, bergantung kepada punca ia berlaku. Sebenarnya, ia sangat bergantung kepada ‘teknik’ kalian.

Jika kalian salah seorang yang ada masalah ejakulasi pramatang, lakukan ini ketika berasmaradana:

#1. Luangkan masa lebih lama untuk adegan ‘foreplay’

Hubungan intim bukan sekadar memasukkan zakar ke dalam faraj sahaja ya? Sebelum mula menikmati hidangan utama, apa kata kalian membuka selera dengan berpeluk, bercium dan bersentuhan terlebih dahulu!

Selepas kedua-dua anda mula menunjukkan tanda sudah bersedia, barulah memulakan proses penetrasi.

Dengan ini, ejakulasi suami dan orgasma isteri mungkin dapat berlaku serentak pada waktu yang hampir sama.

#2. Alihkan perhatian anda setiap kali mahu terpancut

Sekiranya anda memulakan aktiviti intim dengan nada yang tinggi, maka klimaks pun akan cepat berlaku.

Oleh itu, tarik nafas sedalamnya dan cuba fikir sesuatu yang lain setiap kali air mani terasa mahu terpancut.

Sebagai contoh, mungkin kalian boleh alihkan perhatian kepada sesuatu yang agak bosan seperti televisyen atau radio yang terpasang ketika hubungan berlangsung.

Jika rasa ingin terkeluar air mani itu sudah kurang, boleh sambung semula dayungan kalian.

#3. Teknik ‘stop-and-start’

Hampir sama seperti teknik sebelum ini, anda perlu mengeluarkan zakar dari faraj setiap kali hampir mencapai klimaks. Relaks sebentar untuk mengelakkan ejakulasi.

Dengan usaha menghentikan dan memulakan semula dayungan menuju pulau bahagia, anda sudah pasti dapat memanjangkan sedikit tempoh masa hubungan berlangsung.

#4. Teknik ‘squeeze’

Teknik ini pula melibatkan suami atau isteri untuk memicit atau menekan bahagian kepala zakar selama 10 ke 20 saat apabila air mani mula penuh di bahagian badan zakar.

masalah air mani cepat keluar
4 jenis ejakulasi bermasalah.

Selepas rasa ingin klimaks mula menurun, sambung semula dayungan. Teknik ini juga boleh digunakan bersama teknik ‘stop-and-start’ untuk keberkesanan yang maksimum.

#5. Menggunakan kondom

Kondom berupaya mengurangkan sensitivi zakar sekali gus melambatkan ejakulasi dan membantu masalah air mani cepat keluar.

Untuk lebih efektif, kalian mungkin boleh cuba kondom jenis ‘climax control’ yang diperbuat dari lateks lebih tebal serta agen seperti benzocaine dan lidocaine yang boleh membantu masalah ejakulasi pramatang.

#6. Masturbasi sebelum bersetubuh

Ini adalah petua orang lama yang telah terbukti berjaya secara saintifik. Ini kerana masturbasi mampu mengurangkan tahap sensitiviti zakar ketika melakukan aktiviti selepasnya.

Fakta

Suami mungkin perlu mastubasi dalam tempoh masa sekitar 1 ke 2 jam sebelum bersenggama dengan isteri dalam usaha mengelakkan masalah air mani cepat keluar.

#7. Berjumpa doktor untuk ubatan & rawatan

Akhir sekali jika mempunyai masalah air mani cepat keluar, kalian mungkin perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan ubatan seperti selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs), paroxetine, sildenafil atau tramadol.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diagnosis and treatment premature ejaculation. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/premature-ejaculation/diagnosis-treatment/drc-20354905. Accessed Jun 4, 2020.
  2. Can premature ejaculation be controlled. https://www.nhs.uk/common-health-questions/sexual-health/can-premature-ejaculation-be-controlled/Accessed Jun 4, 2020.
  3. Premature ejaculation A to Z. https://www.health.harvard.edu/a_to_z/premature-ejaculation-a-to-z. Accessed Jun 4, 2020.
  4. Premature ejaculation. https://familydoctor.org/condition/premature-ejaculation/Accessed Jun 4, 2020.
  5. Premature ejaculation. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18978492/Accessed Jun 4, 2020.

Versi Terbaru

13/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan